Arakian bermulalah sebuah kisah
di hujung Daerah Pinang Sebatang. Penduduknya hidup dalam keadaan aman dan
harmoni yang mana terdapat beberapa buah kampong dalam daerah tersebut. Kehidupan
masyarakatnya seperti biasa, tiap pagi pergi ke sawah, kemudian singgah di
kedai kopi dan pulang ke rumah untuk tidur. Itu seperti biasa. Kehidupan penduduk
kampong zaman 50-an katakan.
Ditakdirkan kerajaan telah
menubuhkan mahlis perbandaran untuk menjaga kawasan diseluruh daerah kampong
pinang sebatang. Pegawai-pegawai daerah tersebut pergi melawat dan memantau
segala aspek kemudahan setiap kampong di dalam daerah tersebut. Namun hampir
tidak semua kampong yang menerima dan menyambut baik kehadiran pegawai-pegawai
yang datang. Malah ketua kampong dan ajk rukun tetangganya sering menyatakan
bahawa pegawai majlis daerah sering menganggu gerak kerja dan menyibuk sahaja. Mungkin
ditambah pula dengan perasaan yang mana mereka sangat berkuasa untuk membuat
itu dan ini terhadap penduduk kampungnya. Orang luar nak datang campur urusan? No
Way!
Hal ini berlalu seperti biasa. Ketua
kampong banyak membuat program dan mengerahkan penduduknya mengikut. Jika ada
pertandingan tarian mahupun permainan tradisional antara kampong-kampong di
daerah tersebut, maka ketua kampong hanya mencari penduduk dan suruh mereka
berlatih. Kemudian jika menang, ketua kampong yang akan dapat nama. Walaupun penduduknya
bersusah payah. Kemudian, kebanyakan Ketua kampong dan ajk mereka kerap pergi
berjalan melawat daerah lain. Antara tempat yang sering dilawatinya adalah
Riau, Langkasuka dan juga Maluku. Penduduk mereka? Buat tidak tahu. Asalkan mereka
mendapat tempat tinggal. =)
Hal itu berlaku selama beberapa
tahun. Pegawai majlis daerah melakukan kerja-kerja mereka seperti biasa. Sehinggalah
suatu hari. Ditakdirkan berlakunya satu krisis pertelingkahan antara penduduk
di salah sebuah kampong Kampong Daerah Pinang Sebatang. Penduduknya berbeza
pendapat dan sehingga terbahagi kepada dua puak. Namun ketika itu, penduduk
tidak mengharapkan ketua kampong untuk menyelesaikannya. Malah mereka meminta
Pegawai Daerah yang ditolak dan tidak dibenarkan campur tangan sebelum ini untuk menyelesaikan isu yang berlaku di dalam
Kampong tersebut tersebut. Pegawau Daerah sangat pelik kerana itu merupakan
urusan ketua Kampong dan ajk kg. mengapa kini baru mencari dan rata-rata ramai
pergi ke pejabat Majlis Daerah? Bila mana suatu hari ketua pegawai daerah
menegur ketua kampong kerana tidak menjalankan fungsinya dengan baik, maka
ditengkingnya pegawai daerah tersebut.
biar kita duduk rumah kayu asal jangan jadi kayu
Namun ketua pegawai daerah
tersebut hanya tersenyum kerana mengerti bahawa nak tak nak, hakikatnya mereka
tetap bergantung kepada Majlis Daerah gamaknya.. =) masalah selesai setelah
solusi dicari. =)