Tuesday, August 30, 2011

Aku dilahirkan Untuk mati


Dalam melayari kedinginan malam.. hatiku ini teringin untuk melayari laman sesawang untuk mencari sedikit maklumat.. dalam sibuk melayari, terkesan... sayu hatiku ini terbaca entry sebuah penulisan ini.. MasyaAllah.. penulisan yang sungguh baik.. sayu hatiku ini membaca.. tanpa ku sedar.. kelopak mataku sudah mula bergenang dengan air mata..  hanyatilah..
 
"Seorang insan biasa yang tak miliki apa2 di muka bumi ini.Insan yg sering dikotori oleh dosa2 dan berusaha utk menyucikan diri dibawah rahmah dan petunjuk illahi.Insan yg sering alpa dan dipenuhi cacat dan cela.."saya hanya insan biasa,faqir lagi haqir di dunia ini,andai dihitung2 dosa2 hambaNYA aku khuatiri akulah manusia yg terlalu kurang pahala amalnya tetapi berat dgn lumpuran dosa2.."...kpd pembaca blog yg dikasihi jgn kalian beranggapan daku memilik keperibadian agung seperti dlm gambaran entry2ku,itu hanyalah sekadar perkongsianku sebagai bimbingan dan panduan kita bersama..diri ini hanyalah insan hina yg tidak melayakkan diriku utk ke syurga....."


 sebak..niatku hanya ikhlas.. semata-mata mahu berkongsi kepada semua.. bertapa kita ini sebagai manusia yang hina.. penuh dengan dosa dan noda..Arief Othman!! kurangkan ego kamu... Arief... ana cuba turunkan ego kamu sedikit... Arief Othman!! kamu ego!!! itulah yang sering dilontarkan kepadaku...

Tiba-tiba aku teringatkan kitab Tanbihul Ghafillin.. Aku berasa pelik kenapa manusia ini sungguh ego.. sedangkan ia dijadikan daripada tanah liat yang hitam lagi kotor.. mati akan kembali kepada tanah.. dan kehulu hilir ia akan membawa najis..

Ya Allah.. hanya kau yang mengerti.. diriku ini sedar aku bukanlah hambamu yang baik.. sehebat Saidina Abu Bakar dalam bersahabat.. Setegas Umar Al Khattab dalam berjihad.. tidak juga sepemurah Saidini Uthman dalam melakukan kebajikan.. namun diriku ini cuba .... cuba untuk menjadi seperti mereka..  hakikatnya.. kalaulah mereka faham.. bahawa aku telah cuba untuk menjadi manusia yang mampu untuk memenuhi segala permintaan mereka.. Seorang Sahabatku berkata.." nta mana ada ego.. cuma harga diri nta terlalu tinggi" hurm...


Ya Allah...


Aku teringin sekali menjadi antara hambamu yang menjulang panji-panji Islam bersama sahabatku semua..

Sungguh aku teringin Ya Allah.. layakkah diriku ini Ya Allah..

Hina? Jijik? ya.. begitu jijiknya diriku ini.. sungguh aku malu untuk mengimbau segala kenangan silamku.. malu ya Allah.. kalau dinilai berat pahala dan dosa, aku sungguh takut jika dosa melebihi segalanya.. Sungguh aku takutkan neraka... Namun, jika Srikandi Islam Rabiatul Adawiyah Sufi itu pun berasas kerdil untuk menikmati syurgamu... apatah pula diriku ini.. Dimanakah aku di sisiMu Ya Allah..


Pabila hatiku bermonolong

Siapa Aku?
Aku hanya insan kerdil..
Yang punya banyak kelemahan..
Aku hanya manusia yang penuh jijik dengan dosa..
sehingga kadangkala tidak mampu untuk ku bawa segala dosa yang terpikul..
Siapa Aku?
Aku hanya manusia lemah..
tidak punya apa-apa..
Siapa Aku?
Aku hanya manusia yang meminjam..
diriku ini hanya meminjam anggota..
aku meminjam harta...
aku meminjam segalanya...
namun diri ini kadangkala alpa untuk mengucapkan syukur..
Siapa Aku?
aku hanya manusia yang tidak pandai menghargai..
bertapa ramai sahabat yang berduka kerana diriku..
sehingga kadangkala muncul noda di dalam persahabatan..
Siapa Aku?

Sunday, August 21, 2011

Budak sekolah dengan Gajah, ada kena mengena ke dengan pesta konvo?

ini satu lagi kisah motivasi yang sempat diperdengarkan oleh sahabatku kapada aku sewaktu di dalam kereta membelah lebuh raya..

Aku dan Gajah..


suatu hari.. di sebuah sekolah di hujung desa. terdapat ramai pelajar.. berbadan tegap.. besar.. malah setiap dari mereka selalu diminta pertolongan daripada guru mereka jika berkaitan tentang kudrat. dalam kelompok itu juga, terdapat seorang pelajar yang berbadan kurus. lagaknya seperti malas dan tidak bertenaga. namanya lebih molek jika aku namakan sebagai ahmad..

Tibalah satu hari. seorang guru ingin menguji anak-anak muridnya. seekor gajah dibawa ke sekolah tersebut. kemudian guru tersebut berkata.." siapa antara kamu dapat membawa gajah ini naik ke tingkat paling atas, cikgu bagi kamu hadiah" arahan guru tersebut..

semua murid terpana dan ada yang mengerutkan muka." apa ni cikgu? masakan kami yang kecil ini boleh mengangkat gajah sebesar ini. tingkat paling atas pula tu. hilang akal apa!?" salah seorang daripada pelajar berkata. suasana semakin bingar dan semakin ramai bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pelajar tersebut. cikgu tersebut hanya mampu tersenyum melihat gelagat anak muridnya.

Hinggalah keluar salah seorang pelajar dari kelompok pelajar tadi. Ahmad!! ya.. Ahmad yang berbadan kecil.. "saya akan cuba untuk bawa gajah tersebut naik atas cikgu!" Ahmad berkata dengan penuh yakin. apa yg bagusnya, dia tahu apa matlamat yang ingin dicapainya. pelajar yang lain hairan.. malah ada yang mentertawakan Ahmad. namun itu tidak dipedulikan oleh Ahmad..

Ahmad memukul gajah tersebut..menolak,,, malah menarik belalai gajah tersebut.. namun gajah itu tetap statik dan tidak mahu naik walau satu anak tangga sekalipun.. Namun, itu tidak mematahkan semangat Ahmad..  Ahmad tetap berusaha walaupun hampir setengah jam masa berlalu. namun, setelah hampir ia berputus asa, ia cuba untuk memukul dengan sekuat hati gajah tersebut dari belakang. Alhamdulillah!!!! gajah tersebut naik.. tapi satu anak tangga!!! ramai yang terkejut.. Ahmad kembali bersemangat.. memang sukar sebenarnya untuk menaikkan gajah tersebut.. namun, apa yang sadisnya, setelah mencuba beberapa kali, dan beberapa lama, gajah tersebut hanya menaiki satu anak tangga sahaja..

tapi, guru tersebut tetap berbangga dengan Ahmad. usaha yang ditunjukkan oleh Ahmad membuatkan guru tersebut amat berpuas hati, walaupun hanya satu anak tangga sahaja. itu menunjukkan bahawa Ahmad seorang yang mencuba dahulu sebelum mengalah dan memberikan alasan.. oleh itu, ambillah iktibar dari cerita ini.. walaupun kita gagal barangkali, tapi sekurang-kurangnya kita sudah mencuba..

Dalam konteks pesta konvo, aku berasakan satu anjakan paradigma terhadap diriku ini. membuka mata terhadap semangat 'ukwah' dalam kalangan mereka. berdasarkan kisah sebentar tadi, jika hanya Ahmad sahaja berusaha, maka hanya satu anak tangga sahaja gajah tersebut naik.. namun jika semua rakannya bersama-sama berganding bahu, maka tidak mustahil gajah tersebut berjaya dibawa ke tingkat paling atas!! IMPOSSIBLE IS NOTHING!!!

Selain itu, sikap Ahmad itu wajar dipuji. tidak terlalu memandang apa cemuhan dan hinaan daripada rakan sekelasnya. kerna dia tahu apa yg dilakukannya, maka, dia hanya perlu memandang GOAL sahaja.. dalam arena pesta konvo, terdapat mehnah dan tribulasi dalam menjayakan program ini.. terlalu besar. namun, saya percaya bahawa barisan kepimpinan mempunyai hala tuju tentang pembawakan yang ingin disampaikan dalam Pesta Konvo kali ini. justeru, dia hanya perlu memandang matlamat yang satu tersebut dan bersedia untuk mencapainya.

Memang tidak dinafikan semakin ramai yang akan cuba untuk mematahkan sayap-sayap kepada kejayaan pesta ini, malah ada juga yang cuba membuka kelompongan-kelompongan masalah.. ini sudah pasti berlaku terutamanya daripada pihak yang tidak pernah berpuas hati dan tidak faham kondisi keterbatasan yang berlaku. cuma bagi saya, "Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging"