Monday, January 3, 2011

10 wasiat Hassan al Banna

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Monday, December 27, 2010

you are NOT muslim!

kebelakangan ini bnyak kerja yang perlu aku uruskan. namun aku bersyukur kerana dapat menyibukkan diriku dengan perkara-perkara yang berfaedah. bak kata pepatah arab "statiknya air akan merosakkan. statiknya pemuda (bnyak masa lapang) akan membunuh dirinya. maka, dengan kesibukan ini, menjadikan aku lebih banyak masa sebenarnya. masa apa? masa untuk aku berbakti dan memberi.. namun apa yg aku ingin ceritakan sebenarnya bukanlah berkaitan dengan masa yang terlalu bnyak keluhan menyatakan masa itu tidak pernah cukup.namun aku ingin menceritakan pengalamanku. satu hari itu aku mengikuti rakanku ke sentul untuk menghantar playwood ke rumah saudaranya..betul ke ejaannya? entahlah.. agak sesat pada mulanya kerana rakanku itu ingat-ingat lupa gamaknya di mana rumah saudaranya itu. sesudah sampai, aku terus keluar dari kenderaan dan ingin menangkat papan lapis itu keluar dari kenderaan. kebetulan azan maghrib berkumandang. hurm.. kami pun bergegas kerana tidak molek sekiranya umat islam berada di luar rumah kerana urusan kerja pada waktu sebegini melainkan jika hendak ke surau atau ke masjid. lagipun maghrib waktunya agak singkat. kemudian datang 4 orang berkulit hitam. negro? afrika? argh.pedulikan. ak menduga mungkin orang somalia agaknya.. ntah kenapa itu yg terlintas di benakku. yang penting mereka adalah org islam. salah seorangnya memberi salam.
Assalamualaikum.. aku menjawab salamnya dengan bersulam senyuman. sementara rakanku gigih mengeluakan papan lapis itu dari kereta. "erm, may i know, where is masjid? " aku terdiam. argh..sudah..aku dah la baru smpai tempat ni.mana aku tau.getus hatiku.rakanku pula mengajakku solat di surau berdekatan rumah saudaranya sahaja sebentar lagi.itulah rancangan kami. aku bertanya rakanku.. mana masjid ha? kemudian orang berkulit hitam itu mungkin berasakan di mana aku tidak faham apa itu masjid barangkali kemudian diinterpretasikan sebagai surau kemudiannya.. erm, tnpa kami sempat berkata apa-apa, mereka kemudiannya berkata "you go straight" mak ai.. lagilah ak pening.. td tanya ak mana masjid.. kemudian tunjukkan kami arah ke masjid pula... haha.. aku memandang sahabatku.. dia terdiam. pening kepala agaknya. kemudian dengan selamba dan tenangnya, org itu berkata "you are not muslim!"dan terus beredar.. aku terkedu.. mungkin begitu juga rakanku.. aku ni bukan islam ke? kami ni bukan islam ke? ak terkejut.. marah pun ada... hendak tergelak pun ada. sabar ajalah org negro ni. nasib baik badn besar. 4 org lak tu.. isyh.. aku dan raknku puas berdebat tentang isu ini bahawa apakah sebenarnya yg diinginkan oleh mereka.. kemudiannya aku berkata.. "kejap lagi kita solat dekat surau, silap2 akan nampak diorang"ak sahaja ingin menyedapkan hati. kemudian selepas menghantar barang ke rumah saudara sahabatku itu, kami pun bergegas hendak ke surau. solat maghrib.
sewaktu tiba di pintu surau, kami melihat orang yg mengkafirkan kami itu ada di surau. ak hanya buat seperti biasa. tergelak kecil melihat mereka. mungkin mereka fikir kata2 yg telah dilafazkan kepadaku dan rakanku sebentar tadi..biarkanlah.. aku tidak kisah.. begitu juga sahabatku itu.. apa yang aku ingin smpiakan di sini adalah sebenarnya, bukan tugas kita untuk mengkafirkan orang dan sebaliknya.. diri kita ini pun tidaklah sehebat mana. jika prg itu berbuat salah, jangan terus menerus untuk melabelkannya sebagai jahat!.. kemudiannya, peristiwa ini juga membuatkan aku berfikir sejenak. mungkin sebelum ini aku juga senang untuk melabelkan orang yang berada di pandangan mataku. dan kini, ia terkena pada batang hidungku sendiri. seterusnya, dalam urusan kita menegur atau memberi nasihat, jika tidak ditegur atau dilayan, jangan senang2 mengikut telunjuk nafsu kita. ikutkan perasaan. marah kerana org lain tidak ikut apa yg kita mahukan.. itu adalah salah.. paling penting.. akal yg diberi adalah untuk berfikir..sebelum lidah yang diberi bertindak untuk mengeluarkan kata2 yg munkin pedas untuk didengar...

Sunday, December 19, 2010

Aku ingin menjadi sepertinya...

Kita sekarang kembali ke Mekah tahun ketujuh sebelum hijrah. Ketika itu Rasulullah saw. sedang susah krn tindakan kaum Qurasy yg menyakiti beliau dan para sahabat. Kesulitan dan kesusahan berdakwah menyebabkan beliau senantiasa harus bersabar. Dalam suasana seperti itu tiba-tiba seberkas cahaya memancar memberikan hiburan yg menggembirakan. Seorang pembawa berita mengabarkan kepada beliau “Ummu Aiman melahirkan seorang bayi laki-laki.” Wajah Rasulullah berseri-seri krn gembira menyambut berita tersebut. Siapakah bayi itu? Sehingga kelahirannya dapat mengobati hati Rasulullah yg sedang duka berubah menjadi gembira ? Itulah dia Usamah bin Zaid. Para sahabat tidak merasa aneh bila Rasulullah bersuka-cita dgn kelahiran bayi yg baru itu. Karena mereka mengetahui kedudukan kedua orang tuanya di sisi Rasulullah. Ibu bayi tersebut seorang wanita Habsyi yg diberkati terkenal dgn panggilan “Ummu Aiman”. Sesungguhnya Ummu Aiman adl bekas sahaya ibunda Rasulullah Aminah binti Wahab. Dialah yg mengasuh Rasulullah waktu kecil selagi ibundanya masih hidup. Dia pulalah yg merawat sesudah ibunda wafat. Karena itu dalam kehidupan Rasulullah beliau hampir tidak mengenal ibunda yg mulia selain Ummu Aiman. Rasulullah menyayangi Ummu Aiman sebagaimana layaknya sayangnya seroang anak kepada ibunya. Beliau sering berucap “Ummu Aiman adl ibuku satu-satunya sesudah ibunda yg mulia wafat dan satu-satunya keluargaku yg masih ada.” Itulah ibu bayi yg beruntung ini. Adapun bapaknya adl kesayangan Rasulullah Zaid bin Haritsah. Rasulullah pernah mengangkat Zaid sebagai anak angkatnya sebelum ia memeluk Islam. Dia menjadi sahabat beliau dan tempat mempercayakan segala rahasia. Dia menjadi salah seorang anggota keluarga dalam rumah tangga beliau dan orang yg sangat dikasihi dalam Islam. Kaum muslimin turut bergembira dgn kelahiran Usamah bin Zaid melebihi kegembiraan meraka atas kelahiran bayi-bayi lainnya. Hal itu bisa terjadi krn tiap-tiap sesuatu yg disukai Rasulullah juga mereka sukai. Bila beliau bergembira mereka pun turut bergembira. Bayi yg sangat beruntung itu mereka panggil “Al-Hibb wa Ibnil Hibb” . Kaum muslimin tidak berlebih-lebihan memanggil Usamah yg masih bayi itu dengap panggilan tersebut. Karena Rasulullah memang sangat menyayangi Usamah sehingga dunia seluruhnya agaknya iri hati. Usamah sebaya dgn cucu Rasulullah Hasan bin Fatimah az-Zahra. Hasan berkulit putih tampan bagaikan bunga yg mengagumkan. Dia sangat mirip dgn kakeknya Rasulullah saw. Usamah kulitnya hitam hidungnya pesek sangat mirip dgn ibunya wanita Habsyi. Namun kasih sayang Rasulullah kepada keduanya tiada berbeda. Beliau sering mengambil Usamah lalu meletakkan di salah satu pahanya. Kemudian diambilnya pula Hasan dan diletakkannya di paha yg satunya lagi. Kemudian kedua anak itu dirangkul bersama-sama ke dadanya seraya berkata “Wahai Allah saya menyayangi kedua anak ini maka sayangi pulalah mereka!” Begitu sayangnya Rasulullah kepada Usamah pada suatu kali Usamah tersandung pintu sehingga keningnya luka dan berdarah. Rasulullah menyuruh Aisyah membersihkan darah dari luka Usamah tetapi tidak mampu melakukannya. Karena itu beliau berdiri mendapatkan Usamah lalu beliau isap darah yg keluar dari lukanya dan ludahkan. Sesudah itu beliau bujuk Usamah dgn kata-kata manis yg menyenangkan hingga hatinya merasa tenteram kembali. Sebagaimana Rasulullah menyayangi Usamah waktu kecil tatkala sudah besar beliau juga tetap menyayanginya. Hakim bin Hazam seorang pemimpin Qurasy pernah menghadiahkan pakaian mahal kepada Rasulullah. Hakam membeli pakaian itu di Yaman dgn harga lima puluh dinar emas dari Yazan seorang pembesar Yaman. Rasulullah enggan menerima hadiah dari Hakam sebab ketika itu dia masih musyrik. Lalu pakaian itu dibeli oleh beliau dan hanya dipakainya sekali ketika hari Jumat. Pakaian itu kemudian diberikan kepada Usamah. Usamah senantiasa memakainya pagi dan petang di tengah-tengah para pemuda Muhajirin dan Anshar sebayanya. Sejak Usamah meningkat remaja sifat-sifat dan pekerti yg mulia sudah kelihatan pada dirinya yg memang pantas menjadikannya sebagai kesayangan Rasulullah. Dia cerdik dan pintar bijaksana dan pandai takwa dan wara. Ia senantiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela. Waktu terjadi Perang Uhud Usamah bin Zaid datang ke hadapan Rasulullah saw. beserta serombongan anak-anak sebayanya putra-putra para sahabat. Mereka ingin turut jihad fi sabilillah. Sebagian mereka diterima Rasulullah dan sebagian lagi ditolak krn usianya masih sangat muda. Usamah bin Zaid teramasuk kelompok anak-anak yg tidak diterima. Karena itu Usama pulang sambil menangis. Dia sangat sedih krn tidak diperkenankan turut berperang di bawah bendera Rasulullah. Dalam Perang Khandaq Usamah bin Zaid datang pula bersama kawan-kawan remaja putra para sahabat. Usamah berdiri tegap di hadapan Rasulullah supaya kelihatan lbh tinggi agar beliau memperkenankannya turut berperang. Rasulullah kasihan melihat Usamah yg keras hati ingin turut berperang. Karena itu beliau mengizinkannya Usamah pergi berperang menyandang pedang jihad fi sabilillah. Ketika itu dia baru berusia lima belas tahun. Ketika terjadi Perang Hunain tentara muslimin terdesak sehingga barisannya menjadi kacau balau. Tetapi Usamah bin Zaid tetap bertahan bersama-sama denga ‘Abbas Sufyan bin Harits dan enam orang lainnya dari para sahabat yg mulia. Dengah kelompok kecil ini Rasulullah berhasil mengembalikan kekalahan para sahabatnya menjadi kemenangan. Beliau berhasil menyelematkan kaum muslimin yg lari dari kejaran kaum musyrikin. Dalam Perang Mu’tah Usamah turut berperang di bawah komando ayahnya Zaid bin Haritsah. Ketika itu umurnya kira-kira delapan belas tahun. Usamah menyaksikan dgn mata kepala sendiri tatkala ayahnya tewas di medan tempur sebagai syuhada. Tetapi Usamah tidak takut dan tidak pula mundur. Bahkan dia terus bertempur dgn gigih di bawah komando Ja’far bin Abi Thalib hingga Ja’far syahid di hadapan matanya pula. Usamah menyerbu di bawah komando Abdullah bin Rawahah hingga pahlawan ini gugur pula menyusul kedua sahabatnya yg telah syahid. Kemudian komando dipegang oleh Khalid bin Walid. Usamah bertempur di bawah komando Khalid. Dengan jumlah tentara yg tinggal sedikit kaum muslimin akhirnya melepaskan diri dari cengkeraman tentara Rum. Seusai peperangan Usamah kembali ke Madinah dgn menyerahkan kematian ayahnya kepada Allah SWT. Jasad ayahnya ditinggalkan di bumi Syam dgn mengenang segala kebaikan almarhum. Pada tahun kesebelas hijriah Rasulullah menurunkan perintah agar menyiapkan bala tentara utk memerangi pasukan Rum. Dalam pasukan itu terdapat antara lain Abu Bakar Shidiq Umar bin Khattab Sa’ad bin ABi Waqqas Abu Ubaidah bin Jarrah dan lain-lain sahabat yg tua-tua. Rasulullah mengangkat Usamah bin Zaid yg muda remaja menjadi panglima seluruh pasukan yg akan diberangkatkan. Ketika itu usia Usamah belum melebihi dua puluh tahun. Beliau memerintahkan Usamah supaya berhenti di Balqa’ dan Qal’atut Daarum dekat Gazzah termasuk wilayah kekuasaan Rum. Ketika bala tentara sedang bersiap-siap menunggu perintah berangkat Rasulullah saw. sakit dan kian hari sakitnya makin keras. Karena itu keberangkatan pasukan ditangguhkan menunggu keadaan Rasulullah membaik. Kata Usamah “Tatkala sakit Rasulullah bertambah berat saya datang menghadap beliau diikuti orang banyak setelah saya masuk saya dapati beliau sedang diam tidak berkata-kata krn kerasnya sakit beliau. Tiba-tiba beliau mengangkat tangan dan meletakkannya ke tubuh saya. Saya tahu beliau memanggilku.” Tidak berapa lama kemudian Rasulullah pulang ke rahmatullah. Abu Bakar Shidiq terpilih dan dilantik menjadi khalifah. Khalifah Abu Bakar meneruskan pengiriman tentara di bawah pimpinan Usamah bin Zaid sesuai dgn rencana yg telah digariskan Rasulullah. Tetapi sekelompok kaum Anshar menghendaki supaya menangguhkan pemberangkatan pasukan. Mereka meminta Umar bin Khattab membicarakannya dgn Khalifah Abu Bakar. Kata mereka “Jika khalifah tetap berkeras hendak meneruskan pengiriman pasukan sebagaimana dikehendakinya kami mengusulkan panglima pasukan yg masih muda remaja ditukar dgn tokoh yg lbh tua dan berpengalaman.” Mendengar ucapan Umar yg menyampaikan usul dari kaum Anshar itu Abu Bakar bangun menghampiri Umar seraya berkata dgn marah “Hai putra Khattab! Rasulullah telah mengangkat Usamah. Engkau tahu itu. Kini engkau menyuruhku membatalkan putusan Rasululllah. Demi Allah tidak ada cara begitu!” Tatkal Umar kembali kepada orang banyak mereka menanyakan bagaimana hasil pembicaraannya dgn khalifah tentang usulnya. Kata Umar “Setelah saya sampaikan usul kalian kepada Khalifah belaiu menolak dan malahan saya kena marah. Saya dikatakan sok berani membatalkan keputusan Rasulullah. Maka pasukan tentara muslimin berangkat di bawah pimpinan panglima yg masih muda remaja Usamah bin Zaid. Khalifah Abu Bakar turut mengantarkannya berjalan kaki sedangkan Usamah menunggang kendaraan. Kata Usamah “Wahai Khalifah Rasulullah! Silakan Anda naik kendaraan. Biarlah saya turun dan berjalan kaki. ” Jawab Abu Bakar “Demi Allah! jangan turun! Demi Allah! saya tidak hendak naik kendaraan! Biarlah kaki saya kotor sementara mengantar engkau berjuang fisabilillah! Saya titipkan engkau agama engkau kesetiaan engkau dan kesudahan perjuangan engkau kepada Allah. Saya berwasiat kepada engkau laksanakan sebaik-baiknya segala perintah Rasulullah kepadamu!” Kemudian Khalifah Abu Bakar lbh mendekat kepada Usamah. Katanya “JIka engkau setuju biarlah Umar tinggal bersama saya. Izinkanlah dia tinggal utk membantu saya. Usamah kemudian mengizinkannya. Usamah terus maju membawa pasukan tentara yg dipimpinnya. Segala perintah Rasulullah kepadanya dilaksanakan sebaik-baiknya. Tiba di Balqa’ dan Qal’atud Daarum termasuk daerah Palestina Usamah berhenti dan memerintahkan tentaranya berkemah. Kehebatan Rum dapat dihapuskannya dari hati kaum muslimin. Lalu dibentangkannya jalan raya di hadapan mereka bagi penaklukan Syam dan Mesir. Usamah berhasil kembali dari medan perang dgn kemenangan gemilang. Mereka membawa harta rampasan yg banyak melebihi perkiraan yg diduga orang. Sehingga orang mengatakan “Belum pernah terjadi suatu pasukan bertempur kembali dari medan tempur dgn selamat dan utuh dan berhasil membawa harta rampasan sebanyak yg dibawa pasukan Usamah bin Zaid.” Usamah bin Zaid sepanjang hidupnya berada di tempat terhormat dan dicintai kaum muslimin. Karena dia senantiasa mengikuti sunah Rasulullah dgn sempurna dan memuliakan pribadi Rasul. Khalifah Umar bin Khattab pernah diprotes oleh putranya Abdullah bin Umar krn melebihkan jatah Usamah dari jatah Abdullah sebagai putra Khalifah. Kata Abdullah bin Umar “Wahai Bapak! Bapak menjatahkan utk Usamah empat ribu sedangkan kepada saya hanya tiga ribu. Padahal jasa bapaknya agaknya tidak akan lbh banyak daripada jasa Bapak sendiri. Begitu pula pribadi Usamah agaknya tidak ada keistimewaannya daripada saya. Jawab Khalifah Umar “Wah?! jauh sekali?! Bapaknya lbh disayangi Rasulullah daripada bapak kamu. Dan pribadi Usamah lbh disayangi Rasulullah daripada dirimu.” Mendengar keterangan ayahnya Abdullah bin Umar rela jatah Usamah lbh banyak daripada jatah yg diterimanya. Apabila bertemu dgn Usamah Umar menyapa dgn ucapan “Marhaban bi amiri!” . Jika ada orang yg heran dgn sapaan tersebut Umar menjelaskan “Rasulullah pernah mengangkat Usamah menjadi komandan saya.” Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada para sahabat yg memiliki jiwa dan kepribadian agung seperti mereka ini. Wallahu a’lam. Sumber Shuwar min Hayaatis ShahabahDr. Abdur Rahman Ra’fat Basya Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia

Wednesday, December 15, 2010

erti sahabat

Erti Sahabat
Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah.

sahabat dalam hatiku?

sahabat saya? ungkap menarik untuk aku tulis kali ini..getaran hatiku kali ini beringinkan aku untuk menulis sesuatu..jauh dr lubuk hatiku... siapakah itu sahabatku? sahabatku adalah mereka yg mampu duduk disebelahku tatkalaku berasa sedih..yg mampu menghulurkan tangan dan menarikku keluar tatkala ak jatuh dan tergelincir dari kehidupanku..persoalannya, adakah aku ini mempunyai sahabat.. ya.. mungkin ada..dan mungkin juga tidak..sehingga sekarang aku masih lagi mencari sahabat..bukan kerana aku ini terlalu menjunjung tinggi prinsip sahabat dalam kamus hidupku..namun aku ingin mencari sahabat sejati yg benar2 mampu bersamaku dalam perjuangan ini..namun apakan daya..diriku ini tidak sesempurna mana, namun terlalu ingin mencari kesempurnaan. bak kata org .. "cerminlah diri tu dulu" mgkin itu ungkapan sesuai untuk diriku ini..namun, kalaulah mereka ngerti, di mana aku telah berusaha untuk mnjadi sahabat terbaik.. teringat akan kata2 sahabatku..ya.. mungkin sebagai sahabat barangkali." xpe arief..sekurang2nya kau ada usaha untuk berubah" "arief...kalaulah alangkah bahagianya kalau ak dapat masuk ke dalam duniamu" kata2 ini cukup terkesan dalam diri ini.. susah sangatkah mereka ingin memahami siapa Moaham Arief yg sebenar? atau... entahlah..
sahabtku tidak mengapa jika kita tidak mempunyai minat yg sama..namun, aku berusaha untuk menerima minatmu itu.. itulah sahabat..menerima segala kelemahan dan kekuarangan kita...tidak berkongsi minat sama tidak mengapa.tidak mengapa jua jika tidak mempunyai akal budi yg sama.. mahupun perangai.. namun apa yg penting adalah keikhlasan..diriku ini... benarlah tidak siapa yg tahu.. aku cuba untuk memberi, namun aku tidak berharap agar ia datang kembali..kerana aku sedar aku ini sering disalahi..namun, mengertilah wahai sahabtku, bahawa aku sering mncuba untuk menjadi sahabat yg terbaik..yg kamu senang ketika bersamamu.. senang bergurau denganku..kita tidak pernah menghargai manusia disekeliling kita namun, selepas kita kehilangnnya, baru kita menyesal,,dan kita sedar.. sebab itu akal yg ada perlu diguna..belajar dr pengalaman org lain, dan bukannya dari diri kita sendiri.. mengayati lirik lagu ini..sekadar perkongsian...

Lirik Lagu Sahabat Sejati - UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi...

Tuesday, November 30, 2010

surat untuk cintaku....

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Ba’da tahmid dan shalawat…


Sykur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.


ukhti,rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.


Maaf ukhti, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan ukhti, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.


Ukhti, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.


Ukhti, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.


Ukhti, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, Ukhti. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang lelaki soleh. Ya, lelaki soleh yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, Ukhti.


Ukhti, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, Ukhti. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku.


Maaf Ukhti, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, November 15, 2010

Bagaimana hati seorang lelaki untuk wanita

ya..banyak kali aku mendegar keluhan hati seorang wanita berkaitan dengan lelaki..namun kali ini aku akan cuba untuk menjawab setiap keluhan itu satu persatu..harap minx dipermudahkan..

1) Lelaki ni x sporting lah..

Awak..saya nak sporting mcm mana? ikut kehendak awak? ini belum lagi kita sudah berumah tangga,awak hendak saya ikut segala cakap awak.. hakikatnya, isteri kena dengar dan taat akan arahan suami.. ya..saya akui yang saya ini boleh dikatakan mr NO..xleh buat itu, xleh buat ini..namun ini semua sebab apa? tak lain xbukan sebab saya nak jaga awak..nak didik awak...bukan senang untuk membentuk tulang rusuk ini..terlalu keras,ia akan patah..kalau terlalu lembut, ia tidak akan lurus...kalaulah awak faham...

2)Lelaki ni selekeh lah..

Awak..saya tahu saya suka pakai macam ni..seluar lusuh, seluar jeans,.pakai selipar..tapi, awak pilih saya kerana apa? kerana paras rupa saya atau sebab pakaian saya? kenapa lepas kita ada ikatan, awak baru nak pertikaikan? saya nak ajar awak untuk menilai seseorang melalui hati dia..dan bukannya dari segi luaran..

3)kenapa time keluar dengan die, asyik nak saving aje..

awak.., kalaulah anda tahu kenapa kami kaum lelaki nak terhadkan perbelanjaan kami..bukan kerana apa..kamu meminta wang hantaran pada zaman ini dengan jumlah yang tinggi..sekarang smpai berpuluh ribu..manalah saya mampu untuk itu..saya sekarang sedang simpan duit untuk masa depan kita.. bukan sewaktu kita keluar aja saya ni saving, tp, kalaulah awak tau yang saya sampai ikat perut, makan sehari sekali aja, semata-mata untuk berjimat sebab nak penuhi wang hantaran yang ibu bapa awak minta tu...kalaulah awak faham...

4)lelaki ni bosan lah..

Awak..apa yang bosannya saya ni.. kalau saya banyak cakap, saya takut awak terasa.. lepas tu, kita akan gaduh..saya taknak awak sedih atas sebab perbuatan saya.. kalau saya xikut style awak, awak akan cakap saya bosan?mcm tu?.. saya sebenarnya saja nak tgk awak .. adakah awak benar2 dapat menerima saya atau tidak..saya teringin sebenarnya untuk bercinta selepas kahwin..dapat belajar untuk mengenali dan memahami awak..itu matlamat saya sebenarnya......namun,,,,,kalaulah awak faham...

5)kenapa dia xcontact2 aku ha?cakap aja sayang..

Awak..sesungguhnya saya takutkan Allah..saya takutkan dosa.. saya takut menghampiri zina..kalau ikutkan hati saya, saya hendak selalu berhubung dengan awak..tapi, apakn daya,kalau saya ikutkan nafsu, ibarat saya tidak akan mampu menjaga awak nanti.. kerana saya sayangkan awak, maka saya tinggalkan awak buat sementara..walaupun hati ini pedih, tapi, saya hendak awak belajar untuk meletakkan rindu awak kepada Yaang Maha Esa terlebih dahulu...kalaulah awak faham