Sunday, February 27, 2011

kampung endah....

penerokaan masyarakat jawa di kampung endah kuala langat ini merupakan satu nikmat bagi diriku. disamping menyemai buah bakti kepada masyarakat setakat termampu, ia juga mampu membuka kotak pemikiran yang dijaga rapi oleh segelintir mereka yang kalu pemikirannya. ternyata waktu yg cuma hanya seketika itu mampu membuahkan hasil dan terlaksana dengan jayanya.
sebelum mengecat surau. keadaan sekeliling suraunya yang perlu diberi perhatian yang berat oleh penduduk kampung. kita tidak melihat bertapa banyaknya surau yg ada, tp melihat adakah surau atau masjid itu benar2 berguna selari dengan fungsi surau / masjid tersebut..(huhu.saje menjawab isu najib pasal pembinaan masjidnya)
ini adalah antara gambar yg sempat aku rakamkan ketika masing2 sedang sibuk menyapu sekeliling kawasan surau tersebut..
 aik? tgk aje ke aku mengecat? huhu.. xpe2..huhu
encik apis yang setia dengan tingkah laku spidermannya dalam mengelap habuk yang melekat di sekitar dinding surau tersebut.
inilah yang menariknya kalau hidup di suasana kampung. walaupun ada kereta, namun tetap ingin menggunakan basikal tua yang sekarang ini susah untuk dapat. kelihatan mimi dan ann(di belakang) yang gigih mengayuh basikal tua itu untuk melihat apa yang berlaku di surau tersebut.

 nak tlong masak xper..kalau nk tolong tgkap gmbar makcik leha, xpayah!!haha..
 makan time!!!!
 cuci time!!!
masing2 menunjukkan muka keletihan,,
kalau mereka ada mak angkat, aku ada anak angkat..haha...inilah dia adik asyraf...

sejenak bersama jenahak!!!
 cute giler kan!!
 kagum dengan layang-layang
 kalau dah xde suare tu,, xpayah r makan ais
 lepak time!!! buntham yg sakit giginya..hehe

 
setelah dibersihkan .... 
 
p/s: ak menulis bukan untuk menceritakan berkaitan dengan diriku ini. tetapi ingin menceritakan pengalaman bersamaku disamping teman2ku yang menjadi pendamping sejati. kami hanya sempat bermesra dengan penduduk kampung hanya sehari. itu pun boleh dikatakan separuh hari sahaja. apa yang penting adalah ukwah yang terbina. kerana keterbatasan waktu inilah yang membuatkan kami lebih merindui mereka..



Thursday, February 24, 2011

pengalaman pertamaku.. Ber-GM lebih baik




inilah pengalaman pertamaku. setelah hati ini benar2 ingin memperjuangkan suara mahasiswa..setelah hati ini benar2 ingin memperjuangkan keadilan.. aku telah diberi peluang oleh Allah untuk menguji diriku ini di medan pertempuran antara padang yang tidak rata. inilah pengalaman pertamaku yg penuh dengan dugaan dan cabaran yg menguji jiwa mudaku ini.. kesabaran merupakan kunci utama di dalam perjuanganku kali ini..

gambar ini sewaktu aku dan sahabatku (harith) sedang berkempen.. credit to yb harith yg telah menang dalam prk ini kerana tgkap pic ku yg xseberapa ini..ngeh~
setelah menghadapi pelbagai sekatan dan pelbagai tomahan, ak merenung jauh..melihat kelibat rakan2ku yg berulang alik.. senior2ku yang muka keletihan.. kepenatan.. semuanya bercampur aduk.. runtun hatiku ini melihat mereka.. mahu saja mengalirkan air mataku ini.. mereka begitu kuat..mereka begitu bersungguh2..inilah yg istimewanya Gabungan Mahasiswa ini. kami berusaha sendiri.. kami yakin dgn diri kami sendiri..kami berusaha dgn kudrat kami sendiri.. dan akhirnya Allah menyebelahi diri kami ini..
 inilah yang paling aku minat sewaktu berkempen.. hehe... entah kenapa ak begitu bersemangat.. hehe..
 jangan cabar tenaga anak muda! pabila mereka bersatu, nescaya tiada siapa yang mampu menyekat...
 mintak perjelasan... dah lama kami tunggu ni.. maaf terpaksa buat mcm ni..kami mahasiswa bukannya bodoh..
 sempat aku memeluk ustaz hafizan yang begitu komited membawa calon2 ke sana kemari..walaupun letih, akalnya dalam mencipta lagu memang boleh dibanggakan..hehe
 antara idolaku.. begitu bersemangat..luhur budi pekertinya.. sopan percakapanya..sampai sekrang tak boleh ikut stylenya..
 inilah pengerusi G-M yang telah bertanggungjawab dalam mengembalikan kemenangan kepada GM.. tahniah Ustaz Hafiz.. (abg long)

anda masih lagi hendak menyekat kami? kalau takutkan kami, jangan disekat suara anak muda..

 teringat sewaktu aku kecil..mengikuti kempen sebegini..
 kalau dah disuruh tu, letak ajelah...
Tahniah semua!!!
ini antara video perarakan kemenangan kami...
antara kenangan kami...ikhlas buat semua...
 air mata kesyukuran......
 revolusi..revolusi...revolusi...
 menanti dengan penuh harapan dan kebanggaan jelas di wajah mereka..
 lambaian siswi yang mantap dalam perjuangan mereka..
 siswa mantap pasti tersentap...
sesungghunya kami bersyukur kepada Mu Ya Allah

Tuesday, February 8, 2011

OPKIM melalui mata hati..


"Apbila kita sendiri diuji dengan apa yang kita sering dakwahkan,itu tandanya Allah sedang mendidik kita untuk melaksanakan apa yg kita perkatakan.. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingati manusia."..

Aku merenung Ustaz Hafiz dan Ustaz Amir gigih dalam mengajar pakcik di sana mengaji. MasyaAllah.. bertapa pilunya hatiku ini apabila mereka ini masih lemah dan masih lagi terumbang ambing mencari ilmu agama. seorang pakcik berkata kepadaku. " pakcik sudah 20 tahun masuk islam. tp pakcik tidak tahu apa2".. runtun hatiku mendengarnya. terasa diriku ini sungguh berdosa. Ya Allah.. bertapa kita melupakan isu sebagai seorang hamba yg perlu mendidik masyarakat lain berkaitan dgn ilmu agama.. namun kita lupa.. kita sering berderap segerak dgn kebangkitan revolusi islamisme yg gigih hendak menjatuhkan rejim yg zalim.. namun kita lupa di mana asas akidah umat islam itu masih longgar.. 
kelihatan ustaz hafiz mengajar dua orang pakcik yg gigih mencari ilmu agama.. terbaik..bak kata org sarawak (paguuuihhh!!!)
 ketika itu.. dalam suasana kesibukan ak dan sahabat membersihkan surau, kelihatan seorang pakcik duduk di atas meja.. membaca buku berkaitan dgn asas akidah..  aku mendekatinya.. 
hatiku menangis melihat kegigihannya.. "kamek baca..tp nak buat takut..sebab takut apa yg kamek buat ini salah)
untuk pengetahun semua, hanya ada seorang sahaja ustaz di kg tersebut.. iaitu ustaz yg ingin dikenali sebgaai ustaz kancil.. ak berkata, kalaulah ustaz tiada... bagaimana nasib penduduk kg tersebut? siapa nak jadi imam? siapa nak ajar mengaji? siapa yg nak bacakan doa? nak kebumikan mayat? mandikan dan sbgainya?! siapa???!!!  tidak kah kita rasa berdosa?! 
inilah wajah ustaz kancil..kecil orangnya. namun besar perjuangannya. dr indonesia.pernah difitnah dan sbagainya. namun tidak kenal erti putus asa. "ustaz xnak harta.. tp, bagilah ustaz visa untuk terus menetap di sini".....
inilah surau di kg segubang.. kalau kami tiada, lagaknya ustaz seorang sahajalah yg solat disana.. berseorangan.. mungkin pada waktu maghrib dan isya' sahaja kelihatan kelibat org kg... 

niatku menulis bukan untuk memburukkan org kg. tp ingin memperlihat masalah ummah. dimanakah kita? dimanakah tanggungjawab kita? dimanakah insan bernama mohamad arief b othman tatkala mereka ini memerlukan pertolongan. sebentar td ak berpeluang menemani ustaz hafiz mengambil surat pertauliahannya di gombak. seremai 150 org pada sesi itu yg mendapat surat tersebut. ustaz hafiz berkata alangkah baiknya kalau 50 org dihantar kesana.. apa pandangan semua? persoalannya.. adakah dr 50 org akan terus menjadi 15 orang..dan dr 15 mnjadi 5.. dan akhirnya ustaz kancil sahaja yg mampu bertahan di kg segubang tersebut....ini cabaran kita saudara!!!
aku berazam untuk menjejakkan kaki kembali ke kg segubang..bukan untuk mencari isteri..tetapi untuk mencari erti sebenar menjadi seorang daie....

Sunday, February 6, 2011

OPKIM di kg segubang sarawak...

inilah pic hadapan bangguna islamic information centre.. cukup tersergam indah... moga cahaya nur islam itu akan terus terpancar di bumi kenyalang ini..

Alhamdulillah,..setibanya ak dan sahabatku fariq, dan jua aiman, disambut oleh badan bukan kerajaan yg gigih memperjuangkan islam di bumi kenyalang itu. kami dijemput oleh ustaz sabri dan dibawa ke sekitar kawasan kuching sambil mendengar luahan hati dan pengalamannya semasa dibumi sarawak ini..sementara menanti sahabat2ku yg lainnya, kami menginap di islamic information centre dan akan meneruskan perjalanan ke kg segubang untuk menjalankan misi kami...
selepas tibanya kami di kamgpu segubang, kami dibawa untuk menziarah di sekitar kawasan kampung ini. mmg pada mulanya mereka sekadar memerhatikan kami seperti orang asing baginya,(maklumlah, bukan org kg sini), tapi lama kelamaan, mereka sudah boleh menerima ketibaan kami...

 ha,,, ini adalah pic ak semasa aku melawat sekolah ren kg segubang ini. mak ai..satu kelas, hanya ade beberapa org pelajar aje.. just 8-10 mcm tu... hurm...mmg menarik..huhu..sempat juga ak bergambar dgn adik2 ini selepas pgram motivasi bersama ustazah kita, nanie mujahidah...huhu..
mai ai!! jgn main2! perkhidmatan bekam pun ada..credit to ustaz hafiz dan ustaz amir... bngganya pabila melihat org kristian pun mengamalkan sunnah nabi ini....
beryukur juga aku,..,akhirnya dapat juga kami melaksanakan misi kami yg utama iaitu untuk memberi penerapan ilmu agama kepada penduduk kg segubang.. ini perlaksanaan misi secara terus. kerana jika sebelum ini, kami lebih tertumpu kepada dakwah bilhal.. islam adalah untuk semua...

petangnya kami sempat untuk beriadah bersama adik2..muslimat cuba untuk menjalinkan hubungan dgn adik2 di kg ini,,manakala kami sempat bermain futsal bersama golongan remaja ini..




 ha.. yg pakai bju merah line kuning tu jgn salah faham ye...dia tu sahabat ana.. haha... comel kan? antara sahabtku yg begitu rapat dgn adik2 di sana... cayalah!



ak dan adik fathulrahman....
selepas hampir seminggu kami di sana, pada malam terakhir, penduduk kg bergotong royong memasak untuk kami semua... di atas ni pic ak bersama salah seorang adik2 di kg tersebut.. haha.. aku hanya tlg mana yg patut...tlg apa? tlg tgkap gmbar..haha..basuh pggan, angkat buluh(miang)....haha

malam itu seperti biasa,  malam penutup dan kami diraikan dgn persembahan di rumah gawai..




adat bertemu, pasti ada perpisahan.berat kakiku ini untuk melangkah pergi meninggalkan bumi sarawak ini. setiap malam ak terfikir bagaimana keadaan pakcik-makick dan semua penduduk islam di sini.. siapa nak ajar mereka..siapa nak bantu mereka.. setiap kali ak memikirkannya, air mataku ini jatuh berderai.. kenapa org yg hendakkan ilmu agama ini tidak dibantu.. Ya Allah.. engkau turunkanlah nur cahaya di kg tersebut.turunkanlah golongan yg mampu membimbing mereka....amin..



                   <<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>