Wednesday, December 15, 2010

erti sahabat

Erti Sahabat
Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah.

sahabat dalam hatiku?

sahabat saya? ungkap menarik untuk aku tulis kali ini..getaran hatiku kali ini beringinkan aku untuk menulis sesuatu..jauh dr lubuk hatiku... siapakah itu sahabatku? sahabatku adalah mereka yg mampu duduk disebelahku tatkalaku berasa sedih..yg mampu menghulurkan tangan dan menarikku keluar tatkala ak jatuh dan tergelincir dari kehidupanku..persoalannya, adakah aku ini mempunyai sahabat.. ya.. mungkin ada..dan mungkin juga tidak..sehingga sekarang aku masih lagi mencari sahabat..bukan kerana aku ini terlalu menjunjung tinggi prinsip sahabat dalam kamus hidupku..namun aku ingin mencari sahabat sejati yg benar2 mampu bersamaku dalam perjuangan ini..namun apakan daya..diriku ini tidak sesempurna mana, namun terlalu ingin mencari kesempurnaan. bak kata org .. "cerminlah diri tu dulu" mgkin itu ungkapan sesuai untuk diriku ini..namun, kalaulah mereka ngerti, di mana aku telah berusaha untuk mnjadi sahabat terbaik.. teringat akan kata2 sahabatku..ya.. mungkin sebagai sahabat barangkali." xpe arief..sekurang2nya kau ada usaha untuk berubah" "arief...kalaulah alangkah bahagianya kalau ak dapat masuk ke dalam duniamu" kata2 ini cukup terkesan dalam diri ini.. susah sangatkah mereka ingin memahami siapa Moaham Arief yg sebenar? atau... entahlah..
sahabtku tidak mengapa jika kita tidak mempunyai minat yg sama..namun, aku berusaha untuk menerima minatmu itu.. itulah sahabat..menerima segala kelemahan dan kekuarangan kita...tidak berkongsi minat sama tidak mengapa.tidak mengapa jua jika tidak mempunyai akal budi yg sama.. mahupun perangai.. namun apa yg penting adalah keikhlasan..diriku ini... benarlah tidak siapa yg tahu.. aku cuba untuk memberi, namun aku tidak berharap agar ia datang kembali..kerana aku sedar aku ini sering disalahi..namun, mengertilah wahai sahabtku, bahawa aku sering mncuba untuk menjadi sahabat yg terbaik..yg kamu senang ketika bersamamu.. senang bergurau denganku..kita tidak pernah menghargai manusia disekeliling kita namun, selepas kita kehilangnnya, baru kita menyesal,,dan kita sedar.. sebab itu akal yg ada perlu diguna..belajar dr pengalaman org lain, dan bukannya dari diri kita sendiri.. mengayati lirik lagu ini..sekadar perkongsian...

Lirik Lagu Sahabat Sejati - UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi...

Tuesday, November 30, 2010

surat untuk cintaku....

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Ba’da tahmid dan shalawat…


Sykur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.


ukhti,rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.


Maaf ukhti, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan ukhti, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.


Ukhti, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.


Ukhti, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.


Ukhti, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, Ukhti. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang lelaki soleh. Ya, lelaki soleh yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, Ukhti.


Ukhti, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, Ukhti. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku.


Maaf Ukhti, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, November 15, 2010

Bagaimana hati seorang lelaki untuk wanita

ya..banyak kali aku mendegar keluhan hati seorang wanita berkaitan dengan lelaki..namun kali ini aku akan cuba untuk menjawab setiap keluhan itu satu persatu..harap minx dipermudahkan..

1) Lelaki ni x sporting lah..

Awak..saya nak sporting mcm mana? ikut kehendak awak? ini belum lagi kita sudah berumah tangga,awak hendak saya ikut segala cakap awak.. hakikatnya, isteri kena dengar dan taat akan arahan suami.. ya..saya akui yang saya ini boleh dikatakan mr NO..xleh buat itu, xleh buat ini..namun ini semua sebab apa? tak lain xbukan sebab saya nak jaga awak..nak didik awak...bukan senang untuk membentuk tulang rusuk ini..terlalu keras,ia akan patah..kalau terlalu lembut, ia tidak akan lurus...kalaulah awak faham...

2)Lelaki ni selekeh lah..

Awak..saya tahu saya suka pakai macam ni..seluar lusuh, seluar jeans,.pakai selipar..tapi, awak pilih saya kerana apa? kerana paras rupa saya atau sebab pakaian saya? kenapa lepas kita ada ikatan, awak baru nak pertikaikan? saya nak ajar awak untuk menilai seseorang melalui hati dia..dan bukannya dari segi luaran..

3)kenapa time keluar dengan die, asyik nak saving aje..

awak.., kalaulah anda tahu kenapa kami kaum lelaki nak terhadkan perbelanjaan kami..bukan kerana apa..kamu meminta wang hantaran pada zaman ini dengan jumlah yang tinggi..sekarang smpai berpuluh ribu..manalah saya mampu untuk itu..saya sekarang sedang simpan duit untuk masa depan kita.. bukan sewaktu kita keluar aja saya ni saving, tp, kalaulah awak tau yang saya sampai ikat perut, makan sehari sekali aja, semata-mata untuk berjimat sebab nak penuhi wang hantaran yang ibu bapa awak minta tu...kalaulah awak faham...

4)lelaki ni bosan lah..

Awak..apa yang bosannya saya ni.. kalau saya banyak cakap, saya takut awak terasa.. lepas tu, kita akan gaduh..saya taknak awak sedih atas sebab perbuatan saya.. kalau saya xikut style awak, awak akan cakap saya bosan?mcm tu?.. saya sebenarnya saja nak tgk awak .. adakah awak benar2 dapat menerima saya atau tidak..saya teringin sebenarnya untuk bercinta selepas kahwin..dapat belajar untuk mengenali dan memahami awak..itu matlamat saya sebenarnya......namun,,,,,kalaulah awak faham...

5)kenapa dia xcontact2 aku ha?cakap aja sayang..

Awak..sesungguhnya saya takutkan Allah..saya takutkan dosa.. saya takut menghampiri zina..kalau ikutkan hati saya, saya hendak selalu berhubung dengan awak..tapi, apakn daya,kalau saya ikutkan nafsu, ibarat saya tidak akan mampu menjaga awak nanti.. kerana saya sayangkan awak, maka saya tinggalkan awak buat sementara..walaupun hati ini pedih, tapi, saya hendak awak belajar untuk meletakkan rindu awak kepada Yaang Maha Esa terlebih dahulu...kalaulah awak faham

Thursday, November 4, 2010

Zakat ke ape ni!!!?

ak manusia biasa...namun ak memerhati... kita sering kali melihat satu isu yg cukup besar untuk dikritik..namun kali ini aku mahu membuka mata kamu semua.. bagimana zakat ini melaksanakan tugasnya yg menimbulkan keraguan bagi diriku..pada mulanya ak tidak menahu tentang hal ini sehinggalah apa yg ku sangka baik rupanya mawar berduri yang beracun hakikatnya apabila ia terena dengan saudaraku sendiri..lihtlah kes ini..
kes 1
makcikku ini adalah ibu tunggal..ya masih muda.umurnya mungkin awal 30..mempunyai anak yang ramai iaitu seramai 6 orang.. yg paling tua masih lagi menuntut di bagku sekolah rendah,iaitu darjah 5. pada mulanya beliau mendapat bantuan zakat..Alhamdulillah..namun kini, bantuan itu deberhentikan.. kenapa? aku juga bertanya sebegitu.. pabila ditnya, pekerja yg kerja di kaunter zakat cakap yg die muda lagi.boleh bekerja.. tp hatiku ini berbaur geram apabila layanan yg diterima dr pusat bantuan ISLAM itu adalah seperti melayannya sebagai pengemis.. hatiku ini sungguh terkilan..nasib baik ak tiada pada waktu itu..ak ingin membawa kamu berfikir wahai sahabat..ya, mmg boleh kerja..tapi,sekrang ni, anaknya masih lg muda. pling kecil umurnya 2tahun mcm tu.. still menyusu badan.. andai kata makcikku ini bekerja, siapa yang hendak menjaga anaknya? kalau dihantar kepada orang utuk dijaga, mesti kena bayar upah lagi..duit lagi..itu mereka ada fikir? zakat xfikir.. bukan niat aku untuk menyalahkan mereka..namun ak geram dan bercampur marah... apakah fungsi zakat itu sebenarnya? kini makcik ku ini buat secara kecil2lan projek cendawan..namun tidaklah seuntung mana.. namun, persoalan ini masih lagi bermain difikiranku..melihat anak-anak kecilnya, luluh hatiku ini..mereka tidak mengerti apa2, namun bagaimana kalau perasaan ibunya yang terpaksa menyekat perbelanjaan anak-anaknya? thun depan, 5 orang anaknya akan bersekolah..jadi bagaimana?

kes 2.
ini sama aje.. kesnya..sepupu ak punya kawan yang terpaksa bekerja part time..baru tingkatan 2. sebab susah hidupnya. ibunya mengandung.. anak ada 10 orang..kalau gaji besar, tak kisah sangat..andai kerja pun belum tentu lagi cukup... ibunya merayu dan menagis2 di pusat zakat itu..namun hati mereka ini sekeras batu.. lebih keras dari batu yg paling keras di dunia..otak mereka ini tepu.. maafkan jika bahasa yg aku gunakan ini kasar.. namun, bahasa aku ini tidaklah sekasar mereka.. ak masih lg mempunyai nilai empati berbnding mereka.. zakat oh zakat.. bertudung, berkopiah..hebat! namun kamu? .... bukan aku ingin memburukkan mereka..namun ak punya hak untuk bersuara.. dimana hak2 mereka ini?

ak akan terus untuk bersuara..mengakkan hak2 kaum yang fakir ini..jika kerenah birokrasi sebegini rupa, aku akan tetap juga dengan niatku untuk membantu mereka..tidak kira bertapa mereka akan membenciku selepas ini, aku akan tetap dengan perjuanagn hak - hak mereka yang terpinggir ini..bukan hanya pilihan raya aja baru hendak bertindak.. inilah mainan politik..yg kamu bawa ideologi untuk menagih simpati dari kami, namun pabila kamu mendapat hak, kekayaan, kamu telah melupakan jasa rakyat yang kamu menagih simpati dahulu... kamu mmg tidak kenang budi...sebarkan..buka mata ramai pihak..........siapa yg kaya, mmg x rasa..siapa yg xkena mmg cakap senang aje... tp mereka yg rasa seperti ini, ...semoga Allah memberi ketabahan kepada meeka.. Amin..

Thursday, October 28, 2010

aku tetap aku..

sebenarnya aku berasa letih pada hari ini..ditambah dengan jadual exam yg padat dan sebagainya,.. pada waktu yg dingin ini aku berasa seperti ada seseorang mendesak aku untuk melihat blog aku yang telah lama aku tinggalkan ini.. pernah aku membaca komen2 di dalam chat room aku itu.. ramai juga yg tidak aku kenali..namun aku tertarik pabila ada yg meletakkan nama samaran mereka sebagai Tamu Hill iaitu kawasan tempat tinggal aku..malah ada juga yg meletakkan nama aku juga..hurm.. aku semakin keliru.. namun, hatiku ini semakin kuat menyatakan bahawa mereka adalah dari orang yang sama..dan aku rasa aku mengerti siapa.. namun apakah daya.. hidup ini terlalu singkat ntuk aku mengenali mereka dan mengenali diri aku sendiri. wahai rakanku.. kita semua ini adalah manusia yang biasa sahaja..tiada yang hebat..masing-masing mempunyai kelemahan dan juga kelebihan.. jika kau melihat kelebihan yang ada dalam diri kau sahaja, kau akan berasa kau ini ibarat manusia yang terlalu sempurna walhal ia tidak mencerminkan apa2.. namun, jika kau melihat dirimu ini terlalu banyak kekurangan, maka kau akan berasakan yg dirimu ini terlalu hina untuk hidup di dunia ini.. Justeru bagaimana?
aku bukanlah seorang pakar motivasi untuk menzahirkan peribadi yg unggul dalam perwatakan dan pembangunan diri yang hebat dalam diri kamu.. namun, pabila ditanya, aku berasa cukup bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yg ditanyakan..ego? haha.. aku ini juga dilihat sebagai manusia yg terlalu ego.. tnpa ku sedari ramai yg sering mengutukku dengan menyatakan aku ini terlalu sombong dan sukar untuk didekati.. namun hakikatnya, sangkaan mereka silap.. jadi? siapa yg ego disini? adakah aku ini yg ego? ataupun mereka itu yang ego sehingakan terlalu mudah untuk menkritik dan menilai orang lain? ayuh kita fikirkan bersama.. namun pada masa yang sama, dengan kritikan tersebut,aku berusaha untuk merubah diri ini.. menjadi manusia yang lebih mesra,membantu dan memuaskan..haha...
buat semua..selepas ini, aku mungkin tidak akan menulis dgn pnjang lebar lagi.. aku akan menulis berdasarkan kaca mata aku, dari hati secara ringkas dan berharap agar ia terkesan untuk kamu semua..wish me luck... All the best to all of u.. luv in Allah peace..

Tuesday, October 19, 2010

tak guna ade mata kalau xmampu melihat..

1) kenapa takutkan perubahan jikalau keadaan ini penuh dengan kesesatan
2)belajar untuk memahami,menyelami dan menilai tentang erti sebenar perjuangan
3)kenapa takutkan ugutan, jika semuanya percaya kepada tuhan?
4)kenapa undi yang tetap menjadi pilihan jika yuran masih lagi ditekan
5)ingin mahukan perubahan,tetapi takutkan dengan ugutan?
6)kenapa malu untuk ke depan, atau akal bicara hanya untuk disimpan?
dan... untuk pertegakkan keadilan, satu pengorbanan diperlukan..

inilah antara rantaian kata yang sempat untuk aku ungkapkan dalam buah fikirku pada kali ini..tidakah sehebat proff yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan hebat dalam bidang penulisan.. kenapa wujudnya perbalahan jika masih lagi wujudnya persefahaman? akal yang ada digunakan untuk berfikir..mata,untuk melihat, dan anggota untuk melakukan tindakan..tidak cukup sukar di sini. apa yang perlu adalah penilitian dan bukannya pengaruh dari rakan-rakan dan juga orang 'kenamaan'..kuasa ada ditangan anda.. anda mempunya hak untuk menjalankan tindakan dan menunaikan kewajipan..namun anda leka, dan terus untuk membiarkan hidup anda diselubungi dengan ketakutan.. sehingga kepala anda di pijak..akal anda dijajah.. kepandaian dan idea anda tidak dilontarkan, dan anda hanya merupakan boneka yang menjadi mainan untuk orang yang cintakan pangkat,harta dan nama.. mereka mendapat kepuasan... dan anda hanya mendapat kesengsaraan!!!!!renungkanlah....