Tuesday, November 30, 2010

surat untuk cintaku....

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Ba’da tahmid dan shalawat…


Sykur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.


ukhti,rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.


Maaf ukhti, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan ukhti, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.


Ukhti, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.


Ukhti, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.


Ukhti, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, Ukhti. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang lelaki soleh. Ya, lelaki soleh yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, Ukhti.


Ukhti, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, Ukhti. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku.


Maaf Ukhti, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, November 15, 2010

Bagaimana hati seorang lelaki untuk wanita

ya..banyak kali aku mendegar keluhan hati seorang wanita berkaitan dengan lelaki..namun kali ini aku akan cuba untuk menjawab setiap keluhan itu satu persatu..harap minx dipermudahkan..

1) Lelaki ni x sporting lah..

Awak..saya nak sporting mcm mana? ikut kehendak awak? ini belum lagi kita sudah berumah tangga,awak hendak saya ikut segala cakap awak.. hakikatnya, isteri kena dengar dan taat akan arahan suami.. ya..saya akui yang saya ini boleh dikatakan mr NO..xleh buat itu, xleh buat ini..namun ini semua sebab apa? tak lain xbukan sebab saya nak jaga awak..nak didik awak...bukan senang untuk membentuk tulang rusuk ini..terlalu keras,ia akan patah..kalau terlalu lembut, ia tidak akan lurus...kalaulah awak faham...

2)Lelaki ni selekeh lah..

Awak..saya tahu saya suka pakai macam ni..seluar lusuh, seluar jeans,.pakai selipar..tapi, awak pilih saya kerana apa? kerana paras rupa saya atau sebab pakaian saya? kenapa lepas kita ada ikatan, awak baru nak pertikaikan? saya nak ajar awak untuk menilai seseorang melalui hati dia..dan bukannya dari segi luaran..

3)kenapa time keluar dengan die, asyik nak saving aje..

awak.., kalaulah anda tahu kenapa kami kaum lelaki nak terhadkan perbelanjaan kami..bukan kerana apa..kamu meminta wang hantaran pada zaman ini dengan jumlah yang tinggi..sekarang smpai berpuluh ribu..manalah saya mampu untuk itu..saya sekarang sedang simpan duit untuk masa depan kita.. bukan sewaktu kita keluar aja saya ni saving, tp, kalaulah awak tau yang saya sampai ikat perut, makan sehari sekali aja, semata-mata untuk berjimat sebab nak penuhi wang hantaran yang ibu bapa awak minta tu...kalaulah awak faham...

4)lelaki ni bosan lah..

Awak..apa yang bosannya saya ni.. kalau saya banyak cakap, saya takut awak terasa.. lepas tu, kita akan gaduh..saya taknak awak sedih atas sebab perbuatan saya.. kalau saya xikut style awak, awak akan cakap saya bosan?mcm tu?.. saya sebenarnya saja nak tgk awak .. adakah awak benar2 dapat menerima saya atau tidak..saya teringin sebenarnya untuk bercinta selepas kahwin..dapat belajar untuk mengenali dan memahami awak..itu matlamat saya sebenarnya......namun,,,,,kalaulah awak faham...

5)kenapa dia xcontact2 aku ha?cakap aja sayang..

Awak..sesungguhnya saya takutkan Allah..saya takutkan dosa.. saya takut menghampiri zina..kalau ikutkan hati saya, saya hendak selalu berhubung dengan awak..tapi, apakn daya,kalau saya ikutkan nafsu, ibarat saya tidak akan mampu menjaga awak nanti.. kerana saya sayangkan awak, maka saya tinggalkan awak buat sementara..walaupun hati ini pedih, tapi, saya hendak awak belajar untuk meletakkan rindu awak kepada Yaang Maha Esa terlebih dahulu...kalaulah awak faham

Thursday, November 4, 2010

Zakat ke ape ni!!!?

ak manusia biasa...namun ak memerhati... kita sering kali melihat satu isu yg cukup besar untuk dikritik..namun kali ini aku mahu membuka mata kamu semua.. bagimana zakat ini melaksanakan tugasnya yg menimbulkan keraguan bagi diriku..pada mulanya ak tidak menahu tentang hal ini sehinggalah apa yg ku sangka baik rupanya mawar berduri yang beracun hakikatnya apabila ia terena dengan saudaraku sendiri..lihtlah kes ini..
kes 1
makcikku ini adalah ibu tunggal..ya masih muda.umurnya mungkin awal 30..mempunyai anak yang ramai iaitu seramai 6 orang.. yg paling tua masih lagi menuntut di bagku sekolah rendah,iaitu darjah 5. pada mulanya beliau mendapat bantuan zakat..Alhamdulillah..namun kini, bantuan itu deberhentikan.. kenapa? aku juga bertanya sebegitu.. pabila ditnya, pekerja yg kerja di kaunter zakat cakap yg die muda lagi.boleh bekerja.. tp hatiku ini berbaur geram apabila layanan yg diterima dr pusat bantuan ISLAM itu adalah seperti melayannya sebagai pengemis.. hatiku ini sungguh terkilan..nasib baik ak tiada pada waktu itu..ak ingin membawa kamu berfikir wahai sahabat..ya, mmg boleh kerja..tapi,sekrang ni, anaknya masih lg muda. pling kecil umurnya 2tahun mcm tu.. still menyusu badan.. andai kata makcikku ini bekerja, siapa yang hendak menjaga anaknya? kalau dihantar kepada orang utuk dijaga, mesti kena bayar upah lagi..duit lagi..itu mereka ada fikir? zakat xfikir.. bukan niat aku untuk menyalahkan mereka..namun ak geram dan bercampur marah... apakah fungsi zakat itu sebenarnya? kini makcik ku ini buat secara kecil2lan projek cendawan..namun tidaklah seuntung mana.. namun, persoalan ini masih lagi bermain difikiranku..melihat anak-anak kecilnya, luluh hatiku ini..mereka tidak mengerti apa2, namun bagaimana kalau perasaan ibunya yang terpaksa menyekat perbelanjaan anak-anaknya? thun depan, 5 orang anaknya akan bersekolah..jadi bagaimana?

kes 2.
ini sama aje.. kesnya..sepupu ak punya kawan yang terpaksa bekerja part time..baru tingkatan 2. sebab susah hidupnya. ibunya mengandung.. anak ada 10 orang..kalau gaji besar, tak kisah sangat..andai kerja pun belum tentu lagi cukup... ibunya merayu dan menagis2 di pusat zakat itu..namun hati mereka ini sekeras batu.. lebih keras dari batu yg paling keras di dunia..otak mereka ini tepu.. maafkan jika bahasa yg aku gunakan ini kasar.. namun, bahasa aku ini tidaklah sekasar mereka.. ak masih lg mempunyai nilai empati berbnding mereka.. zakat oh zakat.. bertudung, berkopiah..hebat! namun kamu? .... bukan aku ingin memburukkan mereka..namun ak punya hak untuk bersuara.. dimana hak2 mereka ini?

ak akan terus untuk bersuara..mengakkan hak2 kaum yang fakir ini..jika kerenah birokrasi sebegini rupa, aku akan tetap juga dengan niatku untuk membantu mereka..tidak kira bertapa mereka akan membenciku selepas ini, aku akan tetap dengan perjuanagn hak - hak mereka yang terpinggir ini..bukan hanya pilihan raya aja baru hendak bertindak.. inilah mainan politik..yg kamu bawa ideologi untuk menagih simpati dari kami, namun pabila kamu mendapat hak, kekayaan, kamu telah melupakan jasa rakyat yang kamu menagih simpati dahulu... kamu mmg tidak kenang budi...sebarkan..buka mata ramai pihak..........siapa yg kaya, mmg x rasa..siapa yg xkena mmg cakap senang aje... tp mereka yg rasa seperti ini, ...semoga Allah memberi ketabahan kepada meeka.. Amin..