Sunday, June 6, 2010

perspektif insan muda....

Lihatlah umat islam.. lihat dengan mata hati.. bertapa keagungan Allah terhadap ciptaanya.. namun, itu bukan menjadi persoalan sekrang.. yang bermain dibenak pemikiranku ialah masalah yang dihadapi oleh masyarakat kita sekarang, terutamanya masyarakat ISLAM.. kes buang anak, bergaduh, merempit, pecah rumah, gengsterisme, ragut, semua majoritinya berkisarkan tentang org islam yg menjadi wataknya.. adakah kita ini, yg mempunyai agama yg cukup2 sempurna hanya mampu untuk berdiam diri sahaja? pernah atau tidak kita mendengar masyarakat lain yang bukan beragama islam, mengamalkan budaya iblis ini sehingga adakalanya ia sudah menjadi lali dalam kehidupan seharian.. bukan niatku untuk mempersalahkan mereka.. kerana siapakah aku ini untuk menghina mereka..kerana setiap manusia bukan dilahirkan sempurna..tetapi kita dilahirkan untuk membina kesempurnaan.. namun, aku berasa cukup terpanggil untuk menulis di blog ku ini sebagai wahana dalam membincangkan isu sejagat kita yang hampir semuanya melanda umat islam.. ayuh umat islam..ayuh saudara2ku semua... sebarkanlah islam.. yang berilmu, teruskanlah berjuang demi islam.. janganlah perlekehkan mereka ini semua..jangan menghina mereka, tetapi sebaliknya mereka ini perlu disayangi dan diberi panduan dalam menjalani kehidupan sebagai umat islam yg sebenar.. "mereka tidak saling mencegah dari perbuatan mungkar yang mereka perbuat, sungguh busuk perbuatan mereka.."
" mengapa para ulama dan orang2 yang mengerti agama itu tidak melarang dari kata-kata yang keji dan makan yang haram, sungguh busuk apa yang mereka perbuat"
begitulah firma Allah yang begitu jelas menyeru hambanya untuk mengamalkan prinsip amar ma'ruf nahi mungkar.. menjadi persoalan kepadaku, mengapa segelintir masyarakat yang menyalahkan remaja sebegini sehingga mereka dikeji dengan begitu dasyat sekali.. Kau Budak Kejam!!! Kau Mesti Masuk Neraka!!! Kau X Layak Untuk Kami!! begitulah antara kecaman yg mereka terpaksa hadapi.. saya terpaksa membawa satu analogi disini.. seorang bekas penagih dadah yg baru keluar dari pusat serenti.. pulang ke kampung dengan niat untuk berubah.. namun, disebabkan kesilapan yg lalu, hamba Allah ini dicemuh dan dipulaukan.. akibat rasa tertekan, beliau melepaskan tekanan dengan mengambil dadah semula.. " arh!! alang2 da kena fitnah dgn bnda yg aq xbuat, baik aku buat terus"... kadang kala, masyarakat perlu mengambil sensitif terhadap isu ini..supaya yang leka dengan mencemuh itu, tersedar dari kekhilafan mereka..
isu seterusnya,... aku pernah terfikir, mengapa pelajar bermasalah itu dibuang sekolah kerana masalah disiplin.. selepas itu, kemana hala tuju mereka selepas mereka dibuang?! korang pernah terfikir x?? kemana hala tuju mereka?! prinsip ingin menjaga nama baik sekolah, prinsip kerana nila setitik, rosak susu sebelanga menjadi mainan mereka...hujah mereka.. salah siapa sebenarnya>? salah pelajar? itu sudah pasti!! namun, kita nak melepaskan semuanya kepada pelajar ka?selepas mereka dibuang sek, mereka mungkin akan lebih terdedah kepada gejala negatif yg lebih hebat lg.. saya berpandangan begini.. kan lebih molek jika semua pelajar yang dibuang sekolah, diwajibkan dihantar ke pusat pemulihan akidah.. supaya mampu memberi pengisian rohani kepada mereka..? ini tidak.. kalau dah mengandung, dah bersalin, baru nak hantar.. ini silap kita.. bila terhantuk, baru nak tergadah.. pihak kerajaan please take it seriously!!! jangan sibuk ceramah sana sini, kesian sana sini, menangis x tentu pasal, namun bila ditanya tindakan? kosong!! ikut akta ini.. ikut ordinan ini... itu sahaja...perlu diingat, kadang2, hukuman yang dibuat sendiri oleh manusia itu terlalu banyak kelemahanya.. justeru, Hukum Allah itu yg perlu diikut.. namun, kita silap.. kita permainkan hukum Allah...aq bukan nak berpolitik atau apa.. tapi ini isu semasa!!!!seterusnya, ibu bapa.. sori ya.. terpaksa kupas isu ini satu per satu.. kadang2 ibu bapa nak salahkan anak2, tetapi mereka tidak sedar kelemahan mereka jua.. kepada ibu bapa, cukup ke solat 5 waktu?cukup bg didikan agama kepada anak2? cukup ke segala amalan wajib yg diperintahkan kepada kita? kadang2, solat xjaga, namun berharap agar anak2 menjadi baik seperti malaikat.. kononnya mampu menyedekahkan bacaan kepada mereka selepas mereka meninggal dunia.. maaf agak pedas disitu.. namun, yang benar itu senitasa pahit..didikan yang sempurna sebenarnya bermula dari rumah.. jika sihat persekitarannya, maka, anak2 jua akan sihat dari segi rohani dan sebagainya.. Rasulullah pernah bersabda "bukalah kalimah pertama dengan perkataan tiada tuhan melainkan Allah" ini jelas menunjukkan didikan agama yg sempurna merupakan fundamental terpenting ke arah pembinaan sahsiah yg terpuji.. hurm... apa yg dapat daripada diskusi ku ini.. sebenarnya ini merupakan satu isu sensitif yg perlu diambil berat oleh semua pihak.. jangan saling tunding menunding ajri ke arah pihak yang lain... tanggungjawab kita sebagai umat islam merupakan tanggungjawab yang vital sebenarnya.. bukan niatku untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini.. namun, inilah konteks kehidupan masyarakat sekrang yang berlaku.. mungkin ada yg menyatakan bahawa aku jua saling menuduh mereka, namun, nasihatku, baca dengan mata hati.. aku ulang,,, "kadang2 kebenaran itu memang sesuatu yang pahit" salam alaik....

Tuesday, June 1, 2010

Aku Hanya Insan Biasa....

assalamualaikum.. aku hanya seorang hamba Allah yang hina lagi dina.. namun, aku sedar, setiap nafasku ini hanyalah semata2 untuk Allah.. namun, kadang2 aku alpa akan tggungjawabku apabila aku tewas si tangan iblis laknatullah... aku juga melakukan kebejatan yang sering kali membuatkan rakan2ku terasa hati denganku.. namun, percayalah, setiap mahluk di dunia ini melakukan khilaf.. tanggungjwab yg lain ialah perlu menegur dan siapa yang ditegur perlu menerima dengan hati yang tebuka walaupun pahit untukku menelan.. aku seorang insan yang biasa aj... ada juga jawatan di sekolah ku waktu dahulu.. pernah juga memasuki pertandingan dan ketika itu aku seperti ditatang bagai minyak yg penuh.. Alhamdulillah.. semua atas rezeki Allah.. namun, org ramai mula memerhatikanku,, sehingga segala tingkah lakuku diperhatikan.. dari apa yang berlaku dirumah akan ditanya oleh orang lain.. namun, itu bukan yg aku pinta.. kerana, ramai yg terasa hati akan sikapku walaupun bukan salahku sebenarnya.. ada yg menanggap aku sombong.. walaupun hanya hal yg kecil seperti tidak membalas senyuman mereka.. walhal, aku tidak perasan pun mereka senyum kat aku.. aklau aku tersenyum sendirian, mereka akan memanggil aku gila pula.. aku menjadi semakin konfius.. haha.. namun, aku tetap cuba berbuat baik dengan semua orang..namun pengalaman itu cukup jelas mengajarku erti kehidupan bahawa bukan senang untuk memuaskan hati semua orang..perasaan semua orang.. namun, sering kali hatiku ini menangis sendirian semata2 untuk memenuhi kepuasan hati mereka.. aku rela.. aku pasrah.. selagi aku mampu, aku akan ikuti..kerana aku tidak mampu lagi untuk melihat orang yang hampir denganku berasa hati denganku.. mereka makan daging saudara mereka sendiri kerana tidak puas hati mereka terhadapku.. pada malam israa' ke langit Rasulullah melalui suatu kaum yang dipotongkan daging pinggangya. kemudian dimakankan kepadanya dengan kalimat. makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka Rasulullah bertanya : Ya Jibril, siapakah mereka itu? jawabnya: Mereka dari umatmu yang suka mengumpat dan ghibah,.. kadang2 aku menjadi bahan untuk difitnah kerana kelantangan ku bersuara.. namun, itulah aku.. dan aku tetap aku.. aku tak mudah untuk dipersetankan oleh sesiapa.. yang benar akanku tegakkan walau hingga ke titisan darah sekalipun..
to be continued...

Monday, May 31, 2010

couple jangan diislamkan








menuju ke alam kedewasaan ini memang mempunyai banyak dugaannya.. namun, dugaan yang paling besar sekali ialah untuk melawan hawa nafsu itu.. siapa yang kalah, pasti akan kecundang jua akhirnya.. tidak dinafikan ramai yang bercouple pada usia muda.. dan akhirnya, mereka sanggup menyerahkan segala kasih sayang mereka kepada psangan.. alangkah baiknya kalau perasaan itu dizahirkan kepada Allah yang maha esa?! maafkan ku..kerana aku jua hanya insan yang kerdil dan lemah didunia ini.. mungkin ramai jua yang melihat bahawa ada jua orang yang "alim'ini berkapel.. namun cara mereka agak berbeza dari yang lain.. mereka tidaklah seperti mana golongan remaja yang sudah hanyut..tetapi mereka ini lebih kepada ciri2 keislaman..jika keluar, mereka membawa adik mereka untuk berteman.. tetapi, adik yg dibawa bukan untuk tujuan bg mengelak ada org ketiga, tetapi lebih kepada hanya memenuhi tuntutan islam semata2.. sesungguhnya ada 99 nikmat Allah dan Allah hanya menurunkan 1 sahaja di muka bumi ini.. iaitu perasaan kasih sayang.. sehingga binatang pun mempunyai perasaan sayang kepada anaknya.. namun, lumrah kasih sayang ini perlu dijaga agar kita tidak terus leka.. selain itu, ada yang bertemu pasangan di program2 dakwah.. dari permulaan dengan ber sms kepada pengenalan yg lebih akrab.. maka timbullah bibit cinta melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasul.. mereka senang melafazkan perasaan kasih kepada pasangan yang belum tentu jodoh mereka.. sedar akan ini, aku dengan tekad untuk memutuskan hubungan dan membiarkan sahaja perasaan sayangku kepada kaum hawa berlalu pergi.. aku percaya, jodoh antara adam dan hawa akan ditentukan oleh Allah.. siapakah aku ini untuk merancang sesuatu yang dilarang oleh islam dan kemudiannya berdoa agar jodohku dikekalkan..sedangkan couple itu adalah haram di sisi islam??... malah ada jua sahabatku yang mentarbiyahku dengan mengelak dari bercoulpe.. sedangkan apabila aku selidiki, dia x suke untuk bercouple setelah dia elah di reject oleh kaum hawa.. namun, aku terfikir, adakah ianya ikhlas untuk membenci istilah couple ini ataupun hanya kerana pengalamannya direject sebelum ini.. namun, itulah manusia..aku tidak mampu untuk membuat perhitungan disitu..kerana Allah maha mengetahui segala2nya.. kepada bakal isteriku, aku berharap ianya wanita yang solehah, dari keluarga yang baik2, mempunyai paras rupa yang menyenangkan aku utnuk melihatkan wajahnya suatu hari nanti.. aku tetap aku... maaf bagi siapa yg terasa.. ini adalah hasil nukilanku sendiri...

kenangan di smk yakob latif


Alhamdulillah. aku baru sahaja menghabiskan program yang disusun khas oleh generasi muda bagi memperjuangkan islam.. aku bersyukur dapat berkongsi pengalamanku dengan anak2 muda yang sudahku anggap seperti adik2 ku. walaupun ilmu yang aku berikan hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan yang lain, aku berharap, mereka menyimpan dan mengingati segala yang aku berikan kepada mereka dan lakukan walaupun sedikit.. aku pernah berkata kepada mereka " dik, ilmu yang abg smpaikan ini, gunalah.. walaupun sedkit..nanti, kalau abg mati nanti, korang guna apa yang telah abg ajarkan kepada kamu semua, dapat pahala untuk abg..sejuk abg dekat kubur nanti" suasana sepi seketika..bergenang air mata mereka..mungkin inilah hasil kesungguhanku untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka. aku juga berasa sedih untuk adik2 kump. ku.. kerana kump. yang lain mendapat fasi dalam kalangan mereka yang hebat dan mempunyai ilmu yang tinggi.. bertapa kerdilnya aku untuk berkata2 berkenaan soal agama jika dibandingkan dengan mereka.. hatiku ini sering meruntun kesedihan dan menangis sendirian.. aku cuba memujuk soal hatiku ini tatkala berbicara sendirian. itulah die kehidupan..jika kita bangga dengan apa yg kita miliki, kita perlu beringat bahawa ada yang lagi hebat daripda kita semua.. namun, kita hendaklah sentiasa bertawadhu' dan mengingati Allah..segala nikmat yang diberi perlu disalurkan dengan cara yang betul.. Innalladzina yastakbiruuna an ibadati sayad khuluna jahannama dhakirin.( sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai mahluk yang hina dina) (Almu'min 60)
sepanjang kenanganku di sekolah itu, aku tidak berasa kekok kerana sudah 7tahun aku bersekolah di smk biasa.. berbanding dengan sahabat yg lain yang baru sahaja melihat dunia smk biasa yang banyak sosial itu..aku berseorangan disana kerana tiada sahabat.. hurm.. namun aku tetap bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat yang hebat untuk bersama denganku dalam perjuanganku ini.. to: Muhamad Zaid b. Suhaimi, Zulfadly (ajoi), Bukhairy, Faisal, Anwar, Affy,Meor Rady thanks semua coz jadi sahabat aku.. mungkin kita tak rapat sangat, kerana baru 3 hari aku mengenali kamu semua, namun, jujur, aku senang bersama kamu.. to Zaid, thanx bnyk2 bg advice dan mnjadi sahabat baik ku di sana.. moga kita semua menjadi insan yang berguna di muka bumi ini.. Apa yang ku pinta ialah, semoga kamu mendoakan aku agar berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading dan menjadi khalifah untuk menegakkan syiar islam yang semakin kelam ini.. semoga ukhwah kita ini bukanlah ukhwah kontrak iaitu selama 3hari atau sepanjang kita berada di kem sahaja.. once friends, friends forever... amin....

Sunday, May 30, 2010

kerjaku semasa cuti...melihat keagungan Allah







siapakah kita untuk mengkritik..

ISLAM tidak mengajar hamba2nya untuk mengritik dan menghina orang lain.. siapakah kita untuk berbuat sedemikian.. namun, itulah realiti sekarang.. bukan niat aku untuk menghina..bukan juga untuk mencipta publisiti. aku berasa amat kecewa dengan realiti kehidupan sekarang.. bagaimana segelintir orang yang berilmu, warak sering mengutuk insan yang lemah dari segi imannya.. mereka mengkritik cara remaja sekrang bepakaian, tetapi mereka tidak menegur.. mereka seolah2 menjadi bahan untuk terus dikritik dan dipulaukan.. namun, adakah mereka sedar bahawa islam tidak akan berkembang jika hanya, yang alim akan terus berkelompok dengan yang alim.. dan yang jahil akan terus leka dengan yang jahil?? wahai saudaraku yang sedar " ajaklah kepada jalan Allah dengan jalan yang hikmat bijaksana dan nasihat yang baik, dan debatlah mereka dengan cara yang lebih baik"(Annahl 125) begitu besar tanggungjawab kita sebagai umat islam untuk terus menyebarkan dakwahnya..pimpinlah tangan mereka yang tersasar untuk kembali ke jalan yang lurus.. tunjukkanlah mereka contoh yang baik supaya mereka akan kembali kepada Islam yang sejati.. "peringatkanlah kerana peringatan itu berguna bagi orang yang percaya" kita tidak memberi hidayah kepada mereka, tetapi kita boleh menjadi pencetus supaya mereka ini berusaha untuk mencari hidayah.. kita tidak boleh mencari kesalahan mereka, tetapi kita boleh memberi peringatan kepada mereka dengan amaran2 Allah..kita tidak mampu menyebarkan islam, jika kita terus leka dalam dunia kita sendiri... berfikirlah sejenak.. kerana berfikir sesaat lebih baik dari beribadat setahun...

Islam sejati..

Alhamdulillah aku baru sahaja menghabiskan masa lenggangku dengan menyertai kem2 nadwah.. ak menjadi fasilitator..hurm, Alhamdulillah ak masih mampu untuk berkata2 tentang kehebatan islam di hadapan saudaraku yang masih kecil.. dimana pada mulanya aku tidak mengenal siapa mereka, namun ukwah telah menyatukan kami.. nikmat sungguh islam ini.. bertapa hatiku tenang untuk sentiasa mengingati kehebatan islam yang syumul ini.. namun, hakikat dihati, ak berasa amat kecil hati kerana berada disamping sahabat2 fasi yg lebih bnyak mengetahui berkaitan agama berbanding aku..walaupun baru pertama kali berjumpa, namun sudah menjadi akrab kerana kami berjuang di atas satu tali yang sama, iaitu memperjuangkan islam.. belajar untk mnjadi islam yang sejati, mempratikkan islam yg sebenar ini amat sukar sama sekali.. namun Alhamdulillah, berkat sokongan sahbat, dan sebagainya mampu membawa aku lebih kearah itu dan insyaAllah ak semakin hampir.. apa yg ak harapkan adalah, berdoa untuk ak supaya mampu menjadi singa Allah yg mampu menggerunkan kafir laknatullah sehingga islam menjadi mulia dipandang dan menjadi satu agama yg kuat...