Wednesday, January 26, 2011

Kisah Nabi Sulaiman dgn Seekor Semut

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah

Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman

merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di

tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau

yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah

engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan

dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum

sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan

dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam

bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya

dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak

semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di

atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji

gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku

bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku

takut kamu lupa".

p/s: semut pun tahu kebergantungan rezeki kepada Allah..kadang2 manusia sering mengandaikan bahawa rezeki itu adalah daripada manusia sehinggakan takut untuk menegakkan kebenaran..Allah adalah segalanya...

Tuesday, January 18, 2011

Palestine menyeru lagi!! universiti?!

Palestin!! oh palestine!! bertapa ramai mahasiswa yang tidak sanggup untuk melihat kesengsaraan rakyat palestina bermandi darah. ibu sanggaup bergadai nyawa demi selamatkan anak. malah si kecil juga sudah lalikan dengan senjata dan juga tentera israel yang sering menjadi anjing pengawas dalam mengawal tingkah laku mereka. apa yang mereka mahukan? adalah KEBEBASAN!!! PERJUANGAN!! SYAHID!!! Subhanallah.. bertapa hebatnya diri mereka ini. tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh onak duri ini.

hakikatnya saya kali ini bukan ingin menulis berkaitan dengan rakyat Palestine. namun saya ingin berceritakan tentang diri kita semua. sayu.. jika diri kita ini terlalu kasihankan rakyat palestine. kita meanggap mereka ini ditindas! mereka ini mangsa kekejaman! namun, sedarkah kita, siapa pula diri kita ini? pernahkah diri ini terfikir bahawa kita ini juga mangsa penindasan? siapa yang mahu memperjuangkan hak-hak kita?! Mahasiswa sekarang terlalu memandang ke hadapan. ya! hebat! namun kehebatan mereka dicalari dengan kelemahan mereka itu sendiri..

inginkan perjuangan pembebasan palestin, namun diri mereka ini belum tentu untuk terlepas dari pelbagai cengkaman yang menjerut mereka. niat di hati bukan ingin memburukkan sesiapa, namun sekadar memberi peringatan bagi mereka yang masih lagi belum tersedar dan hanyut dengan ilusi ciptaan mereka sendiri. andaian sebegini.. seorang pensyarah bertanya kepada mahasiswa/i yg cerdik akal budinya.. " siapa yg ingin ikut saya berjihad di bumi palestine?" hampir kesemua pelajarnya mengangkat tangan. wah! pensyarah itu tersenyum..namun, dia sempat merenung di satu sudut penjuru.. hanya seorang sahaja pelajar beliau yang tidak meangkat tangan! huh! dari segi cara pemakaian, agak sempoi.. biasa sahaja.. berbanding pelajarnya yang lain. yang berpakaian agak 'islamic'

pensyarah itu bertanya kepada anak muridnya yang ingin mengikutinya ke palestine."kenapa kamu semua ingin ikut saya ke bumi berdarah itu?" pelbagai alasan klishe diberikan. namun cukup memuaskan hati pensyarah terbabit. kini giliran pelajar di hujung sana itu."saya perasan, ada seorang pelajar sahaja yg tidak meangkat tangan. ya. di hujung sana. boleh kamu berikan alasan kenapa?"

dengan slumber pelajar itupun bangun dan berkata." saya ingin berjuang di bumi universiti ini doc". semua rakannya menggelakkannya.kerana tidak berpandangan jauh. kemudia beliau menyambung. " kita sebagai mahasiswa terlalu sibuk untuk menolong orang lain. kerana apa? kerana mereka didedahkan dengan pelbagai media dan publisiti. saya tidak menyangkal apa yg kamu semua ingin lakukan. namun ingat, hakikatnya, kita sebagai mahasiswa perlu berjuang di bumi kita ini dahulu. kamu dianggap sungguh berani untuk menyatakan hasrat kamu ke palestine! namun, saya ingin membawa kepada 1 isu kecil. agak remeh, namun mampu menyedarkan anda!" semasa kita hendak mengundi dalam pilihan raya kampus, kita mempunyai hak untuk undi pilihan kita. namun, jika kamu diugut untuk dibuang kolej jika kamu tidak mengundi calon yang ditetapkan, apa reaksi kamu?"

pensyarah dan rakan mereka terdiam. kemudia seorang menjawab." erm, kita undi ajelah apa yg mereka pilihkan untuk kita. kalau kena buang kolej nanti, kita nak duduk mana? kalau kena buang kolej sebab aku undi pilihan kami, senang citer 'pembangkang' la, kami nak duduk mana!kan menyusahkan kami tu!" agak panas situasi dalam bilik itu. pelajar tadi dengan diam berkata." saudaraku.. siapa yang menciptakan manusia?" mereka menjawab "Allah".. siapa pula yang memberi kita akal? mereka menjawa dengan jawapan yg sama.. siapa pula yg memberi kita rezeki? 'Allah' dan siapa pula yang memberi kita rezeki untuk duduk di kolej? 'Allah'.. ha? selepas itu? apa yg kamu takutkan? kenapa kamu bermain soal akidah rakan2ku.. kenapa kamu sanggup menjunjung ketakutan kamu itu sehinggan tidak mampu berfikir dengan waras.. Allah memberi kita segalanya. dari udara yang percuma sehinggan segala2nya. namun kamu menyatakan bahawa soal kolej ini, bukan Allah yg beri, namun Manusia!" kalau sebegitu, lebih baik kamu nyatakan yg gaji ibu bapa kamu dapat itu bukan dari rezeki Allah!

mereka semua terdiam.. hal ini cukup mudah. apa yg ingin saya smpaikan dari cerita sebentar tadi adalah sesungguhnya dalam hal mencakupi kehidupan kita, kita sering diugut, diancam dan sebagainya. kita bukan ingin mencari kesenangan di dunia ini. namun apa yg kita cari adalah bekalan untuk di akhirat. kita mahu mendapat rahmat dariNya. kita ingin masuk SYURGA! namun kta sudah menempah NERAKA! kita inginkan kebenaran, namun kita memilih KEBATILAN! sedarlah mahasiswa yang cerdik kurniaan akalnya. jangan takut hadapi kebenaran! siapa lagi yg hendak membawa ISLAM jika bukan KAMU!! fikirkanlah..

Saturday, January 15, 2011

politik kampus tidak kotor!

argh!!! aku benci pilihan raya.. aku memang tak mahu ambil tahu... politik semuanya kotor! itulah antara baik2 kaa yang sering diucapkan oleh mahasiswa apabila bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang akan menjelang tidak lama lagi. mahasiswa bertambah parah apabila langsung tidak mengetahui apakah ada PRK ini di setiap kampus di negara ini. persoalannya mengapa politik ini sering diabaikan oleh mahasiswa kita yang intelektualnya dikatakan cakna itu? pada pendapat saya, hal ini mungkin kerana mereka sudah jemu atau terpalit perasaan malas dan menyampah dengan politik refleksi daripada arena politik di negara kita..

politik ini mungkin jjik bagi pandangan segelintir mahasiswa. mereka ini lebih gemar untuk bersosial, beristirehat sepenuh masa, menelaah buku dan sebagainya asalkan tidak ada kena mengena dengan politik! disebabkan itu mereka ini boleh dianggap sebagai masyarakat yang kalut pemikirannya kerana hanya memandang kepada sebuah skop semata2. mungkin selepas ini akan ramai mahasiswa akan marahkan saya kerana mengutuk segelintir daripada mereka. namun, ingat! ini hanya untuk mereka yg bencikan politik semata2.. kerana mahu membuka mata, menyedarkan yang terlena dan seterusnya mahu anda semua untuk bersuara!

kenapa pentingnya anda untuk hadir mengundi semasa prk nanti? hal ini kerana setiap satu undi daripada anda akan mencorakkan masa depan anda! kenapa saya berkata sedemikian? kerana anda bakal memilih perwakilan anda semua untuk memperjuangkan hak-hak anda sebagai mahasiswa. barangkali anda semua terlalu leka sehinggakan hak anda sebagai mahasiswa pun tidak mengerti.. tidak tahu, bahkan anda sendiri tidak sedar yang anda ini adalah mangsa penindasan oleh orang2 yang rakus dan tamak!

apakah peranan sebagai pemimpin? ingin saya bawa anda untuk melihat satu situasi. seseorang calon merayu undi untuk anda mengundi beliau.. mcm2 mereka buat. kerana atas tiket kasihan dan ugutan, maka anda pun mengundi mereka. itu tidak ada masalah bg saya. masalahnya sekrang, saya ingin bertanya, apakah hak anada adalah untuk mengundi sahaja? selepas itu? anda dapat apa? org yg anda undi pula dapat apa?mereka dapat makan dgn VVIP! mereka dapat FLY ke merata tempat! mereka dapat potongan YURAN! mereka dapat HP baru! tapi anda?! anda dapat penindasan!!! nampak jijik bukan?! nampak kotor bukan?! namun mahasiswa yg cakna pemikirannya perlu sedar. bertolak dari sinilah anda perlu bijk memilih dan menilai pemimpin!

selama ini, manusia yang kerapMEMBANGKANG universiti untuk memperjuangkan apa sebenarnya? anda fikir dalam2, bukan dipengaruhi oleh emosi! adakah perjuangan mereka itu melibatkan perjuangan mahasiswa?! kalau ada, maknanya di sini mereka memperjuangkan hak anda dengan bersungguh2! namun siapa yg selalu mengikut telunjuk pentadbir dan membenarkan setiap perkara? SEDARLAH!!! jika anda melihat sesebuah pihak itu kerap membangkang, dikecam dan sebagainya oleh pentadbir, hal ini kerana mereka ini tidak mahu segala 'najis' yg dicipta oleh mereka itu dapat dihidu oleh mahasiswa.. bahkan baunya pun perlu ditutup dengan cara menjadikan kumpulan yg inginkan kebenaran itu menjadi mangsa! hal ini belum dikaitkan lagi dengan isu ugutan! anda sedar kenapda anda diugut? kalau benarlah anda ini diberi hak untuk memilih, kenapa semasa prk nanti, anda akan diugut dengan segala macam hal, terutamanya DIBUANG KOLEJ!! anda WAJIB mengundi n0 ini!! kenapa anda tiada hak untuk menguindi pilihan anda sendiri?!

mahasiswa semua!!! tiada guna anda menjejakkan kaki ke Universiti jika anda lepaskan pengalaman ini! anda tidak bijak menilai kebenaran dan anda takutkan Ugutan! anda mempunyai HAK! semoga anda akan turun menguindi dan tidak takut dengan sebarang ugutan kerana jika anda dipaksa untuk mengundi mereka, hakikatnya, anda hanyalah disuruh untuk menyenangkan mereka semata2!! dan anda juga yg akan merana!

Monday, January 3, 2011

pesanan Rasulullah s.a.w buat kaum muslimin

Kerap menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita hingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut nama Allah.Makhluk yang berbuat baik kita puji melangit, tetapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan langsung tidak ingat. Sebaik-baiknya lidah kita memuji Allah saban waktu, bukan ucapan alhamdulillah hanya selepas kekenyangan. Pujian begini hanya di lidah tidak menyerap ke lubuk hati. Kita hendaklah sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah. Ini kerana dengan zikrullah manusia sentiasa ingat nikmat yang Allah limpahkan. Kata Imam Ibnu Qayyim, “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”

Kerap menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang pendek fikiran sibuk memikirkan wawasan dunia hingga terlupa wawasan akhirat.Oleh itu, perbanyakkan menyebut perkara akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat. Dengan menyebut dan ingat kehidupan akhirat akan menyemarakkan semangat untuk berbuat amal ibadat dan amal kebajikan yang bakal dijadikan bekalan. Dengan itu akan menyebabkan seseorang berakhlak mulia menurut tuntutan agama sekali gus bersikap optimis terhadap nikmat dunia untuk mengejar nikmat akhirat.Kata Imam al-Qurtubi, “Tuntutlah kurniaan Allah di dunia dan akhirat. Tuntutlah kurniaan Allah daripada dunia untuk akhirat, iaitu syurga.”

Kerap menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara, tetapi jarang memikirkan bekalan hidup selepas mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana ia menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan sangat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan ketika hidup di dunia. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tidak mengusahakan kebun dunia masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat.Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah dijamin syurga, Saidina Ali masih mengeluh mengenai kekurangan amalan bakal dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya.

Jangan selalu menyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan sentiasa hendak memerangkap kita dengan menyuruh atau membisikkan supaya sentiasa mengingati atau menyebut kebaikan yang kita lakukan, sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut selalu macam ayam “bertelur sebiji riuh sekampung”.Kita terlupa dengan menyebut dan mengingati kebaikan sendiri ia menimbulkan penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ibarat api dalam sekam yang boleh merosakkan pahala kebajikan. Lebih dahsyat, jika menimbulkan riak atau bangga diri, Allah memberi amaran tidak akan mencium bau syurga.Riak adalah satu unsur daripada syirik (khafi).Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingati kebaikan diri kepada orang lain. Kita perlu sedar perbuatan baik yang ada pada diri kita sebenarnya daripada Allah. Allah yang menyuruh kita berbuat baik. Jadi kita patut bersyukur kerana Allah menjadikan kita orang baik, bukan mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa Allah yang mengurniakan kebaikan.Berkenaan riak, Rasulullah berpesan, “Yang amat kutakuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil iaitu riak.”Riak adalah amal yang dikerjakan untuk dipamerkan kepada orang dan meninggalkan amal kerana orang.

Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita gemar melihat keaiban orang sehingga terlupa keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘kuman seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak’.Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dapat memperbaiki kekurangannya. Menuding jari mengatakan orang lain tidak betul sebenarnya memberi isyarat diri kita tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari ke orang itu, tetapi empat jari lagi menuding diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, tetapi diri kita lebih buruk daripadanya.Sebab itu, biasakan melihat keburukan diri sendiri bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak-rabak.Dalam Islam digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihat kejahatan yang ada walaupun kita pernah berbuat kebaikan.Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Islam menganjurkan umatnya bersangka baik dan berbuat baik sepanjang masa. Sabda Rasulullah,“Cukuplah bagi seseorang keburukan jika ia menghina saudaranya sesama muslim.”Demikianlah lima pesanan Rasulullah supaya umat Islam sentiasa dalam ruang lingkup kehidupan yang diberkati Allah dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.Marilah pada setiap masa mengingati pesan Nabi kita dan jadikan ia suluh pedoman dalam melayari kehidupan di dunia yang fana ini.Sesungguhnya, peringatan Rasulullah sentiasa sesuai sepanjang masa untuk umat manusia. Hanya kita yang lalai kepada pesanan berharga itu.Kita hanya menyesal apabila kita ditimpa kesusahan atau sakit. Ketika itulah baru hendak mengenali Allah dan ingat Rasulullah. Sebagai mukmin, marilah kita berpegang teguh kepada pesanan Rasulullah s.a.w.

10 wasiat Hassan al Banna

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..