Thursday, July 29, 2010

pemikiran yg buta

seuntai kronologi kehidupan yang akan membuka mata dan menimbulkan semangat jati diri bagi yang sedar.. dan leka bagi mereka yang terus lalai dilena mimpi... apakah semua ini? apakah kita sebagai manusia sudah hilang kewarasan akal sehingga kita sanggup digadai dengan mata wang dan pangkat semata-mata? maafkan aku kerana mengeluarkan nukilan yang mungkin agak pedas pada waktu ini setelah skian lama aku mengikut jejak rakanku untuk menyepi seketika dan hanya memerhati.. namun, batinku kembali meronta.. aku melihat manusia yang kiranya sempurna pada setiap ciptaan tetapi hakikatnya cukup hina dalam pandangan mata permata.. dimanakah keberanian mu wahai manusia? dimanakah keadilan untuk kamu? dimanakah cintamu kepada agamamu? dimanakah hak kamu untuk mewujudkan ruang keadilan? apakah kau sanggup menjadi insan yang buta, tuli dan pekak semata-mata kerana takutkan ugutan? pesimis sikapmu yang beralurkan ketakutan kerana berpaksikan ugutan adalah ibarat sambaran halilintar yang akan memusnahkan dirimu sebagai manusia yang mempunyai hak... ayuh saudaraku... jika kau kasihankan bumi palestin yang bermandi darah, kau perlu kasihani dirimu terlebih dahulu kerana tidakkah kau sedar yang kau jua sedang ditindas!! dipijak dan digenggam oleh tangan-tangan yang tidak bertanggung jawab yang semakin hari semakin rakus dalam mengejar dunia.. aku pernah memberi nasihat kepada adik-adikku semasa aku menjadi fasilitator..." korang nak mana? senang kat dunia yang hanya selama berpuluh tahun sahaja, tetapi susah di akhirat berjuta tahun lamanya, atau susah didunia, namun gembira di akhirat dimana kau akan hidup kekal selamanya" arhg!!! manusia hanya pandai mengeluarkan kata-kata hikmah.. kononnya "kita perlu melepaskan sesuatu benda untuk mendapatkan benda yang lebih baik" namun hakikat!!! kata-kata ini hnya merupakan kata-kata permainan untuk menguasai minda seseorang... menyedapkan hati seseorang.. untuk menjadikan seseorang itu tenang dan dipengaruhi... argh!! lawak!! setiap kata mempunyai makna yg tersirat yang perlu diamati dengan sebaik mungkin.. namun bukan ini yg ingin aku persoalkan pada waktu ini... persoalanku ini adalah ingin mewujudkan golongan belia yang bijak berfikir.. bukan hanya menunduk dan mengikut sahaja apa yang diperkatakan... susahkah kau untuk berfikir sejenak? apakah kau terlalu sibuk akan urusanmu sehingga kau sanggup diperbodohkan dengan permainan minda mereka yang leka sehingga kau menjadi anak panah sasaran mereka untuk dipanah? mungkin kata-kata ku ini membuatkan ramai mengatakan aku pelik dan tidak faham apa yang aku perkatakan.. namun, baca dengan mata hati... perlukan ketajaman akal untuk berfikir.. setelah itu, mungkin juga akan berfikir macam-macam terhadap aku.. namun, siapakah aku untuk menghalang dari kamu terus membuat kesimpulan terhadap seseorang... walaupun jika hasil penulisanku ini akan membuatkan aku dibenci oleh semua orang, namun kamu perlu sedar bahawa aku ada Allah untuk sentiasa bersama denganku... Aku milik tuhanku....

Thursday, July 15, 2010

Dugaan dan Ujian

Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah... aku dapat menjejakkan kaki ke bumi ukm ini.. bumi bertuah..bumi hasil dari kesepaduan masyarakat untuk memartabatkan pendidikan di malaysia ini.. ramai yg cakap, arief... bersyukur arief.. bersyukur.. ya,,, memang aku bersyukur.. Alhamdulillah.. namun, aku berasa takut.. takut kerana aku terus leka dalam arus yg xmampu untuk aku hadapi ini.. bertapa hebatnya kebejatan di bumi ini.. aku dapati dunia ini semakin rakus dalam mengejar apa yg mereka ingini... argh!!! pemikiranku kini terbuka... argh!! semuanya sama!! kepolitikan sempit... bertapa aku berasa amat terkejut... terkesima dengan perbuatan golongan intelektual di sini.. bagus!! berani!! namun... alangkah baiknya kalau keberanian itu disalurkan ke jalan yg betul..sadis hatiku ini.. melihat segelintir masyarakat disini.. bagaimana mereka berasa tidak bersyukur terhadap apa yg mereka dapati.. hurm... aku yg baru ini hanya boleh memerhati sahaja corak kehidupan disini yang kadangkala aku berasa sungguh takut melihat evolusi dan cara kehidupan masyarakat sekarang... aku hanya mampu tersenyum... melihat mereka yg sungguh radikal.. terkejut melihat mereka yang hanya berdiamkan diri.. inikah golonganyg kita nanti2 kan? fikir2kanlah.... semoga aku berjaya di bumi bertuah UKM ini..... salam bestari... moga Allah sentiasa ada bersamaku dalam menghadapi perjuanganku ini.......