Thursday, October 28, 2010

aku tetap aku..

sebenarnya aku berasa letih pada hari ini..ditambah dengan jadual exam yg padat dan sebagainya,.. pada waktu yg dingin ini aku berasa seperti ada seseorang mendesak aku untuk melihat blog aku yang telah lama aku tinggalkan ini.. pernah aku membaca komen2 di dalam chat room aku itu.. ramai juga yg tidak aku kenali..namun aku tertarik pabila ada yg meletakkan nama samaran mereka sebagai Tamu Hill iaitu kawasan tempat tinggal aku..malah ada juga yg meletakkan nama aku juga..hurm.. aku semakin keliru.. namun, hatiku ini semakin kuat menyatakan bahawa mereka adalah dari orang yang sama..dan aku rasa aku mengerti siapa.. namun apakah daya.. hidup ini terlalu singkat ntuk aku mengenali mereka dan mengenali diri aku sendiri. wahai rakanku.. kita semua ini adalah manusia yang biasa sahaja..tiada yang hebat..masing-masing mempunyai kelemahan dan juga kelebihan.. jika kau melihat kelebihan yang ada dalam diri kau sahaja, kau akan berasa kau ini ibarat manusia yang terlalu sempurna walhal ia tidak mencerminkan apa2.. namun, jika kau melihat dirimu ini terlalu banyak kekurangan, maka kau akan berasakan yg dirimu ini terlalu hina untuk hidup di dunia ini.. Justeru bagaimana?
aku bukanlah seorang pakar motivasi untuk menzahirkan peribadi yg unggul dalam perwatakan dan pembangunan diri yang hebat dalam diri kamu.. namun, pabila ditanya, aku berasa cukup bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yg ditanyakan..ego? haha.. aku ini juga dilihat sebagai manusia yg terlalu ego.. tnpa ku sedari ramai yg sering mengutukku dengan menyatakan aku ini terlalu sombong dan sukar untuk didekati.. namun hakikatnya, sangkaan mereka silap.. jadi? siapa yg ego disini? adakah aku ini yg ego? ataupun mereka itu yang ego sehingakan terlalu mudah untuk menkritik dan menilai orang lain? ayuh kita fikirkan bersama.. namun pada masa yang sama, dengan kritikan tersebut,aku berusaha untuk merubah diri ini.. menjadi manusia yang lebih mesra,membantu dan memuaskan..haha...
buat semua..selepas ini, aku mungkin tidak akan menulis dgn pnjang lebar lagi.. aku akan menulis berdasarkan kaca mata aku, dari hati secara ringkas dan berharap agar ia terkesan untuk kamu semua..wish me luck... All the best to all of u.. luv in Allah peace..

Tuesday, October 19, 2010

tak guna ade mata kalau xmampu melihat..

1) kenapa takutkan perubahan jikalau keadaan ini penuh dengan kesesatan
2)belajar untuk memahami,menyelami dan menilai tentang erti sebenar perjuangan
3)kenapa takutkan ugutan, jika semuanya percaya kepada tuhan?
4)kenapa undi yang tetap menjadi pilihan jika yuran masih lagi ditekan
5)ingin mahukan perubahan,tetapi takutkan dengan ugutan?
6)kenapa malu untuk ke depan, atau akal bicara hanya untuk disimpan?
dan... untuk pertegakkan keadilan, satu pengorbanan diperlukan..

inilah antara rantaian kata yang sempat untuk aku ungkapkan dalam buah fikirku pada kali ini..tidakah sehebat proff yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan hebat dalam bidang penulisan.. kenapa wujudnya perbalahan jika masih lagi wujudnya persefahaman? akal yang ada digunakan untuk berfikir..mata,untuk melihat, dan anggota untuk melakukan tindakan..tidak cukup sukar di sini. apa yang perlu adalah penilitian dan bukannya pengaruh dari rakan-rakan dan juga orang 'kenamaan'..kuasa ada ditangan anda.. anda mempunya hak untuk menjalankan tindakan dan menunaikan kewajipan..namun anda leka, dan terus untuk membiarkan hidup anda diselubungi dengan ketakutan.. sehingga kepala anda di pijak..akal anda dijajah.. kepandaian dan idea anda tidak dilontarkan, dan anda hanya merupakan boneka yang menjadi mainan untuk orang yang cintakan pangkat,harta dan nama.. mereka mendapat kepuasan... dan anda hanya mendapat kesengsaraan!!!!!renungkanlah....