Thursday, November 15, 2012

maafkan aku Palestine

1 muharram detik permulaan. ya, Gaza menangis kembali.. sayang di malaysia kebanyakan hanya mendiamkan diri. lesu tidak bermaya. itu bukan diriku, bukan keluargaku yang kena.. wahai anak kecil di bumi palestine..menangislah... tunjukkanlah kemarahnmu.. bukan sahaja kepada zionis..tetapi kepada saudaramu yang leka.. beritahu mereka dikau sedang sengsara.. ingatkanlah kepada mereka, dikau sedang menuju ke alam syurga...

siapa mahu mendengar suara kami?


saudaraku..
aku hanya mampu mendoakan dirimu..
agar dirimu kuat di sana...
semoga jihad pilihan buat dirimu...
aku tidak kuat untuk ke sana...
aku hanya mampu mendoakan dirimu dari jauh

saudaraku..
bertapa baculnya diriku ini..
bertapa jahilnya aku kerana tidak mampu bersamamu...
lemahnya aku kerana tidak mampu memberi kesedaran kepada masyarakat di sini..
aku kagum dengan semangat dirimu..
sang kecil membaling batu kepada si zalim..
dirimu sudah kenal erti kezaliman...
namun tidak di sini..
mereka lebih gemarkan hiburan...
mereka lebih gemarkan perkara yang melalaikan...
sekali lagi maafkan diriku kerana tidak mampu menyedarkan mereka...

saudaraku...
bertahan dan berdoalah...
jika tiada sesiapa di sana, ingat Allah sentiasa bersamamu...
aku juga adalah saudaramu...
walaupun aku berada di sini...
namun semangatku ada bersamamu...
akulah abangmu, akulah adikmu..
aku jualah keluargamu...
maka jangan bersedih...

saudaraku....
tidak salah jika dikau membenci kami...
kerana kurangnya kami membantu dirimu di sana..
kami pentingkan diri sendiri...


sahabat di malaysia, apa kita nak jawab ketika ditanya apa yg sudah kita lakukan ketika bumi anbia ini diserang oleh zionis laknatullah... jangan kita menyesal ketika itu..

moga syurga menanti dirimu...

Saturday, September 29, 2012

aku ingin melakar sejarah hidupku sendiri

Alhamdulillah.. PRK kali ini berjalan dengan lancar. teringat ketika dahulu, sewaktu prk ditunda. aku antara orang yang berbisik, mengapa ditunda, kerana pada waktu ini, waktu yang 'panas', insyaAllah kita boleh menang.. namun aku ditegur oleh sahabatku, saudara Azan Safar.. "enta kena yakin dengan perancangan Allah.. bagaimana perancangan nabi juga hendak menakluk kota mekah.yang terpaksa ditunda juga.mana tahu berkat tundanya PRK, kita akan menang sekali lagi" aku mengiyakan.. kali ini, sewaktu PRK, walaupun pelbagai ujian, tribulasi dan sebagainya, ditambah rencah pelajar tahun 1 yang baru masuk, PRK bermula. maka pelbagai agenda dan rancangan dilakukan dari kedua-dua pihak yang mana kadangkala dilihat ia tidak menyebelahi GM.. namun aku percaya dengan Firman Allah "ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”(Ali Imran :54)


Ini bukanlah persoalan. cumanya aku terfikir suatu hari dulu. pernah berbual dengan mantan Presiden PMUKM Leftenan Muda Ahmad Muzammil berkaitan dengan cara hidup, amanah sebagai pemimpin ini. banyak yang aku luahkan. namun kini, giliran aku pula diuji, kali ini kesemua sahabat-sahabat adalah wajah baru.. namun mempunyai misi dan semnagat yang hebat.. termasuk diri ini yang diberi amanah oleh Allah. maka ketika dari itu, seringkali terdengar gelaran YB.. hai YB.. semuanya..maka, tiap kali itu hati ini sering kali meruntun.. "hamba ini kuli sahaja".itu sahaja jawapan dariku.. kerana takut leka dengan gelaran.. namun pada masa yang sama, seringkali terfikir adakah diri ini mampu untuk melaksanakan amanah ini dengan jayanya dengan niat yang IKHLAS.. =)

kerana aku ingin menjadi seperti Umar Aziz di alam moden ini..

Tuesday, September 11, 2012

kerana kita perlu menyayangi diri kita

hidup perlu diteruskan

hati manusia penuh dengan emosi... kerana manusia memang diciptakan dengan sifat yang pelbagai emosi. marah, gembira,sedih semuanya berkait. tidak terlepas juga dengan aku dari sifat sebegitu. dahulunya memang agak tewas dan sering melayan emosi, namun aku menemui kekuatan. diuji ketika semester 2 hujung semester, . berat sungguh ketika itu. namun Alhamdulillah kerana ketika itu ramadhan datang menerpa. aku mencari kekuatan dengan bangun qiamulail pada tiap malam. kemudian mendapat ketenangan.. cukuplah Allah bagiku.. berasa senang dan tenang dengan segala mehnah dan tribulasi yang mendatang. bermuhasabah diri, ya, aku barangkali tewas dengan keadaan sekeliling. maka seperti biasa, mengambil pendekatan untuk 'melarikan' diri dari org ramai. bersendirian itu kadang kala perlu.

seterusnya, ramai yg datang dan meminta nasihat berkaitan hati. walhal ketika itu aku baru sahaja pulih. percayalah, aku menasihati berdasarkan pengalaman dan cuba menasihati dan mengingatkan diriku ini juga. teringat dengan kata2 seseorang, "saya sayang diri saya". maka aku terfikir, kenapa kita tidak sayangkan diri kita, melayan perasaan sedih itu kerana sikap masyarakat sekeliling. ya,memang sukar untuk melupakan apatah lagi ia sudah lama berbekas dan meninggalkan banyak pengalaman. namun inilah kehidupan dan kita harus akur. kerana ini ketentuan. teruskan kehidupan.. aku inginkan syurga.. aku inginkan keluargaku juga masuk bersama.kenalan. maka tanggungjawab sebagai seorang daie itu lebih penting lagi dari melayan segala masalah hati ini.

maafkan aku kerana tidak mampu untuk membimbing diri kamu. kerana tewas dengan keadaan. biarlah diri ini meneruskan langkah mengembara di bumi ini untuk mencari kehidupan. apa erti saya hidup?.. biarlah diri ini dikuatkan dahulu. kemudian, aku tetap berdoa, 10,20 tahun akan datang, kita akan bertemu.. ketika itu, kita lebih menghargai satu sama lain. jika tidak, kita akan bertemu di alam syurga yang cukup indah.. hidup ini satu perjuangan. jangan tewas.. =)

Friday, August 3, 2012

bermonolog kadang kala adalah keperluan

berhentilah bergantung kepada manusia..
bergantung kepada Allah..
kehidupan yg berlalu adalah pengalaman..
hidup mesti diteruskan walau apa yg berlaku..
usah mengadu kepada manusia,kerana sampai satu masa dia pasti lelah...
mengadu kepada ALLAH kerana dia MAHA mendengar..
kali ini ujian datang, dengan mcm2, namun aku redha, kifarah dosa barangkali..
namun tidak sesekali aku menyalahkan manusia..
kerana aku juga hina sepertinya untuk saling menyalahkan..
menangislah..kemudian jangan mengulangi perbuatan tersebut..
sampai bila kau nak jadi jahat? sampai bila kau nak biarkan hidup sebegini?
maka kehidupan dan jalan yg dilalui adalah cukup cantik namun berliku..
kita perlukan ISLAM..
ISLAM tidak perlukan kita!!!
maka kenapa mahu jadi lemah?
ini ke pejuang ISLAM?!
jangan disebabkan khilaf manusia kita hendak gugur dari berjuang..
tiada guna menangis kerana manusia yg tidak hargai kita..
Jalan(dunia) ini cukup pendek untuk berlengah..
Maka laluilah dia dengan tenang..
ketahuilah bahawa......

JALAN KE SYURGA ITU ADALAH SUKAR


ingat..
ramai yg mahu ke syurga..
namun tidak ramai berusaha ke arahnya..
malah ramai yg mendekatkan diri ke neraka gamaknya...
maka ramai anak muda yg berdosa..tetapi tidak mengapa..
kerana lebih baik bertaubat, berdosa dan bertaubat semula..
dari tidak bertaubat dan menginsafi langsung..
kerana ALLAH itu Maha Pengampun..
lumrah manusia jika kita semakin jauh jika diajak melakukan kebaikan..
itu lumrah manusia yang hatinya sudah gelap..
maka biarlah si daei meneruskan kehidupan..
kerana ramai lagi yg memerlukan dan menghargai perjuangan...
di luar sana..




Monday, July 23, 2012

Abbad bin Bisyr

ketika menelaah buku, tertarik untuk menulis dan berkongsi kepada sahabat kisah sahabat nabi ini.. Abbad bin Bisyr adalah seorang sahabat yg tidak asing lagi dalam dakwah islamiah. beliau merupakan org yg cekap, ahli ibadah,sering mengerjakan solat setiap malam dengan membaca beberapa juzuk Al-Quran.

ketika islam mulai tersebar di Madinah, Abbad masih muda. kulitnya yang elok dan wajahnya yang kacak memantulkan cahaya keimanan. beliau sudah menunjukkan kematangan walaupun belum lagi berusia 25 tahun.

Beliau mula belajar membaca Al Quran dari Mus'ab bin Umair. suaranya merdu,menyejukkan dan menawan hati. begitu gembiranya membaca kalamullah,sehingga ia menjadi kegiatan utama baginya. diulang-ulangnya siang dan malam bahkan dijadikannya suatu kewajipan kerana itu dia terkenal dalam kalangan para sahabat sebagai imam dan pembaca Al-Quran. Pada suatu malam, Rasulullah sedang menunaikan solat tahajjud di rumah Aisyah yang berhampiran dengan masjid. Terdengar oleh baginda suara Abbad membaca Al Quran dengan suara yang merdu laksana suara Jibril ketika menurunkan wahyu ke dalam hatinya.

"wahai Aisyah,suara Abbad Bin Bisyrkah itu? Baginda bertanya
"Benar wahai Rasulullah" jawab Aisyah
rasulullah berdoa,"Ya Allah, ampunilah dia!"

Abbad turut berperang bersama-sama dengan Rasulullah. beliau ditigaskan sebagai pembawa Al Quran. ketika Rasulullah kembali dari peperangan Zatur Riqa', baginda beristirehat dengan seluruh para muslimin di lereng bukit. seorang perajurit muslim menawan seorang wanita musyrikin yg ditinggalkan suaminya. ketika suaminya datang kembali didapati isterinya sudah tiada. Dia bersumpah dengan Lata dan 'Uzza akan mencari Rasulullah dan pasukan kaum muslimin dan tidak akan kembali setelah menumpahkan darah mereka.

setibanya ditempat perhentian di atas bukit, Baginda bertanya kepada mereka, "siapa yg bertugas berjaga malam ini?"

Abbad dan Amar bin Yasir berdiri dan berkata serentak "Kami wahai Rasulullah" ketika mereka berdua keluar ke pintu masuk pos penjagaan, Abbad bertanya kepada Ammar siapa antara kita yg akan berjaga lebih dahulu?"

"Aku akan tidur lebih dahulu"Ammar menjawab yg mana sudah pun bersiap-siap untuk berbaring tidak jauh dari tempat berkawal.

suasana malam itu tenang, sunyi dan nyaman. Abbad tertarik untuk turut  melakukan ibadah pada waktu tersebut. dalam waktu yg singkat,beliau sudah pun tenggelam dengan manisnya ayat-ayat Al Quran yang dibacanya di dalam solat. Dalam solat itu beliau membaca surah al-Kahfi dengan suara memilukan dan merdu bagi siapa sahaja yg mendengarnya. ketika dia sedang khusyuk menunaikan ibadah, seorang lelaki datang dalam keadaan tergesa-gesa. ketika dilihatnya dari jauh seorang hamba Allah sedang beribadah di hadapan jalan, dia sedia maklum pasti Rasulullah dan para sahabat berada di sana. sedangkan org yg sedang solat itu adaalah pengawal yg bertugas.

Orang itu segera menyiapkan panah dan memanah Abbad dengan tepat. Abbad mencabut panah yg tertusuk di tubuhnya sambil meneruskan bacaan dan tenggelam dalam solat. Orang itu memanah lagi dan mengenai Abbad dengan tepat. Abbad mencabut pula anak panah yang kedua dari tubuhnya seperti yg pertama. kemudian beliau dipanah lagi dan Abbad mencabutnya seperti sebelumnya.

Giliran berjaga Amar pun tiba. Abbad merangkak mendekati saudaranya yang sedang tidur lalu membangunkan Amar seraya berkata, " Bangun! Aku luka parah!"

sementara itu, ketika terlihat mereka berdua, si pemanah melarikan diri dengan terburu-buru. Amar menoleh kepada Abbad, dilihatnya darah mengalir dari tiga lubang luka di tubuh Abbad. "Subhanallah! mengapa engkau tidak membangunkan aku ketia panah pertama mengenaimu?" dia bertanya kehairanan.

"Aku sedang membaca al-Quran dalam solat. aku tidak ingin memutuskan bacaanku sebelum selesai. Demi Allah, kalaulah tidak kerana takut akan mensia-siakan tugas yg diberi Rasulullah bagi menjaga pintu masuk tempat kaum muslimin berkhemah,biarlah tubuhku putus daripada aku memutuskan bacaan dalam solat" jawab Abbad.

begitulah kisahnya seorang sahabat yang begitu cintakan Allah dan Rasulnya. Beliau akhirnya syahid sewaktu perang yang ditimbulkan oleh Musailamah al-Kazzab. tubuhnya dipenuhi luka bekas pedang,tusukan lembing dan panah. para sahabat ditak mengenalinya kecuali melihat beberapa tanda di bahagian tubuhnya yang lain. semoga syurga Firdaus adalah ganjarannya.. Amin...

Monday, July 16, 2012

Pemimpin, Rosmah Mansor dan juga ANDA!!!

Alhamdulillah.diberi kesempatan untuk menulis. kali ini adalah luahan dan pandangan secara peribadi selama mana aku hampir memerhati tingkah laku manusia. hal ini juga cukup jelas untuk dinyatakan sekali lagi bahawa ini adalah pandangan peribadi.sama2 kita muhasabah diri dan mungkin penulisan ini banyak cacat celanya.tetapi ini adalah pandangan peribadi yg lemah lagi hina.

bermula hanya dengan status di FB bahawa "pemimpin sekarang susah hendak ditegur..zalim" maka ramai yang mengaitkan dengan pemerintahan najib. najib memang xboleh ditegur..najib itu..najib ini.. tetapi matlamat ini adalah untuk mengenali siapa kita sebenarnya? kita bukan pemimpin kepada organisasi?kita bukan pemimpin kepada keluarga? kita bukan pemimpin kepada persatuan yg kecil? atau kita hanya pengikut sahaja? istilah pengikut semata2? walhal ketahui bahawa paling kecil sekalipun bahawa kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri!!! justeru kita re-check kembali diri ini. pernah suatu ketika berada di dalam satu majlis, seorang pemimpin ditegur dalam kalangan ahli dalam majlis tersebut. apa yg dikatakan itu benar, namun agak tegas. maka ramai yg tidak selesa dan ramai menyatakan ketidakpuasan hati. "dia ni xreti hormat pimpinan! dia itu! nak bertegur kenalah berhemah!" aku hanya tersenyum.. cukuplah jika kita menghayati kisah bagaimana s.Abu Bakar ditegur oleh rakyat jika beliau tidak menegakkan hukum Allah dihadapan rakyat jelatanya..maka berlapang dada itu perlu, tetapi jangan dekat belakang2 akan ada rungutan pula.. =)

dimana pemimpin ketika kita memerlukan mereka? dimana ketua? di mana amir? dimana pengarah? pengerusi dsb? jika ditegur,kita dituduh kurang ajar.. jika dibiar, kita ini bacul!

Rosmah Mansor? ramai yang mengkritiknya.. memalukannya.. ya.. aku hanya membaca.. mengambil tahu tentang apa yg dilakukannya.. dan cukuplah bahawa aku benci akan keborosannya itu.. Rosma mansur habiskan duit rakyat! itu! ini!? aku sekali lagi tersenyum. dan mampu aku katakan, "kita tidak diuji seperti mana dia diuji".

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

ketawa kecil juga aku.. kita diuji dengan keadaan yg berbeza. beliau dengan kekayaan dan kemewahan, dan seseorang diuji dengan kesempitan. dan perlu diingatkan, belum pasti lagi kamu tidak akan menjadi boros sepertinya jika kamu diuji dengan nikmat kemewahan dan berada ditempat dia. silap2 kamu lebih teruk lagi? siapa tahu? (moga dijauhkan) . teringat bahawa kita sering mengutuk, sesiapa sahaja yg boros! habiskan duit rakyat! namun kamu yg sebagai pemimpin belum tentu lagi tidak menjadi seperti dia. kerna apa? baru pergi kursus, duduk di hotel, tilam empuk, maka akan makan dengan seleranya segala juadah yang dihidangkan sudah lupa tanggungjawab. pernah terfikir ketika itu bagaimana nasib sahabat anda yang tidur hanya beralaskan toto? yang hanya tidur beralaskan lantai papan yg ketika itu anda tidur di atas tilam yg empuk? pernah fikir keadaan bagaimana rakan anda atau masyarakat di luar sana hanya makan maggi? hanya makan nasi berlauk telur goreng  atau ikan masin atau tidak makan langsung dan ketika itu anda makan makanan yg cukup lazat.. maka ketika itu, sy perlu katakan, sama2 kita muhasabah..kita baru sahaja diduga dengan makanan yg lazat, tilam yg empuk,bilik berhawa dingin.. ketika itu anda sudah mula leka.. bayangkan kalau anda mula jadi perdana menteri atau isteri perdana menteri..ataupun menjadi jutawan dsbg... siapa yg susah tu, marilah pergi buat laporan kebajikan, daftar dengan kami.. mari buat laporan itu dan ini.. kau pemimpin, then kau nak suruh org datang? dulu S. Umar boleh aja berjalan malam dan ambil tahu ttg rakyatnya.. kisah wanita merebus batu itu.ingatkan? so, kenapa nak cakap "susahlah arief.. diorg diam aj..silap diorg juga sebab diorg xnak dtg bgtau sendiri"...

 
saya mendoakan agar mereka berubah.kalau tidak, rakyat yg akan berubah! 


mungkin selepas ini ramai yg akan marah dan kecewa dengan penulisan sebegini, namun tidaklah ia tidak mendatangkan kebaikan walau sekelumit bukan? kalau kita tidak boleh ditegur,samalah kita mcm puak UMno yg ditegur oleh Mahathir yg mana kita sering mencantas golongan doktor,ilmuan dan sbgainya..salah satu sebabnya,kerana kita hendak kekal diatas dan kita TIDAK MAHU DITEGUR!!

kalau saya tidak radikal dalam berpolitik, berdakwah, dan saya radikal dalam mendalami masalah masyarakat.. kerana SAYA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA

PENULISAN INI UNTUK SEMUA

Monday, July 9, 2012

Andai ini Ramadhan terakhirku Part I

 "zar, aku teringin nak jubah wanra putih tu.. aritu beli xda pun baju warna putih.. semua warna hitam..kalau ada pun xde saiz aku" aku mengeluh.. "ala, xde rezeki kau lah tu.. "zar menenangkan aku.. entah kenapa sudah teringin sekali memiliki jubah putih tersebut.. "agaknya kalau aku dapat jubah putih ni, time tu mesti aku sudah pergi kan.. aku tersenyum.. sengaja sahaja.. "kau ni..apalah cakap mcm tu..aku xsuka lah.. ada rezeki, adalah..belum rezeki kau aje tu" zar memarahi aku.. aku hanya mendiamkan diri."tapi..." "argh..xde tapi2 lagi"..zar memotong ayatku.. aku dan dia terus berjalan mencari beberapa helai baju.. sengaja mencari baju..kemudian kami terus singgah di KFC untuk makan tengah hari..

"entahla Zar, aku letih sangat sebenarnya.. nak buat apa pun xtahu"aku memberitahu sahabat baikku.. beliau memandangku dengan wajah sayu.. "kau sakit ya? terus terang cepat.." dia membuat muka seperti benar2 ingin tahu.. aku menundukkan pandangan.. :"eh, mana ada.. tiba2 aje kau ni" aku cuba menutup cerita.. aku terus menjamah perlahan ayam tersebut.. "habis kau selalu balik dari ukm tiap2 minggu tu kenapa? bukan sebab nak ambil ubat ke? mcm la aku xtahu.. dalam bilik kau tu, bukan main bersepah ubat aku tengok.. kau sakit apa ni? zar benar2 serius kali ini.. " hurm.. ignore ajelah..itu ubat selesema aje..haha.. ubat pening kepala" aku cuba mengalih perbualan..biarlah.. kini aku lebih gemar untuk menjauhkan diri daripada mereka yg aku sayang. kalau boleh, biarlah membuatkan mereka membenci diri ini..kerana bila aku ditakdirkan pergi,mereka tidak akan sedih kerna kehilanganku.. itulah yg aku harapkan dengan membuatkan mereka benci.. hakikatnya, kini ini bukan diriku yg sebenar..

"andai ini ramadhan terakhirku" ketika memandu pulang, aku mengeluarkan ayat itu.. tiba2.. aku perasan Zar menoleh ke arahku.. aku membuat2 tidak tahu..meneruskan pemanduan dan fokus.. dia kelihatan berfikir dan kemudian mengelengkan kepala.. aku mendiamkan diri. entah kenapa rasa sebak dan sayu pula.. "Syuaib, janji tau kau kita iftar(berbuka) puasa sama2 nanti! nanti kita sambut besday kau k!kita g berbuka luar,then tarawikh kat masjid,pastu kita jalan2.. " Zar memandangku.. aku tersenyum dan mengangguk.. "InsyaAllah jika masih bernafas" bergenang air mataku ini..entah kenapa.. dia lantas memelukku erat.. terasa kasih sayangnya kepadaku.. sudah hampir 10 tahun kami bersahabat.. ingat lagi bagaimana egonya dulu dia terhadapku..itu peristiwa lama..tidak mahu dikenang semula..
"Zar,terima kasih!nanti, ada rezeki kita jumpa lagi ya.." aku memberitahunya.. " eh, kau kena janji kita kena juga iftar sama2 nanti! tau! ha, xnak singgah rumah aku dulu ke?alang2 dah smpai sini.mak aku tanya bila kau nak datang rumah..so, jom masuk" Zar mempelawa..aku menolak.. kerana sudah lewat malam. InsyaAllah jika ada kesempatan, nanti aku datang.. "jaga diri, doakan aku tau.." pesanku lalu aku meneruskan perjalananku.. terfikir kenangan bersama sahabat baikku itu.. hanya tersenyum dan bakal merinduinya.. kalau aku tiada, mcm mana la dia nanti.. entah kenapa air mata ini mudah sahaja mengalir pada saat-saat sebegini.. moga apa yg aku lakukan ini adalah terbaik..
kini aku cuba menjauhkan diri dari semua orang. dari semua org yg tersayang. menghabiskan masa dengan keluargaku dan cuba memberikan yg terbaik. kepada mereka yg lain, yg juga aku sayangi dan hargai, entahlah..mereka juga sudah berubah. tidak rapat seperti dahulu. senang juga kerana bila sudah jauh sebegini,maka mereka tidak akan sedih akan pemergianku nanti..

 
::ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU::

Saturday, June 16, 2012

Kerana dia Ayahku..

Ya hari ini hari ayah..waktu malam jam 2am aku mempunyai urusan.. sempat sahaja aku mempersiapkan segala barang keperluanku untuk pulang ke UKM. usai mengemas barang, maka aku pun membawa semuanya untuk turun ke bawah. kelihatan ayahku sedang nyenyak tidur beralaskan tilam. bukan tidak mahu tidur di dalam bilik, namun kadangkala dia tertidur sewaktu menonton bola dan sebagainya. aku memperlahankan langkah.. gerak langkahku penuh berjaga-jaga dan perlahan kerana bimbang aku membuatkan ayahku terjaga.. aku membuka gate , dan terus memanaskan enjin.. sempat juga melihatnya kerana bimbang dia akan terjaga.. namun aku sedar, kalau dia terjaga pun dia akan buat2 tidur.. ya,kali ini aku pergi tidak salam kedua tangan ibu dan ayahku..mungkin mereka akan fikir, aku sudah besar, boleh bawa diri sendiri, sebab tu xpayah nak salam tangan ibu dan ayah.. namun hakikatnya, aku tidak mahu mengejutkan mereka..kerana anaknya ini akan pulang juga.. tidak sampai hati mengejutkan mereka yg sedang nyenyak tidur.. 

teringat lagi waktu sekolah.. ketika ayahku sedang nyenyak tidur, aku sungguh berasa beralah kerana terpaksa mengejutkannya dari tidur semata-mata untuk menghantarku ke kelas tambahan,.. berhati2 aku mengejutkannya.. risau kena marah.. risau juga menyusahkan.. bagiku, ala, bukannya penat jemput dan hantar..naik kereta kan..sehinggalah tiap kali cuti sem, tiap kali ayahku sakit, aku yang menggalas tanggungjawabnya dengan menghantar adik2ku ke sekolah..memang letih.. terasa...walaupun aku ini muda, ya, memang kadang kala tidak cukup masa untuk berehat..petangnya perlu dihantar ke sekolah agama lagi..ingat lagi kerana tidak mahu menyusahkan, jika ada kelas tambahan, aku akan bersama rakanku untuk stay up..selalunya ak akan beriktikaf di masjid sebelah sekolah.. itulah tempat aku tidur, belajar dan sebagainya.. 

"balik rumah x ni? itu ayat yang selalu dihantar menerusi sms.. "balik.." ya.. kadangkala lewat malam baru aku pulang..jam 1am baru bertolak dari bumi bangi ini hendak ke batang kali.. jarak perjalanan yang seringkali memakan masa selama satu jam setengah.. namun bila aku pulang, aku melihat ayahku masih lagi berjaga..menonton televisyen..namun kadang2 tv dimatikan, namun aku sedar yang ayahku buat2 tidur.. ayahku tidak akan tidur selagi anaknya tidak selamat sampai ke rumah..itulah ayahku.. kasih sayangnya tidak pernah ditunjukkan kepada kami.. tidak seperti dahulu. yang mana ketika aku dibesarkan di kampung, aku,kakakku dan adikku seringkali menunggu ibu dan ayahku pulang dari KL untuk bertemu kami di waktu hujung minggu..selalunya hari jumaat malam mereka akan tiba.. dan ketika itu juga kami tidak tidur malam..tunggu kepulangan mereka..kadang2 aku buat2 tidur..menyorok belakang pintu dan sebagainya.. dan ketika hari ahad, aku mahu ikut mereka pulang ke KL.. walaupun mereka berjauhan, namun kasih sayang mereka tetap sama..dan ketika itu aku kecil dan tidak tahu apa2.. masih bersekolah rendah ketika itu..tahap satu barangkali..

pernah juga aku ditampar kerana degil.. dan sebagainya,,namun itu adalah proses mendidik dan aku tidak pernah salahkannya sekarang.. aku faham dan mengerti.. "abah kalau orang nak marah kau sebab sikap kau, sebab salah kau, abah biarkan aja..salah diri sendiri kan" itu ayatnya.. ayat yg diingati smpai sekarang..ingat lagi sewaktu kecil.bagiku keseronokan meminta duit raya itu adalah perkara biasa.. seringkali mengira duit raya dan bersaing siapa mendapat duit raya paling lebih tahun ini..pernah sekali aku mengira duit raya di dalam kereta.ketika sahaja sampai ke rumah yang dituju,duit tersebut cepat2 aku sorokkan.." abah xsuka kalau datang rumah org nak duit raya..xsuka anak2 abah meminta2.. nak berapa duit abah boleh bagi" ayahku menegurku..spoil mood raya ketika itu... namun dengan teguran itu ketika aku kecil lagi, sehingga sekarang aku amat takut untuk meminta sesuatu dari rakan2.. terutama meminta tolong.. tiap kali meminta apa2 dr rakan, even inginkan gula2 yg mampu dibeli dengan harga sepuluh sen 2 biji, aku tetap malu dan akan teringat pesan ayahku..dan sebab itu juga, bila org memberi duit raya, aku akan menolak..melainkan dipaksa untuk menerima.niat datang ikhlas, dan bukan lagi kerana duit raya..

itulah antara pengalaman dan pesanan dr ayahku yg aku ingat smpai sekarang..walaupun tidak rapat seperti dahulu, namun aku tahu dia sayangkan anak2nya..dia bangga dengan anak2nya..dan aku adalah hasil dari didikan ayah dan ibuku.,...love u all.....



Friday, April 20, 2012

kerana aku bernama Aiman..


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?


Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.


Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.


“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.


Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.


Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.


Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”


“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.


Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.


Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.


Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”


Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.


Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).


Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.


Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.


Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.


Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.


Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.


“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.”


 “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.


“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”


Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.


Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.


Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?


Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.


Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…


Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… 


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…


Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.


“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.


“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”


Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.


PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.



**********



Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.


Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..


“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.


Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.


“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir.


Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.


Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...

ini saya copy paste dari fb terima kasih kerana lukakan hati saya...

PTPTN dan Mahasiswa?

Pada hari ini melihat bahawa isu ptptn adalah sesuatu isu yang amat hebat untuk diperdebatkan. sempat juga saya sendiri turun untuk melihat kepada situasi sahabat2 sewaktu berada di sana. sekadar memerhati mereka berhujah, perbincangan dengan sahabat2, maka saya mempunyai pandangan saya tersendiri.. penulisan kali ini lebih bercorak kepada straight to the point.

ANWAR dan PTPTN

agak kecewa saya apabila melihat bahawa mahasiswa pada hari ini menimbulkan isu penghapusan PTPTN dan yuran pengajian secara percuma selepas Anwar (Ketua Pakatan Rakyat) menyatakan manifestonya untuk memberikan pendidikan percuma dengan syarat apabila Putrajaya berjaya ditawan mereka. maka dengan itu maka timbullah gerakan daripada mahasiswa yang menyahut baik seruan Anwar itu. tidak salah,namun spada hemat saya, sebagai Mahasiswa yg dikenali sebagai mahasiswa yang mempunyai idealisme sendiri, yg dicanagkan sebagai third force, sewajarnya perlu membawa isu ini lama dahulu jika mereka benar-benar ada perjuangan dan idea mereka. apabila Anwar Ibrahim membuka mulut berkaitan isu ini, maka mahasiswa pun terus bersetuju dan ini menampakkan kelemahan yang mana secara imejnya akan dilihat mahasiswa ini seperti kuda tunggangan parti politik. ia, itu sudah nampak. alangkah lebih baik pula, jika Mahasiswa yang membawa isu ini, maka kemudian Anwar sebagai Ketua Pakatan katakan "Ya..jika kami barisan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya,maka kami akan ikut tuntutan anda" daripada ini baru menampakkan mereka benar-benar mendengar suara mahasiswa,suara rakyat. dan bukannya mereka yg menggerakkan dahulu isu ini..

PTPTN TIDAK PERLU DIHAPUSKAN

seterusnya saya agak tidak bersetuju jika PTPTN dihapuskan,tetapi cukai sejumah 1% (kononnya sebagai upah) itu yg perlu dihapuskan,begitu juga dengan yuran pengajian. tidak ada masalah untuk menghapuskan jumlah 1% dr pinjaman PTPTN dan juga untuk menghapuskan yuran pengajian. seperti mana dilihat aset negara yang kebanyakannya lahir daripada pusat universiti ini,dan diikuti dengan slogan"rakyat didahulukan'maka kepentingan rakyat itu perlu untuk dilihat dan dikaji. pembangunan modal insan sebegini seharusnya perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memberi pulangan yang baik kepada negara dalam jangka masa yang panjang. memang tidak nampak hasilnya sekarang, namuan berberapa tahun nanti, golongan inilah yang akan memberi sumbangan besar kepada negara. namun begitu, yuran kediaman, yuran kemudahan seperti bas, buku itu bagi saya tidaklah perlu untuk dimansuhkan. sewajarnya kita perlu membezakan yuran pengajian yang bagaimana harus dihapuskan. kenapa PTPTN tidak perlu dihapuskan? kerana, jika PTPTN dihapuskan, adakah kita lupa bagaimana kos sara diri sewaktu tempoh selama  3,4,dan 5 tahun mahasiswa yang menyambung pelajarannya.. adakah ibu bapa terpaksa lagi untuk menanggung perbelanjaan anak-anak mereka yang sudah berusia 20 an ke atas? ya tidak salah..namun dengan adanya PTPTN, ia mampu untuk memberi kemudahan kos sara hidup pelajar yang kurang berkemampuan.mungkin disebabkan ini kita melihat bahawa ramai ibu bapa dan mahasiswa yg tidak bersetuju PTPTN ini dihapuskan kerana kos belajar di U adalah tinggi disamping taraf kehidupan keluarga tersebut yang rendah,maka PTPTN ini perlu diteruskan..tidak dinafikan,jika yuran pengajian adalah percuma, maka mahasiswa hanya akan diberikan pinjaman yang sedikit sesuai dengan kos sara hidup mereka, dan tidak perlu untuk membayar yuran pengajian mereka.bermakna PTPTN perlu untuk menampung kos sara hidup pelajar yg tidak mampu.

kesimpulannya, Mahasiswa perlu bijak dan lebh jelas mempunyai idealisme tersendiri tanpa secara jelas menampakkan terpengaruh dengan mana-mana parti politik, ptptn xperlu dihapuskan kerana ia mampu membantu mahasiswa yg susah utnuk menampung kos perbelanjaan di U,namun apa yg perlu dihapuskan adalah cukai 1% dan juga yuran pengajian. dan jika kerajaan mampu untuk memberi tiap seorang dengan biasiswa,maka itu lebih baik..

Wednesday, March 28, 2012

Hidayah itu Milik Allah

Siapalah diriku ini.. ingat lagi ketika aku masih lagi belajar di sekolah menengah.. seperti biasa, ketika ada program untuk mewakili sekolah, diri ini sentiasa berjumpa dengan ramai kenalan baru. Allah..sejuk hatiku ini melihat. wanita itu bertudung labuh.sopan, lembut tutur katanya.. begitu juga dengan lelaki  yang sering kali kopiah berada di atas kepada..tambahan lagi kalau di sekolah agama tu.. sejuk mata memandang.. senang bergaul dengan mereka. namun , sejak bersahabat dengan mereka, melihat mereka, hati ini menjadi resah.. aku menangis sendirian. hendak tahu kenapa? kerana kesal kenapa diri ini tidak menjadi seperti mereka. rendah sungguh rasa diri ini. aku termenung.. kenapalah bukan aku yang menjadi seperti mereka. kan bagus kalau aku berada dalam kelompok sebegitu.. 

perkara sebegini seringkali membuatkan aku sebak..sebelum tidur memikirkan, apakah hari ini aku menjadi lebih baik daripada semalam.. adakah ramai orang senang bersama denganku.. aku berfikir, siapalah aku ini..kadangkala ada juga cikgu2 yang sering memuji org yg berperwatakan baik sebegini. ya..itu membuatkan aku iri hati..tetapi bukan kerana aku mahu dipuji..tetapi kerana aku mahu menjadi baik sepertinya.. 

memang benar.. jika difikirkan semula, aku beruntung..kerana sedar bahawa diri ini perlu melakukan perubahan.. perlu menjdi lebih baik..hidayah Allah itu perlu dicari..dan bukan dinanti...

Monday, February 27, 2012

Kem Nadwah Keheningan Diri II, ukwah ini mula bertaut

Alhamdulillah. dapat juga masuk semula ke sekolah setelah bertahun-tahun meninggalkannya. inilah sekolah yang mengajar aku agar kuat dalam menghadapi dunia luar. siapa kuat dia akan mampu bertahan, dan siapa lemah, maka dia akan terus terkapai-kapai mencari mana hala tuju mereka. tidak aku salahkan mereka, kerana itu adalah lumrah manusia bergelar remaja, dan asalkan keluar sekolah nanti mereka menjadi manusia yang baik, berguna cukuplah.. Kem Nadwah Keheningan Diri II dicatatkan melalui lembaran awal tahun baru. sudah di "mark" tarikh itu. kenapa awal tahun? mungkin akan ada rentetannya? atau mungkin itu adalah pengakhirannya?

maaf kerana sudah hampir sebulan baru ingin menulis berkaitan kem ini. tapi percayalah kem ini adalah khas untuk adik-adikku yang tersayang. kenapa kem dia macam ni? kasar? kena berjemur, pejam mata, jadual padat? itu antara rengekan adik2ku.aku tersenyum. malam pertama tu, aku menemui mereka. meminta mereka meluahkan pendapat jika ada masalah. aku memerhati seorang budak lelaki ini. sudah ku tahu masalhnya. namun sengaja menggunakan pendekatan psycology dengannya. "siapa ada masalah,bagitau abang sekarang?" masing-masing diam. kemudian akan ada sesi meluahkan perasaan. masing-masing tidak puas hati kerana tidak boleh menggunakan handphone. dan mahu fasi dan urusetia juga tidak dibenarkan menggunakan handphone juga.. aku hanya ketawa kecil sengaja mahu melihat gelojak nafsu anak muda menyatakan pandangan dan hujah mereka. agak pening akal ku ini untuk berfikir mencari jawapan dengan analogi yang cukup ringkas,namun mereka faham. akhirnya, Allah memberikan ku satu ilham. berkat jawapan itu, mereka sedia dan menerima dengan cukup baik. Alhamdulillah. bagus budak-budak ni, hatiku bermonolog.

antara yang sering menjadi perhatian fasi dan urusetia.. kumpulan ini. tapi diri ini berasa cukup bangga dengan mereka.

apalah yg adik2 muslimat kita ni buat sampai abang yop dekat belakang tu pening kepala.. haha.. adeh!!

perjalanan program berjalan seperti biasa. hari pertama ketika makan malam aku mendengar rungutan sekumpulan kecil yang menyatakan bahawa makanan tidak sedap. ayam terlebih cili hijau. pelik juga kerana yang lain rasa sedap aje.. hur,sah cerewet budak ini!! kemudian aku dan sahabat membuat keputusan supaya akan ada slot yang menarik untuk mereka..!
 apa yang adam buat tu? sama-sama lah tengok

 seperti biasa..fasi bergambar ajelah..haha.. adik2 bergambar, masak xjuga.haha

 baru nak mula masak..tapi seperti biasa..muslimat hanya mengarah itu dan ini..hehe

saya suka tengok reaksi muka ini!!! haha.. 

apa yang dilakukan ini bukan sekadar untuk bersuka-suka. bukan juga nak buat seperti kem tentera dan sebagainya yang kononnya ikhtiar hidup jika negara dalam keadaan perang. namun ini adalah mahu mengajar adik-adik erti kesyukuran. kerana kita hidup untuk bersyukur.. =)

hidup ini perlu untuk bersyukur.. yeay... kalau xbersukur, macam-macam nikmat kena tarik.. kem ini bukan untuk seronok, tapi kita mahu seronok untuk belajar...
hidup kalau iman kita ni nipis, senang kita jatuh,senang kita pecah.. xberguna lagi lepas tu.. 

namun kalau masih ada yg bersimpati untuk mengutip, Alhamdulillah... namun kita harus sedar yang mana....
ada juga yang hanya mampu tersenyum melihat... haha

antara peserta tercomel..haha

inilah kehidupan.. apa-apa pun, kem nadwah ini banyak memberi pengajaran kepada kami barian urusetia dan fasilitator juga sebenarnya. niat memang hendak buat kem nadwah keheningan diri III pula.. barangkali suatu hari nanti, tenaga anak muda macam kamu semua mampu untuk meneruskena program ini.. ke IV,V,malah seterusnya... tahniah kepada semua!!!

ingat-ingat kami remember, jangan lupa-lupa dont forget,kami sayang kamu, we love u, hanya kamu only u,,,

Tuesday, February 21, 2012

PMUKM di Hearty-KU

Gabungan Mahasiswa. pada mulanya detik kemenangan diumumkan, ya, diri ini sudah akui dan menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Kampus bagi kerusi umum tahun 1/2. namun aku bersyukur kerana kumpulan sahabatku yang lain menang sehinggalah kami mampu untuk menerajui kepimpinan PMUKM kali ini. jujur diri ini agak malu sebenarnya untuk bersama mereka. namun Kehadiran projek mega iaitu Pesta Konvokesyen menyebabkan aku semakin dekat dengan mereka. bayangkan, siapa yang boleh lihat barisan pimpinan duduk bersama-sama kita dan berusaha menjayakan pesta ini.. huhu,. aku teringat lagi, kadangkala bilik pesta, bilik PMUKM dijadikan bilikku yang kedua sewaktu gerak kerja program yang banyak.

aku mengintai dari jauh. melihat dan cuba memerhati. pulang meeting.. kemudian sambung kerja, adakalanya sampai jam 3-4 pagi.. dan kemudian bagun semula jam 6 pagi untuk solat subuh dan seterusnya bersiap untuk ke kelas. hurm.. aku? baru letih sikit dah merungut. namun, itu mengajarku sesuatu yang bermakna dalam kehidupan ini. kalau aku berasa letih, mereka lagi berasa letih.. namun satu, mereka tidak pernah merungut.. dan merungut.. wajah mereka tenang sahaja. diri ini menulis bukan untuk memuji dan mengangkat mereka. namun ini adalah apa yang aku nampak. anggap sahaja penulisan ini adalah penulisan dari pandangan sisi seorang sahabat terhadap sahabatnya yang lain dalam bergerak kerja.

teringat lagi ketika berbual dengan mereka. keluar bersama mereka. nampak kesungguhan kali ini. ya, aku tidak nafikan barangkali sesi pimpinan PMUKM yang lepas pun begini. namun tidak sempat untukku merasai dan memerhatinya. sedar tak sedar, sudah setahun mereka menerajui pimpinan kali ini. tomahan, kritikan dan segala rencam bidasan telah mereka lalui. tapi itu tidak melemahkan semangat mereka. kerja dan terus kerja.
"kita buat kerja ni, bukan dapat ganjaran duit pun.. namun insyaAllah saham kita di akhirat akan ada terutamanya jika ada nilaiannya di sisi Allah." kata-kata dari sahabatku.

andai kami barisan pimpinan GMUKM diuji dengan kemenangan sekali lagi, aku yakin mereka akan melakukan gerak kerja yang lebih baik dari yang ada sekarang.. jika mereka bermula dengan kosong sebelum ini, kita perlu ingat bahawa generasi selepasnya telah diisi dan diajar untuk menjadi lebih baik daripada mereka. buat pimpinan sesi lepas, mereka telah memberikan satu banch mark kepada PMUKM. mereka telah meninggalkan satu azam dan semangat yang telah disemai ke dalam diri generasi2 selepas mereka...

Ber-GM lebih baik..

Monday, January 23, 2012

aku bukan Ustaz atau Ustazah pun la!

Sebab saya bukan ustaz?!
Assalamualaikum w.b.t 
aik? Baca aja? Jawab ajelah salam tu.. oh! Lupa..dah jawab dalam hatik kan? Hehe =_=”
Ha..penulisan kali ini agak sempoi..sebab kalau buat ayat panjang-panjang, akdemik sikit, ramai yang xnak baca. Tapi kalau tulis novel cinta, mak ai?! Sanggup tak tido malam nak baca kan?
  • Aku bukan ustaz? Ustazah? Apakah? Haha..
  • Aku bukan ustazah pun nak pakai tudung labuh..
  •  Ala.. aku bukan baik sangat nak bagi nasihat pun
  •  Ala,,orang yang pakai tudung  pun bukan baik sangat! Kadang-kadang orang xpakai tudung lagi jahat dari kami.. ops?!! Kejap2!! Siapakah KAMI tu?! Erk?! =_=”
  • Ala..(sekali lagi ala..) aku bukan baik sangat sampai nak bagi nasihat kat orang pun.bagi lah aku ni perbetulkan diri aku dulu
  • Ha?! Orang yang perjuangkan Islam tu, orang alim-alim aje.. aku ni bukan xnak bersama-sama dengan Islam..tapi aku takut jadi Fitnah dekat Islam tu..
  •  Eleh… penulis ni? Macam baik sangat aja.. nak bagi nasihat kat orang.. kau pun perangai teruk!!?
  • Eh? Kat blog penulis tu ada gambar Tok Guru Nik Aziz la! Sah ni Blog Politik!!! Aku benci politik!!
Ha? Inilah korang selalu fikir, atau kawan-kawan korang pernah cakap kan? Alalalala… aik? Xde? Apa yg xde? Korang xpernah terfikir pun mcm ni? Ha.. kalau korang xpernah terfikir mcm ni, baguslah.. sebab korang kan “SEMPURNA”..xpun korang memang baik…  ha, meh sini baca pandangan aku tentang soalan tu.. ingat ya.. pandangan aje.. =)

  •  Ala kakak oi.. tudung labuh ke, tudung singkat ke sama aje.. itu xtunjukkan pun tahap keimanan anda.. tapi kena ingat, kalau tudung labuh pun,lilit macam kain langsir, tapi Nampak leher, xguna gak… xpun, kalau pakai tudung biasa-biasa(xlabuh mana pun), tp korg pakai baju yang longgar, xnampak bentuk tubuh badan, xnampak anggota badan(xjarang), itu pun dah ok.. tabik!!  Ustazah? Aik? Xtau lak hukum menutup aurat tu hanya diturunkan dekat ustazah aje? Xsangka lak Allah bagi wahyu dekat korg yg mana korg dapat perlepasan untuk buka aurat.. (mood perli..)
 
(xkisah la korg nk pakai tudung lilit-lilit macam mana, yang penting, jgn terdedah ok..)hehe
  •   Ala.. kadang2 mcm ni gak aku rasa. Tapi aku amik contoh la.. kau tengah jalan. Then Nampak orang kena rogol. Then kau nak tolong x budak kena rogol tu? Mesti lah kan! Tiba-tiba perogol tu cakap “ STOP!!! Kau bukanna baik sangat pun nak tolong budak ni!! Biarlah aku rogol budak ni! Kau pun buat dosa gak!!” so, kau nak buat apa? Diam aja? Syyhh…. Malulah saya.. saya banyak dosa, jangan cakap kat orang.. ha.. awak rogol ajalah budak tu.. saya pergi dulu! Macam ni ke korang nak balas nanti?!! Fikir-fikirkanlah…
  •   Haish! Itu sikap orang. Tapi sekurang-kurangnya dia dah menunaikan salah satu tuntutan wajib dia.. korang tu? Mak ai!! Beraninya langgar perintah Allah.. then menunjuk kat orang ramai yang korang ni langgar hukum Allah.. BERANInya!!! Memang korang xkan menghadap Allah nanti kan? *tangan di dada mata pandang ke atas*
  • Bang oi! Kakak oi! Ahaha.. nak betulkan diri sampai tahap mana bro?! nak sampai taraf malaikat? Sorry r bro.. aku, kau n semua orang xkan Perfect! Bukan Maksum! Nak tunggu baik macam mana lagi? Kalau ada ilmu, ada kekuatan, nasihatlah.. tegur.. ka nada 3 cara.. tegur dalam hati tu selemah-lemah teguran kan.. so? Nak bagi pahala free2 xnak.. haisyh!!
  •  Ini berat sikit..berat nanang? Leh ke?haha.. macam ni..persoalan dia, kau nak bersama-sama dengan perjuangan Islam tak? Tak kiralah korang ni bukan orang yang alim dalam ilmu agama, korang pakai jeans, t-shirt or xpakai kopiah or serban 24 jam pun.. yang penting korang nak bersama-sama dengan Islam.. kalau ada kesedaran sikit pun korang dah patut bersyukur dah! Sebab korang terpilih.. 
  • haisyh?!!! Xkan nak tgk Islam menang, tapi korang xnak buat apa2? Tolong la sikit-sikit bro..Allah tgk keikhlasan kita! IKHLAS!! Mana tau korang tolong bawa sepanduk je pun, tp sebab korang Ikhlas, ianya akan dikira di sisi Allah. Best kan!!
  • Ak ni x baik?! Jawapan aku… SO?! Sekurang-kurangnya aku berusaha.. nobodys perfect beb!!

  • TGNA? Haha.. itu idola aku.. kenapa? korang fikir politik? Terpulang.. aku xfikir mcm tu,., kalau ada gambar nabi Muhammad, S. Umar Abd Aziz, sudah aku letakkan di blog aku… Muhammad adalah idola utamaku…

Ha.. kali ini penulisan aku agak ringkas.. mcm lepak aje.. bukan niat nak menghina atau apa. Tapi ia sebenarnya member refleksi pada aku juga. Macam aku cakap dekat depan cermin la.. tapi bab bertudung-tudung tu, bukan aku la ya.. sebab aku laki.. haha! Ini sebenarnya pengalaman aku dan aku menulis di dalam Blog aku.. so, selamat berubah!!