Monday, May 31, 2010

couple jangan diislamkan








menuju ke alam kedewasaan ini memang mempunyai banyak dugaannya.. namun, dugaan yang paling besar sekali ialah untuk melawan hawa nafsu itu.. siapa yang kalah, pasti akan kecundang jua akhirnya.. tidak dinafikan ramai yang bercouple pada usia muda.. dan akhirnya, mereka sanggup menyerahkan segala kasih sayang mereka kepada psangan.. alangkah baiknya kalau perasaan itu dizahirkan kepada Allah yang maha esa?! maafkan ku..kerana aku jua hanya insan yang kerdil dan lemah didunia ini.. mungkin ramai jua yang melihat bahawa ada jua orang yang "alim'ini berkapel.. namun cara mereka agak berbeza dari yang lain.. mereka tidaklah seperti mana golongan remaja yang sudah hanyut..tetapi mereka ini lebih kepada ciri2 keislaman..jika keluar, mereka membawa adik mereka untuk berteman.. tetapi, adik yg dibawa bukan untuk tujuan bg mengelak ada org ketiga, tetapi lebih kepada hanya memenuhi tuntutan islam semata2.. sesungguhnya ada 99 nikmat Allah dan Allah hanya menurunkan 1 sahaja di muka bumi ini.. iaitu perasaan kasih sayang.. sehingga binatang pun mempunyai perasaan sayang kepada anaknya.. namun, lumrah kasih sayang ini perlu dijaga agar kita tidak terus leka.. selain itu, ada yang bertemu pasangan di program2 dakwah.. dari permulaan dengan ber sms kepada pengenalan yg lebih akrab.. maka timbullah bibit cinta melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasul.. mereka senang melafazkan perasaan kasih kepada pasangan yang belum tentu jodoh mereka.. sedar akan ini, aku dengan tekad untuk memutuskan hubungan dan membiarkan sahaja perasaan sayangku kepada kaum hawa berlalu pergi.. aku percaya, jodoh antara adam dan hawa akan ditentukan oleh Allah.. siapakah aku ini untuk merancang sesuatu yang dilarang oleh islam dan kemudiannya berdoa agar jodohku dikekalkan..sedangkan couple itu adalah haram di sisi islam??... malah ada jua sahabatku yang mentarbiyahku dengan mengelak dari bercoulpe.. sedangkan apabila aku selidiki, dia x suke untuk bercouple setelah dia elah di reject oleh kaum hawa.. namun, aku terfikir, adakah ianya ikhlas untuk membenci istilah couple ini ataupun hanya kerana pengalamannya direject sebelum ini.. namun, itulah manusia..aku tidak mampu untuk membuat perhitungan disitu..kerana Allah maha mengetahui segala2nya.. kepada bakal isteriku, aku berharap ianya wanita yang solehah, dari keluarga yang baik2, mempunyai paras rupa yang menyenangkan aku utnuk melihatkan wajahnya suatu hari nanti.. aku tetap aku... maaf bagi siapa yg terasa.. ini adalah hasil nukilanku sendiri...

kenangan di smk yakob latif


Alhamdulillah. aku baru sahaja menghabiskan program yang disusun khas oleh generasi muda bagi memperjuangkan islam.. aku bersyukur dapat berkongsi pengalamanku dengan anak2 muda yang sudahku anggap seperti adik2 ku. walaupun ilmu yang aku berikan hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan yang lain, aku berharap, mereka menyimpan dan mengingati segala yang aku berikan kepada mereka dan lakukan walaupun sedikit.. aku pernah berkata kepada mereka " dik, ilmu yang abg smpaikan ini, gunalah.. walaupun sedkit..nanti, kalau abg mati nanti, korang guna apa yang telah abg ajarkan kepada kamu semua, dapat pahala untuk abg..sejuk abg dekat kubur nanti" suasana sepi seketika..bergenang air mata mereka..mungkin inilah hasil kesungguhanku untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka. aku juga berasa sedih untuk adik2 kump. ku.. kerana kump. yang lain mendapat fasi dalam kalangan mereka yang hebat dan mempunyai ilmu yang tinggi.. bertapa kerdilnya aku untuk berkata2 berkenaan soal agama jika dibandingkan dengan mereka.. hatiku ini sering meruntun kesedihan dan menangis sendirian.. aku cuba memujuk soal hatiku ini tatkala berbicara sendirian. itulah die kehidupan..jika kita bangga dengan apa yg kita miliki, kita perlu beringat bahawa ada yang lagi hebat daripda kita semua.. namun, kita hendaklah sentiasa bertawadhu' dan mengingati Allah..segala nikmat yang diberi perlu disalurkan dengan cara yang betul.. Innalladzina yastakbiruuna an ibadati sayad khuluna jahannama dhakirin.( sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai mahluk yang hina dina) (Almu'min 60)
sepanjang kenanganku di sekolah itu, aku tidak berasa kekok kerana sudah 7tahun aku bersekolah di smk biasa.. berbanding dengan sahabat yg lain yang baru sahaja melihat dunia smk biasa yang banyak sosial itu..aku berseorangan disana kerana tiada sahabat.. hurm.. namun aku tetap bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat yang hebat untuk bersama denganku dalam perjuanganku ini.. to: Muhamad Zaid b. Suhaimi, Zulfadly (ajoi), Bukhairy, Faisal, Anwar, Affy,Meor Rady thanks semua coz jadi sahabat aku.. mungkin kita tak rapat sangat, kerana baru 3 hari aku mengenali kamu semua, namun, jujur, aku senang bersama kamu.. to Zaid, thanx bnyk2 bg advice dan mnjadi sahabat baik ku di sana.. moga kita semua menjadi insan yang berguna di muka bumi ini.. Apa yang ku pinta ialah, semoga kamu mendoakan aku agar berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading dan menjadi khalifah untuk menegakkan syiar islam yang semakin kelam ini.. semoga ukhwah kita ini bukanlah ukhwah kontrak iaitu selama 3hari atau sepanjang kita berada di kem sahaja.. once friends, friends forever... amin....

Sunday, May 30, 2010

kerjaku semasa cuti...melihat keagungan Allah







siapakah kita untuk mengkritik..

ISLAM tidak mengajar hamba2nya untuk mengritik dan menghina orang lain.. siapakah kita untuk berbuat sedemikian.. namun, itulah realiti sekarang.. bukan niat aku untuk menghina..bukan juga untuk mencipta publisiti. aku berasa amat kecewa dengan realiti kehidupan sekarang.. bagaimana segelintir orang yang berilmu, warak sering mengutuk insan yang lemah dari segi imannya.. mereka mengkritik cara remaja sekrang bepakaian, tetapi mereka tidak menegur.. mereka seolah2 menjadi bahan untuk terus dikritik dan dipulaukan.. namun, adakah mereka sedar bahawa islam tidak akan berkembang jika hanya, yang alim akan terus berkelompok dengan yang alim.. dan yang jahil akan terus leka dengan yang jahil?? wahai saudaraku yang sedar " ajaklah kepada jalan Allah dengan jalan yang hikmat bijaksana dan nasihat yang baik, dan debatlah mereka dengan cara yang lebih baik"(Annahl 125) begitu besar tanggungjawab kita sebagai umat islam untuk terus menyebarkan dakwahnya..pimpinlah tangan mereka yang tersasar untuk kembali ke jalan yang lurus.. tunjukkanlah mereka contoh yang baik supaya mereka akan kembali kepada Islam yang sejati.. "peringatkanlah kerana peringatan itu berguna bagi orang yang percaya" kita tidak memberi hidayah kepada mereka, tetapi kita boleh menjadi pencetus supaya mereka ini berusaha untuk mencari hidayah.. kita tidak boleh mencari kesalahan mereka, tetapi kita boleh memberi peringatan kepada mereka dengan amaran2 Allah..kita tidak mampu menyebarkan islam, jika kita terus leka dalam dunia kita sendiri... berfikirlah sejenak.. kerana berfikir sesaat lebih baik dari beribadat setahun...

Islam sejati..

Alhamdulillah aku baru sahaja menghabiskan masa lenggangku dengan menyertai kem2 nadwah.. ak menjadi fasilitator..hurm, Alhamdulillah ak masih mampu untuk berkata2 tentang kehebatan islam di hadapan saudaraku yang masih kecil.. dimana pada mulanya aku tidak mengenal siapa mereka, namun ukwah telah menyatukan kami.. nikmat sungguh islam ini.. bertapa hatiku tenang untuk sentiasa mengingati kehebatan islam yang syumul ini.. namun, hakikat dihati, ak berasa amat kecil hati kerana berada disamping sahabat2 fasi yg lebih bnyak mengetahui berkaitan agama berbanding aku..walaupun baru pertama kali berjumpa, namun sudah menjadi akrab kerana kami berjuang di atas satu tali yang sama, iaitu memperjuangkan islam.. belajar untk mnjadi islam yang sejati, mempratikkan islam yg sebenar ini amat sukar sama sekali.. namun Alhamdulillah, berkat sokongan sahbat, dan sebagainya mampu membawa aku lebih kearah itu dan insyaAllah ak semakin hampir.. apa yg ak harapkan adalah, berdoa untuk ak supaya mampu menjadi singa Allah yg mampu menggerunkan kafir laknatullah sehingga islam menjadi mulia dipandang dan menjadi satu agama yg kuat...