Monday, December 5, 2011

Kerana kita hanya ada seorang IBU KANDUNG...

baca dan renungkan..selagi ibu diberi kesempatan oleh Allah SWT bersama-sama kita, janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu..

KETIKA BERUSIA SETAHUN
Ibu suapkan makanan dan mandikan kita. cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

KETIKA BERUSIA 2 TAHUN
Ibu mengajar kita bermain,kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil

KETIKA BERUSIA 3 TAHUN
Ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN
Ibu membelikan sekotak pensel warna,kita mengucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

BERUSIA 5 TAHUN
Ibu membelikan sepasang baju,kita mengucapkan terima kasih dengan mengotorkan baju tersebut.

SETELAH BERUSIA 6 TAHUN
Ibu memimpin tangan kita ke sekolah..kita mengucapkan terima kasih dengan mejerit "tak nak pergi sekolah..."

APABILA BERUSIA 7 TAHUN
Ibu belikan sebiji bola..kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin jiran sebelah.

MENJELANG USIA 8 TAHUN
Ibu belikan ais krim,kita mengucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN
Ibu menghantar ke sekolah, kita mengucapkan terima kasih dengan main di dalam kelas

BERUSIA 10 TAHUN
Ibu menghabiskan masa sehari suntuk untuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

APABILA BERUSIA 12 TAHUN
Ibu menyuruh kita membuat kerja sekolah. kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

MENJELANG USIA 13 TAHUN
Ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN
Ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan asrama, kita ucap terima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

KETIKA BERUSIA 15 TAHUN
Ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan masuk ke bilik dan terus mengunci pintu.

MENJELANG USIA 18 TAHUN
Ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersma kawan-kawan.

KETIKA BERUSIA 19 TAHUN
Ibu bersusah payah membayar yuran pengajian,menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

BERUSIA 20 TAHUN
Ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,kita kata "itu bukan urusan ibu"

SETELAH BERUSIA 21 TAHUN
Ibu cuba memberika pandangan berkaitan kerjaya,kita kata "saya tak mahu jadi seperti ibu"

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN
Ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. di belkang ibu,kita katakan pada kawan-kawan "perabot pilihan ibu aku tak cantik,tak berkenan aku!"

MENJELANG USIA 24 TAHUN
Ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan,kita menjeling dan merungut, " ibuuu... ttoooolonglahhhhhhhh?"

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN
Ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu bertapa dia sangat sayangkan kita tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

PADA USIA 30 TAHUN
Ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata "Itu dulu,sekarang zaman moden".

KETIKA BERUSIA 40 TAHUN
Ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata "kami sibuk, tak ada masa nak datang".

APABILA BERUSIA 50 TAHUN
Ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya,kta bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

DAN KEMUDIAN SUATU HARI...
Kita mendapat berita ibu meninggal dunia! khabar itu bagaikan petir! Dalam lelehan air mata,barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu per satu..


JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA
JIKA TELAH MENINGGAL,INGATILAH KASIH DAN SAYANGNYA.
SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG....