Monday, February 10, 2014

Cinta seorang sahabat



Assalamualaikum, apa khabar semua? Apa khabar iman anda? Alhamdulillah, saya diberi lagi kesempatan olehNya untuk menggerakkan jemari menekan papan kekunci. Syukur pada Allah. Kali ini saya mahu berbicara mengenai cinta kerana Allah. Cinta atas ikatan persaudaan. Ukhuwwah. Saya tertarik untuk menaip mengenai ukhuwah ini apabila mengenangkan kisah yang saya alami sepanjang bekerja ini. Bila bercakap mengenai ukhuwah, apa yang terbayang di fikiran anda? Mesti sahabat anda, atau kawan chatting anda atau sesiapa sahaja yang anda rasa senang bersamanya. Betul tak? Tapi ingat! Bukan yang berlainan jantinan ya? Bila sebut ukhuwah, selalunya orang akan terfikir sahabat baik. Anda semua ada sahabat baik? Pernah tak anda bergaduh dengan sahabat baik anda? Kalau tidak, saya ucapkan tahniah! Kalau ya pun saya ucapkan tahniah kerana walaupun ada pelbagai rintangan sehingga menimbulkan pergaduhan, hingga kini dia masih sahabat baik anda! Tahniah!

Kita mungkin pernah terdengar orang mengatakan ‘Hanya yang terbaik sahaja layak jadi sahabat aku’ atau ‘Aku nak uji dia boleh tahan tak jadi sahabat aku’ tetapi kita lupa sahabat juga manusia. Macam kita. Kita ada buat salah, sahabat kita juga mungkin akan buat kesalahan. Kalau semua nak yang terbaik atas alasan dirinya bukan terbaik, sampai bila-bila takkan wujud persahabatan itu. Yalah, nobody is perfect! Kita jangan fikir dia sebagai sahabat kita, dia sepatutnya itu dan ini sebaliknya fikirkanlah ‘aku sebagai sahabat dia sudahkah aku menjadi sahabat yang baik untuknya? Sudahkah aku sampai ke tahap ithar – tahap tertinggi dalam ukhuwah?’ Perkara yang penting dalam persahabatan ialah DON’T BE SELFISH. Lawan kepada Ithar. Ramai yang mengatakan dia sahabat baik aku atau kami BFF tapi dalam masa yang sama, ketika susah dirinya diutamakan. Atau ketika dirinya mendapat kesenangan, sahabatnya dilupakan. Jangan begitu! Pernah dengar tak satu kisah tentang sikap sahabat yang lebih mengutamakan orang lain? 


Pernah dengar tak kisah sahabat yang melebihkan sahabatnya di perang yarmouk padahal dirinya amat memerlukan segelas air? Cuba bayangkan, tengah bertarung dengan maut, tiba-tiba tekak berasa dahaga. Bila air tiba, terdengar pula sahabat di sebelah meminta air kemudian air yang begitu didambakan diberikan kepada sahabat itu. Cuba bayangkan. Dalam peritnya menanggung kesakitan, orang lain lebih diutamakan. Sehingga diragut nyawanya, setitis air pun tidak dapat melalui kerongkongnya yang perit menanggung dahaga. Subhanallah! Besarnya pengorbanan sahabat itu! Kalau kita, tak payah cerita benda yang kita perlukan, benda yang kita tak inginkan pun kadang-kadang kita tak nak sahabat kita dapat. Dengki. Belum cerita lagi barang yang paling kita sayang. Sanggup kita bagi sahabat kita? Agak-agaknyalah, tahap mana ya ukhuwwah kita dengan sahabat kita tu?


Kita dengar pula kisah sahabat yang amat mencintai sahabatnya. Siapa lagi kalau bukan Saidina Abu Bakar, sahabat yang sejati? Tahu tak, waktu peristiwa hijrah, beliau telah digigit oleh haiwan berbisa. Tapi oleh kerana kasihkan baginda yang sedang lena, ditahannya rasa sakit ketika bisa itu menjalar ke urat darahnya. Sampai pucat wajah beliau. Akhirnya, air mata beliau menitis dek tidak tertanggung kesakitan yang menjalar ke dalam tubuhnya. Sampai begitu sekali. Memang patutlah Rasulullah mendoakan Abu Bakar sedarjat dengan baginda di akhirat kelak.

Pernah tak anda rasa cemburu dengan sahabat anda? Contohnya dia pandai bermain bola. Anda cemburu dengannya sehingga dalam hati anda mengharapkan dia tidak menjadi wakil sekolah. Atau anda cemburu dengan kepintarannya dan mengharapkan dia tidak mendapat markah tertinggi lagi di kelas. Pernah tak? Saya yakin, hampir 70% pernah mengalaminya. Yalah, kita mungkin tak sebut di mulut, tapi hati kita kadang-kadang berharap ada yang lebih hebat daripadanya. Jangan macam tu. Seorang sahabat akan sentiasa gembira melihat senyuman sahabatnya. Dan apa yang dirasakan baik untuk dirinya diharapkan akan dikurniakan kepada sahabatnya. Itulah sahabat yang sebenar! Sahabat lebih dicintai dari dirinya sendiri. Kalau pada diri kita, mesti kita nak yang baik-baik je kan? Betul tak?

Saya terimbau kembali kisah yang diceritakan ustaz saya di sekolah. Bagaimana orang ansar melebihkan sahabat mereka dari golongan Muhajirin yang langsung tidak pernah mereka kenali sebelum ini. Ada yang sanggup bagi isteri, bagi separuh harta dan ada yang bermurah hati memberikan tempat tinggal. Ajaib kan? Mereka tak pernah kenal pun. Tapi tengoklah macam mana ukhuwah mereka. Kita ni dah lebih dari kenal dah sahabat kita. Tapi alahai, susahnya nak ithar kan? Susah betul nak berikan sahabat kita sesuatu yang lebih baik dari kita. Sifat orang Ansar ini Allah telah maktubkan di dalam surah al-Hasyr ayat 9. “Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung .”

Sahabat yang baik akan selalu mendoakan sahabatnya. Seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa sahabatnya. Pernah tak anda berdoa kebaikan untuk sahabat anda? Kalau dah, alhamdulillah…Kalau belum, cepat2 doa. Biar dia dapat yang baik aje…Tu barulah tanda sayang. Lagi satu, kalau kita sayang dia, kita kenalah ajak dia pada kebaikan. Biar sama-sama masuk syurga. Jadi sahabat karib di sana. Bukan seperti yang terkandung dalam firman Allah di dalam surah az-Zukhruf ayat 67. “Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” Nauzubillah. Harap kita tak termasuk dalam golongan yang menjadi musuh kepada sahabat sendiri. Sayang kan? Di dunia kawan baik di akhirat jadi musuh.

Sahabat yang baik juga akan prihatin dengan sahabatnya. Ambil berat. Tahu segala masalahnya dan berkongsi cara menyelesaikannya. Bukannya meninggalkan sahabat terkontang-kanting menderita sendirian. Tak baik macam tu.

Akhirul kalam, saya berpesan kepada semua sahabat-sahabat saya agar ikhlas dalam persahabatan. Sayangilah sahabat anda kerana ketahuilah anda sangat bertuah kerana dikurniakan Allah seorang sahabat. Ramai lagi tau yang tak ada sahabat. Bukan semua kawan tu sahabat kita. Hati-hati dengan kawan yang jahat dan menjauhkan anda dari Allah. Anda yang sepatutnya menarik dia bukan dia yang menarik anda ke lorong hitam. Kalau anda mempunyai sahabat, hargailah dia dan terima dia seadanya kerana dia juga manusia seperti anda. Jangan bersahabat dengan dia kerana keceriannya kerana andai dia tidak dapat menceriakan anda, anda pasti akan menyalahkannya. Jangan pula bersahabat kerana kepintarannya kerana jika dia buntu, anda pasti akan menjauhinya. Dan jangan sesekali bersahabat kerana kelebihannya kerana dengan satu kelemahannya, anda mungkin menghindarinya. Pesan saya, bersahabatlah kerana Allah, oleh itu biar tampak seribu kekurangan padanya, persahabatan anda tidak akan terjejas kerana anda yakin kekurangannya atas kehendak Allah.

Wallahu A’lam.


Pesan sahabatmu,
~Hamba Rabbani ~

Wednesday, February 5, 2014

3 bulan

Salam.
Alhamdulillah, hidup ini sudah mua meneruskan fasa yang baru. Setapak ke hadapan. Selamat tinggal 2013!

Hidup ini bukan untuk mereka yang mudah mengalah. Sedangkan sebelum lahir, sperma ini berebut-rebut dan bersaing sesama sendiri dan hanya satu sahaja yang akan berjaya! Maka apakah hidup ini memang dilahirkan untuk kita bersaing sesama sendiri? Jika begitu, maka tidak hairan jika hidup ini penuh dengan ngadu domba, hasad dengki, iri hati dan sebagainya.

Maka, siapa kawan dan siapa lawan? Aku sangat percaya hidup ini tidak adil. Kerana apa? kerana jika hidup ini adil, maka kita tidak akan ada akhirat untuk menghitung segala kelakuan kita.

"Allah menjadikan akhirat sebagai tempat untuk membalas para hamba-Nya yang beriman, karena dunia ini tak dapat memuat apa yang hendak Allah berikan kepada mereka dan karena kebaikan mereka terlalu tinggi bila harus dibalas di dunia yang tidak kekal"

Penulisan ini bukan berniat untuk kita bersangka kepada orang lain, dan untuk survive, kita perlu untuk mengenakan orang lain. Namun hakikatnya untuk mengajak diri ini supaya lebih menggantungkan diri kepada Allah. Apabila manusia itu selalu bercerita masalahnya kepada manusia, maka kebergantungannya kepada manusia lebih tinggi daripada Allah. Namun itu tidaklah bermaksud kita tidak langsung bercerita masalah kepada orang di sekeliling kita. 

Apa yang aku belajar dalam tempoh 3 bulan ini, adalah kepercayaan kepada diri sendiri. Percaya yang mana kita mampu lakukan dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain. Kita susah, kadangkala orang yang kita tidak rapat yang bersungguh-sungguh mahu menolong kita. Orang yang rapat pula menjauhkan diri. Nak tak nak, kena terus bangkit. Kalau jatuh, memang akan tersungkur sampai bila-bila. =)

"Manusia mahu kamu melakukan yang baik, namun mereka tidak mahu kamu lakukan lebih baik daripada dia"

Monday, December 9, 2013

Nikah OH Nikah

Ramai berbicara tentang jodoh. Maka ramai juga berusaha untuk mendirikan masjid. Alhamdulillah kerana itu perkara yang baik, dan tidak perlu untuk dilewat-lewatkan. Bagi siapa yang sudah mampu, maka teruskanlah. Bagi yang belum mampu, namun teringin hendak 'hidup' seperti orang yang sudah berpasangan, maka berpuasalah. Hidup ini mudah, maka jangan menyukarkan. 

Kahwin.

Duit hantaran mungkin agak sensitif bagi wanita. Namun perlu juga untuk dibincangkan. Paling rendah sekarang Rm10k. Kalau letak tinggi, "nak jual anak la tu".. orang sekeliling berbisik. Bila letak rendah pula, "eiii? rendahnya".. maka ibu bapa pula dalam dilema. Hendak letak rendah sebenarnya untuk memudahkan dan sesuai dengan kemampuan pihak lelaki. Namun kadang kala mula dicampuri urusan daripada keluarga. Sehinggakan makcik - pakcik pula yang lebih-lebih letak harga tinggi-tinggi.

Apa mereka lupa jika hantaran tinggi menyebabkan bakal menantu mereka itu terpaksa mengikat perut menahan lapar, ataupun terpaksa meminjam bank semata-mata untuk perkahwinan  'Grand' anak mereka? Dah kahwin, lepas tu alamatnya duduk makan nasi dengan kicapla bula-bulan seterusnya. Lepas tu kang duit xcukup, mulalah bergaduh. Orang tua-tua cakap, setahun tu memang ada pasang surutnya. Tapi waktu inilah bukti bahawa cinta tidak mampu beli segala-galanya. Kalau xde duit pun, tetap juga gaduh. Sampai bila boleh tahan?.

Ramai ibu bapa harini fikir nak kahwin tu susah. yang susahnya tu adalah adat kita. Normal lah. Sebab kita kan orang melayu. kang cakap bukan orang melayu kang, kena marah pula =_=". Berapa ramai dalam kalangan kita yang fikir mahukan menantu yang boleh membimbing anaknya?Nak lepaskan anak ni bukan sekadar tengok poket menantu je. Ilmu agama pun kena tengok. Bukan setakat tengok budak ni boleh bagi anak dia cukup makan aja. Bahkan sebenarnya lebih dari itu. Kalau ilmu xde, nanti macam mana nak pimpin rumah tangga pun xtau. Silap2 aribulan, baru gaduh2 sikit dah suruh hantar ke rumah mak di kampung.. =)



Kalau cinta itu terjalin antara  lelaki dan perempuan yang belum

diikat oleh tali perkahwinan, maka  mereka tidak perlu berjumpa, bercanda

atau memerlukan apa saja ‘medium’ yang bertentangan dengan kehendak

Allah. Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melaggar

syariat. Sebaiknya cinta itu bertaut pada rasa yang suci. Ingin sama-sama

berganding bahu, bersatu rasa, untuk mentaati Allah s.w.t..

Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal

atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan

kasih. Masing-masing memendam rasa. Menunggu saat

bahagia – sambil gigih melaksanakan tanggung-jawab

masing-masing. Tidak ada unsur ‘mabuk’ cinta

yang mengkhayalkan. Atau pembaziran masa

tanpa arah tujuan. Atau ada air mata yang

dialirkan sebab-sebab yang

murahan.

Tidak payah bersentuhan tangan,

kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tidak payah

berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun

berbalas-balas doa. Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri,

maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya

kepada suami datang dari cintanya kepada Allah s.w.t..

Petikan daripada,

Tentang Cinta,

Pahrol Mohammad Juoi,

Telaga Biru.

Wednesday, October 2, 2013

Kalaulah kapal nakhoda itu berjaya memuatkan ramai orang hebat

Berat Sungguh ujian ini. Semakin lama semakin berat. Teringat dahulu, suatu masa.. Kita bersama-sama mendaki, kita bersama-sama ingin membina sebuah nakhoda yang besar. Matlamat kita hanyalah satu. Kita mahu nakhoda itu mampu membawa kita merentasi sempadan. Mampu untuk bersama-sama belayar. Ketika itu ramai yang bersama-sama komited. Ada yang memotong kayu, ada yang membina struktur rangka kapal tersebut, malah ada yang menyiapkan makanan supaya mereka yang bekerja mendapat tenaga. 

Yeayh! Kita sudah berjaya membina Sebuah kapal yang besar. Maka kita bersama-sama menaiki kapal tersebut, belayar dan merentasi sempadan. Sayang,. Kita terlalu gembira sehingga kita lupa bahawa perjalanan ini bukan mudah. Kita percaya bahawa di tengah lautan itu, akan ada banyak ujian dan dugaan. Satu demi satu.. hanyut. seorang demi seorang yang melepaskan tangan. biarkan sahaja yang kecil ini bergerak. Allah.. bertapa susahnya kami ini hendak mengemudi satu struktur kapal yang sangat besar ini. perit, letih, namun kami tidak pernah berputus asa. Biarkanlah seorang demi seorang yang lepas tangan. Namun kami tetap mahu terus mendayung kerana pelabuhan itu matlamat kami. tujuan kami.

Sampai satu masa, dari kumpulan kecil itu, bertambah kecil. seorang lagi putus asa ketika kapal itu dilanda ribut. Sungguh sukar. Kami cuba untuk menguatkan semangat. Sampai satu masa, hampir sahaja bersama-sama melepaskan dayung tersebut dan membiarkan sahaja kapal itu bergerak sendiri. hampir Berputus Asa!. "Satu masa, mereka akan faham. Mungkin ini balasan atas ketidak amanah aku suatu masa dahulu" Kini, aku merasa padahnya.. Tidak mengapa.. =)



Monday, September 9, 2013

MENERIMA TAKLIFAN...


Posted by Disiniku Mencari Sinar on 26 Mei 2009

Jawatan adalah amanah besar yang terpaksa dipikul di dunia, dan ia terpaksa pula menjawab dihadapan Allah di hari akhirat, maka selayaknya seseorang itu menangis dengan jawatan yang dipegangnya.

Bukan menangisi bila ia tidak dipilih; bahkan kalaulah kita menyedari betapa beratnya amanah ini, nescaya kita akan mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabat yang tidak memilihnya, kerana mereka telah menolong meringankan kita di hadapan Allah di akhirat.

Mari kita meneliti pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;

"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu."
Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini.
Sabdanya lagi: "Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, maka ia di dalam neraka." (Riwayat Tabrani)

Sebenarnya terlalu banyak hadis yang sangat menggerunkan bagi orang yang memikul amanah, namun dikhuatiri akan tiada orang yang sanggup menerima jawatan yang diamanahkan kepadanya, maka memadailah dengan peringatan ini, menyebabkan ia takut untuk menerima jawatan yang diberi.

Antara menerima dan menolak amanah memimpin

Lalu ada yang bertanya kalau demikian, apakah kita harus biarkan jawatan disandang oleh orang yang tidak layak untuk menguruskan organisasi kita. Kita melihat tidak timbul soal tidak layak, kerana semua pendokong kepimpinan yang ada adalah mereka yang sangat layak memikulnya.
Kita hanya memilih yang terbaik dari yang baik-baik, kerana itu sifat yang ada kepada kita adalah tidak melampau dalam mengharapkan jawatan untuk dimenangi, sehingga sekiranya kita tidak terpilih kita melakukan sesuatu diluar adab berjamaah, sehingga tindakan kita tidak menguntungkan jamaah bahkan menyusahkan jamaah.

Kalau diperingkat awal kita menyatakan 'saya hanya menawar diri', apa makna kalau kita tewas atau tidak dipilih kita rasa kecewa, melarikan diri dari jamaah, mendiamkan diri, mengharapkan dalam hati agar yang menang gagal dan kerjanya, bahkan lebih malang lagi kita mengambil sikap memusuhi pesaing kita.

Pendokong jamaah harus sedar dengan perangkap syaitan dan hawa nafsu yang sangat licik, untuk merosakkan dirinya dan menjauhkannya dari perjuangan Islam. Lantaran itu ucaplah tahniah kepada pesaing kita yang menang dan katakan kepadanya: "Tahniah atas kejayaan anta demi jamaah, dan ana akan bantu anta dalam urusan ini". Kata-kata begini dan seumpamanya akan melemahkan hawa nafsu jahat dan mengecewakan syaitan dari merosakkan kita.

Jawatan bukan untuk direbut
Jawatan bukanlah sesuatu yang perlu direbut, tetapi menerima penyelesaian secara syura adalah baik. Sama ada untuk jamaah atau untuk diri penerima jawatan.

Kita perlu menyedari bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita:
"Sesiapa yang menghendaki jawatan, sedang jamaah tidak meredainya, maka ia tidak akan ditolongi Allah dalam mengatasi masalahnya, dan sesiapa yang menerima jawatan sedang jamaah mengharapkannya, maka Allah akan membantunya dalam segala urusannya." (mafhum dari Hadis rasulullah s.a.w.)

Menerima kaedah syura bermakna redha dengan keputusan yang dibuat oleh jamaah ke atas diri kita, dan tidak dianggap redha seandainya kita meluahkan rasa kecewa di luar majlis itu. Demikian juga adalah malang bagi pimpinan seandainya menyatakan bangkangan kepada apa yang telah diputuskan oleh jamaah.

Apa makna berada dalam jamaah seandainya kita tidak boleh redha dengan keputusan jamaah? Lebih malang lagi bilamana kita merasa bahawa kita lebih penting dari jamaah atau merasai jamaah akan lemah kerana tiadanya kita.

Tidak boleh lari dari amanah
Menolak sesuatu jawatan yang diamanah juga merupakan suatu yang bertentangan dengan sifat jamaah. Seseorang pendokong jamaah hendaklah meletakkan kepentingan jamaah lebih dari kepentingan dirinya dan keluarganya, kerana itu ia tidak boleh lari dari menerima jawatan yang diamanah kepadanya.

Kita bukan berhadapan dengan budaya merebut jawatan, sebaliknya kita berhadapan dengan sikap ahli yang tidak mahu menerima jawatan. Sikap ini juga tidak membantu jamaah dalam membina kekuatan.

Terkadang sikap ahli dan sebahagian pendokong jamaah yang enggan menerima jawatan diamanahkan kepadanya, menyebabkan timbul dua keadaan:

1) Jamaah kehilangan tenaga yang berwibawa, dan keadaan ini melambatkan kejayaan dalam perjuangan Islam.

2) Tindakannya mendedahkan jamaah kepada mehnah, fitnah sama ada akan ada yang menganggap jamaah membelakangkan orang yang dianggap layak; atau ia menjadi golongan yang suka komplen dan kritik kelemahan jamaah. Kerana mereka yang berada diluar padang sangat senang mengkritik pemain yang bermengah-mengah di tengah padang.

Friday, June 21, 2013

Akhir sem 2 Tahun 3

Sempat membaca blog sahabatku. Perpisahan. Membuatkan kita sedih. Kecuali sesiapa yang tidak menghargai sebarang pertemuan. Mungkin ramai cakap, usah bersifat sentimental, namun ini adalah lumrah manusia. Cuma kita tunjuk mahupun tidak.

Aku sudah siap packing barang, dan membawanya pulang ke rumah. "awalnya balik? exam dah habis ke? selasa ni ada paper kan?" tegur sahabatku. Aku mengiyakan sahaja. "Malas la nak duduk UKM lama-lama. Buat apa? ana happy je sekarang ni. Nanti ana just datang selasa untuk amik paper kemudian pas amik paper terus balik" jelasku. Aku hanya merenung pemandangan di sekitar lebuh raya. Melayang sekejap fikiranku. "Eleh, enta ni cakap aja suka balik awal. Padahal dalam hati sedih. Saja aja tak nak tunjuk" Dia cuba untuk menduga. Mungkin dia sudah masak dengan perangaiku. Aku tersentak. Entah kenapa. " Pretend to be happy.. Berat sebenarnya ana nak tinggalkan UKM ni. Tapi tu lah. Dah final year ni macam-macam perkara berlaku. Bertambah sakit bila hujung-hujung sem. Tapi takpelah, atleast dapat tengok siapa kawan, siapa lawan dan siapa sahabat. Lifes too short untuk ana bersedih untuk orang lain la. Kesian sahabat ana yang lain kalau ana sedih-sedih kan" Aku cuba menutralkan keadaan. Hakikatnya memang benar hati ini berasa sedih. Alhamdulillah, cuma 3 tahun sahaja belajar di UKM. Jika tidak lagi banyak perkara yang berlaku. 

Kereta menderu laju.. Aku sering memasang music instrumental. Menenangkan bagiku. "Nanti nak masuk exam lewat, nak keluar paling awal. Supaya hanya fokus exam aja. Tak nak tengok muka budak kelas, nanti sedih." haha. Sampai begitu sekali perancanganku. Namun hakikatnya aku hanya bergurau. Saja cakap plan macam tu. "Tapi Arief, betullah apa kau cakap tu. Kita tahun 3 ni, makin jarang keluar" Sahabatku tiba-tiba bersuara ketika di meja makan. aku hanya mengiyakan. Sudah banyak kali aku beritahu sebenarnya. Kadang-kadang diri ini terfikir, kadang-kadang cuba untuk melupakan. Ya, Sudah berapa hari berlalu. Minggu depan minggu terakhir exam, kemudian aku hendak relaks beberapa hari sebelum internship pada minggu seterusnya. Tak sabar untuk kerja. Boleh perform sehabis baik ilmu yang dapat. Kemudian pergi ke Sabah bercuti bulan 9 dan bulan 10 adalah hari konvo. Selepas itu, ehem2x =)...

Nasihat, kepada sesiapa, ya, raikanlah perpisahan ini dengan doa. Semoga ia mendapat rahmat Allah. Semoga kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Bukan kerana apa-apa. Tanggungjawab aku tidak mampu untuk dilaksanakan sebaik mungkin, namun aku sudah cuba sedaya upaya. andai aku tidak mampu menunaikan hak aku sebagai sahabat maka maafkan aku. Selasa depan hari terakhir paper. Sengaja aku tinggalkan bantal di bilik dan tidak membawanya pulang bersama hari ini kerana ingin datang semula ke bilik. Lihat bilik yang sudah 2 tahun bersama denganku. Bilik itulah tempat aku melepaskan lelahku, bilik itulah tempat aku bermunajat kepada Peciptaku, bilik itu jugalah tempat aku mengulang kaji pelajaran. Selepas itu, dengan berat hati, aku akan membawa seribu kenangan bersama-sama sambil tersenyum memikirkan masa depanku =)

Sedang di Puncak, tidak perlu lagi untuk aku turun. 
Aku hanya menunggu orang bawah untuk bersama-sama denganku dan aku akan pimpinnya dari atas..

Tuesday, June 18, 2013

Mungkin aku suka berkawan namun tidak pandai menghargai kawan

Ingat lagi ketika berada di minggu orientasi pelajar. Ada seorang pelajar duduk bersebelahan denganku. Bila bertanya, dia hanya menjawab sepatah.. Rupanya dia budak Sc Politik juga.. Mungkin sahabat itu tidak ingat, bahkan tidak perlu mengetahui tarikh-tarikh penting sebegini. Aku hanya tersenyum. "sombong budak ni.. tegur sepatah jawab sepatah".. Tak pe.. aku hanya fokus tentang apa yang disampaikan oleh ketua pusat ketika itu.
Namun ketika masuk ke kelas, sehinggalah di tahun ketiga, budak yang sombong itulah yang menjadi rapat. Keluar sama, makan sama, lepak sama n paling penting KFC jam 4am sama-sama! McD pun! tapi waktu tu saya xboikot McD lagi..Dia seorang yang faham perangai dan kerenah Arief Othman. Dia seorang penyabar, maka diri ini sangat selesa. Kadang kala selalu saja kasihan dengannya kerana terpaksa bersabar dengan perangaiku.. Kadangkala di dalam kelas, aku ini seorang yang sangat nakal. Ya! apabila ada sesuatu yang berlaku, benda pelik, maka dia akan memandangku dan memahami apa yang aku fikirkan! =) perangai sama.. nakal sama.. Tapi dia lebih kepada mengikut kenakalanku ini.

"betul tu juga Arief.. aku pun dah jarang keluar sama-sama. Rasa juga gap tu" terang sahabatku apabila aku bertanya yang sekarang hubungan kami semakin renggang. Bukan berkelahi, namun lebih kepada membawa hala tuju masing2..Mungkin masing-masing sibuk dengan thesis, tekanan periksa dan sebagainya. Aku hanya mendiamkan diri. Terasa. Barangkali terasa, namun cuba untuk faham kesibukannya..

Namun sekarang, bila berbaki lagi 14 hari ini, entahlah.. macam2 berlaku.. namun itu memberi rencam dalam kehidupan dan ukwah yang dibina. Aku cuba untuk menegur dan memahami. namun tidak berani. ya, aku ini hanyalah manusia yang hanya tahu berkawan, namun mungkin tidak tahu bagaimana cara untuk menghargainya. Cuma, dalam ukm, u r the best fren thaht i ever have dude.. harapnya kita bukan bergaduh, cuma kita berselisih faham barangkali..good luck dalam kehidupan.. kini hanya akan memerhatikan sahaja kejayaan sahabat2ku dan hanya tersenyum melihat mereka.. =)

Thursday, June 6, 2013

Tahun 3 dan jodoh

Dengan lafaz Bismillah saya membuka ruang penulisan ini.. penulisan santai dan biasa sahaja. namun barangkali memberi erti kepada diri ini. sekadar perkongsian biasa. sudah tiga tahun bergelar mahasiswa di UKM. tidak banyak yang mampu aku sumbangkan. Namun aku belajar sesuatu. Aku menimba sesuatu. Bukan pengalaman yang hendak diceritakan di sini, namun kisah yang akan datang kepada kita semua sama seperti biasa.. 

Tahun 3, tahun akhir, akan tamat tidak lama lagi. kemudian seperti biasa, tahun2 akhir ini, akan mulalah org yang hendak cari pasangan. pensyarah selalu pesan, kalau dah tahun 3 ni, kalau xde pasangan kat U, nanti susahlah kamu. cikgu juga selalu pesan, awak dekat u nanti carilah pasangan awak.. aku hanya mendiamkan diri. tergelak dan tersenyum juga kadang2.. namun ada juga yang tahun akhir akan mengisi borang UBM. Senang kata selalu org yg benar2 menjaga ikhtilat, dia akan buat mcm tu. bercinta selepas nikah prinsipnya. =) banyak prosedurnya, susah hendak diterangkan di sini.. aku mengisi borang UBM? tidak.. bukan hendak jual mahal, tapi takut diri ni tidak ada org yg hendak sebenarnya.. =) hehe

Biarlah masa yang menentukan. berusaha memperbaiki diri.. bukan senang untuk memikul amanah..bukan senang hendak menjalankan tanggungjawab ini.. kadang2 diri sendiri pun tidak terurus.. =) 


Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian sejahtera nan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan Milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari pandanganku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
melontar bayangan jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan 
Adalah yang terbaik buat diriku
kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambamu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang berIMAN
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh

Amin Ya Rabbal A'lamin.

Wednesday, May 29, 2013

kenangan indah

Saya sudah lama add beliau di facebook. Namun tidak di approve oleh beliau. Saya seringkali melihat beliau post status berkaitan dengan politik di negara ini. Suatu ketika dahulu, sebelum fasa pilihan raya, beliau post berkaitan dengan pengalaman hidup beliau di negara orang.. sudah lama tidak di approve, saya cancel semula request saya. " barangkali tidak kenal kot..sebab tu x approve".. saya cuba hanya mempositifkan diri..

Ketika itu saya di tahun 1 barangkali. Kemudian berasa teruja dimaklumkan tahun 2 beliau akan mengajarku.. kelas Perlembagaan. tetapi tidak juga mengajar. hati kecilku hampa. Entah kenapa bukan rezeki untuk menuntut dengan orang yang cukup hebat dalam bidang politik di Malaysia. Kemudian, difahamkan ketika tahun 3, beliau akan mengajar subject analisis pilihan raya.  Berbunga hatiku untuk masuk dan menimba ilmu dari insan yang cukup berpengalaman. ternyata hampa sekali lagi.

Namun Alhamdulillah, ketika berada di semester akhir, tahun akhir dapat juga menuntut ilmu daripada beliau. Gayanya cukup biasa. sempoi. bersahaja, di dalam kelas, sering bercerita. memberi motivasi. ketika dihimpit dengan tekanan kerja dan juga pelajaran, beliau memberi semangat tentang cintanya untuk meneroka ilmu. sememangnya dengan ilmu dapat membawa kita kepada kejayaan. Kebanyakan yang mengajar kini, adalah lebih menjadi seseorang yang mengikut jawatan. maksudnya, jika dia seorang pengurus, maka dia hanyalah seorang pengurus dan bukannya pemimpin. jika dia seorang cikgu, maka dia hanyalah seorang cikgu dan bukan pendidik. Tetapi berbeza dengan beliau. Beliau adalah seorang yang sangat disegani. bukan hanya seorang pensyarah, tetapi seorang guru, seorang pendidik, seorang pemimpin, seorang motivator, dan juga seorang ayah. 

Mungkin kami bukan daripada kalangan yang terhebat sepanjang beliau mengajar, mungkin ramai lagi batch yang disayangi oleh beliau. mungkin juga kami batch yang paling nakal dan yang paling malas, namun mungkin kamilah antara anak didik yang akan sentiasa ingat jasa orang yang mengajar.. saya seorang yang jarang dan tidak pernah menulis berkaitan guru saya. namun kini berasa terpanggil untuk menulis. mungkin jasad tidak akan kekal lama untuk bersama, namun penulisan ini sukar untuk dipadam dan akan kekal.. seperti si kecil yang menulis kebaikan abangnya pada sebiji batu =)...terima kasih Prof. Madya Dato Mohammad Agus yusoff

terima kasih kerana menutup kelas sc politik dengan motivasi yang cukup hebat.. 

one day, we gonna to make u proud sepertimana kami bangga dengan Dato.. =)

Wednesday, April 24, 2013

Daerah Pinang Sebatang =) baca tenang-tenang ye kawan2


Arakian bermulalah sebuah kisah di hujung Daerah Pinang Sebatang. Penduduknya hidup dalam keadaan aman dan harmoni yang mana terdapat beberapa buah kampong dalam daerah tersebut. Kehidupan masyarakatnya seperti biasa, tiap pagi pergi ke sawah, kemudian singgah di kedai kopi dan pulang ke rumah untuk tidur. Itu seperti biasa. Kehidupan penduduk kampong zaman 50-an katakan.

Ditakdirkan kerajaan telah menubuhkan mahlis perbandaran untuk menjaga kawasan diseluruh daerah kampong pinang sebatang. Pegawai-pegawai daerah tersebut pergi melawat dan memantau segala aspek kemudahan setiap kampong di dalam daerah tersebut. Namun hampir tidak semua kampong yang menerima dan menyambut baik kehadiran pegawai-pegawai yang datang. Malah ketua kampong dan ajk rukun tetangganya sering menyatakan bahawa pegawai majlis daerah sering menganggu gerak kerja dan menyibuk sahaja. Mungkin ditambah pula dengan perasaan yang mana mereka sangat berkuasa untuk membuat itu dan ini terhadap penduduk kampungnya. Orang luar nak datang campur urusan? No Way!

Hal ini berlalu seperti biasa. Ketua kampong banyak membuat program dan mengerahkan penduduknya mengikut. Jika ada pertandingan tarian mahupun permainan tradisional antara kampong-kampong di daerah tersebut, maka ketua kampong hanya mencari penduduk dan suruh mereka berlatih. Kemudian jika menang, ketua kampong  yang akan dapat nama. Walaupun penduduknya bersusah payah. Kemudian, kebanyakan Ketua kampong dan ajk mereka kerap pergi berjalan melawat daerah lain. Antara tempat yang sering dilawatinya adalah Riau, Langkasuka dan juga Maluku. Penduduk mereka? Buat tidak tahu. Asalkan mereka mendapat tempat tinggal. =)

Hal itu berlaku selama beberapa tahun. Pegawai majlis daerah melakukan kerja-kerja mereka seperti biasa. Sehinggalah suatu hari. Ditakdirkan berlakunya satu krisis pertelingkahan antara penduduk di salah sebuah kampong Kampong Daerah Pinang Sebatang. Penduduknya berbeza pendapat dan sehingga terbahagi kepada dua puak. Namun ketika itu, penduduk tidak mengharapkan ketua kampong untuk menyelesaikannya. Malah mereka meminta Pegawai Daerah yang ditolak dan tidak dibenarkan campur tangan sebelum ini  untuk menyelesaikan isu yang berlaku di dalam Kampong tersebut tersebut. Pegawau Daerah sangat pelik kerana itu merupakan urusan ketua Kampong dan ajk kg. mengapa kini baru mencari dan rata-rata ramai pergi ke pejabat Majlis Daerah? Bila mana suatu hari ketua pegawai daerah menegur ketua kampong kerana tidak menjalankan fungsinya dengan baik, maka ditengkingnya pegawai daerah tersebut.

biar kita duduk rumah kayu asal jangan jadi kayu

Namun ketua pegawai daerah tersebut hanya tersenyum kerana mengerti bahawa nak tak nak, hakikatnya mereka tetap bergantung kepada Majlis Daerah gamaknya.. =) masalah selesai setelah solusi dicari. =)

Tuesday, April 16, 2013

warkah buatmu

Menerima pesanan dari sahabatku “arief, ada budak kpm masuk hospital.. jom pergi lawat dia.. dia naib presiden kelab aku”.. aku membaca dan terus membalas, ok kita pergi lawat dia. Kawan aku melawat atas stand senior dan juga pengerusi kelab persatuan bahasa melayu, manakala aku melawat atas nama Majlis Perwakilan Pelajar. Menderu laju ke Hospital Kuala Lumpur. Tiba jam 2.30pm, dan waktu melawat adalah pada jam 5.00pm. kami pergi berempat ketika itu. Kami menunggu dan aku sabar menanti detik sehingga jam 5.00pm. tidak kenal siapa budaknya, namun tetap pergi atas menjaga stand mahasiswa.

Setelah waktu melawat tiba, kami menemuinya. Dari jauh ku lihat seorang berbaju pesakit, dikerumuni oleh keluarganya. “kurus budak ni” getus hatiku.. aku bersalaman dengan keluarganya. Membiarkan rakan sekelas yang datang menegurnya. Kau hanya memerhati.. berjalan sekitar aras tersebut. Kemudian baru bertanya. “macam mana keadaan? Musim exam ni kan.. jangan pressure sangat belajar.” Aku cuba memberi nasihat sambil bertanya khabar. “saya hendak ambil exam. Patutnya esok ada pembedahan, buang ketumbuhan, tapi saya tetap nak ambil exam. Sayang la nanti kena extend” dia menjelaskan kepada kami semua.  “ xsetuju..rasnya better operate esok..sebab ini masa depan kamu..kesihatan kamu.. mana boleh mcm ni.. kesihatan lebih penting..nanti lepas ni sakit semula mcm mana?” aku cuba memberi nasihat.. dia hanya mendiamkan diri. Dan bergegas hendak pulang.. kami hanya menurut..

Dia menumpangku ke UKM. Sepi di dalam kereta.. esoknya menguruskan segala sijil dan kos rawatan dia.. kurus.. selang beberapa hari, dia datang ke pejabat PMUKM.. “abang, saya dah decide, saya nak extend. Saya ikut cakap abang.. saya nak buat operation dulu” mukanya tenang memandangku.. “Alhamdulillah. Itu yang terbaik.” Aku sayu melihatnya.. sakitnya jelas terlihat dari susuk tubuh badannya..dia diuji kali ini.. pada waktu malamnya, sedang aku leka menyiapkan thesisku, mendapat sms dari sahabatku. “zizan masuk hospital..dia pengsan” .. hurm.. “siapa hantar dia?” aku bertanya.. mujur rakan kolejnya yg menghantar.. aku lega. inshaAllah lepas operation nanti, nak datang jenguk dia.. tp masa mencemburui.. aku tidak sempat. Kali terakhir di pejabat PMUKM itulah kali terakhir bertemu dengannya,,,

Pernah jam 3am sewaktu online, melihatnya di ruang chatbox.. aku menegur, kenapa xtido lagi? Bertanya khabar dan sebagainya. Dia respon dengan baik. Pada waktu itu dia tinggal di rumah abangnya jika tidak silap.. kemudian, pada 14.04.2013, mendapat sms dari sahabatku yang menyatakan Zizan sudah meninggal pagi tadi. Aku terkejut.. sebak.. Allah.. cepatnya.. dia meninggal semasa masih lagi menjalani rawatan kimoterapi.. “siap sekarang, kita pergi hospital” aku membalas..
Meeting pada hari itu aku skip, dan bergegas ke Hospital Ampang.. sewaktu tiba, melihat jenazah terbujur kaku di atas tray jenazah.. sebak.. sungguh. Melihat rakan sekelasnya mengalirkan air mata.. mungkin mereka rapat ketika itu. Mungkin aku ini hanyalah seorang mpp yang hanya membantu menguruskan kebajikan Allahyarham sewaktu hidupnya.. namun dia adalah junior fakultiku.. sebak.. semangatnya untuk belajar tetap kuat dan menyala..

Kini hilang seorang lagi penyeri warna dalam hidupku..
Hadirnya hanya seketika, namun ia memberi kesan..
Jika aku ini sudah berasa sebak, apatah lagi rakan sekelasnya..
Semoga rohmu tenang di sana…
Al Fatihah…

Sunday, March 24, 2013

love u mum

24.03... hari lahir emakku.. berbetulan sama tarikh dengan adikku.. emakku bernama Norsahida bt Omar Othman.. seorang wanita yang sangat tabah dalam membesarkan anak-anaknya.. ya, aku akui, akulah org yg paling manja sekali dengan ibuku.. memang manja.. apa yang aku ingini semuanya cuba untuk ditunaikan.. namun itu tidak bermakna aku cuba mengambil kesempatan..

emakku masih lagi bekerja..  kuat bekerja, kadang kala terpaksa bekerja sehingga hari sabtu kerana kerja yang bertimbun.. dulu pernah juga pergi office mak.. kadang2 ada event akan pergi juga.. tapi sekarang bila besar sudah jarang mengikutnya.. "emak kalau boleh, xnak anak-anak mak pergi jauh dari emak.." pesan emakku kepada kami.. "emak, sampai satu masa nanti, emak kena terima yang anak2 mak dah besar, dah bekerjaya, so, mak tak boleh macam ni" nasihat aku.. tapi hati seorang ibu siapa yang tahu.. 

setiap tahun selalunya emak akan ke luar negara.. "emak ni, bukan nak bawa kami.. kesian kami.." aku sengaja mengusik..ketika itu dihadapan saudara mara... " ini yang orang malas nak pergi ni.. tak sampai hati" rintih emakku kepada adiknya merangkap makcikku.. aku sekadar bergurau.. bagiku, biarlah emakku nak pergi ke mana kerana itu hasil titik peluhnya... =)

kadangkala dia tidak melafazkan rindu secara terus terang kepada anaknya,, akan tetapi kepada org terdekatnya.. jiran, saudara mahupun keluarganya.. selalu dulu aku tidak balik kerumah.. agak sibuk.. bila ke luar negara, masa dan talian melimitkan komunikasi kepada keluarga.. maka kakakku yang akan menjadi mangsa leteran emakku.. kononnya aku tak contact mereka dan sebagainya.. bukan hendak mengongkong, tetapi kerana risaukan keselamatan anak2nya..

ya, aku diberi didikan yang sempurna, InshaAllah.. selalu sahaja keluar malam dan outing.. (biasalah,lelaki..ehehe)... namun, emakku tidak risaukan aku.. "emak tak kisah.. emak percayakan anak2 mak.. yang penting jangan buat benda yang memalukan keluarga..jangan buat salah".. pesan emakku.. aku ingat sehingga sekarang,,.. =)

selagi hayatnya masih ada, maka hargailah.. kerana ia bukan milik kita selamanya.. semoga aku mampu menjadi anak yang soleh..maafkan anakmu yang degil, malas, angin, nakal ini ya.. =)
 happy birthday mum.. love u =)

Monday, March 11, 2013

sudah bersawang

sudah bersawang rasanya blog pertamaku ini. bias sahaja. blog picisan, blog sampah bagi orang lain barangkali. namun ini tempat aku meluahkan pandangan dan pendapat. kali pertama dahulu, ketika menang dalam PRK kampus, berasa sangat semangat. namun jujur takut akan taklifan yang diberikan. aku ini budak nakal. aku ini budak malas. tidak komited dalam perjuangan. aku tahu dan sedar kelemahan aku. cumanya, kali ini, prinsip hidupku, kalau semua berasa lemas dalam perjuangan, siapa yang mahu menarik mereka? biarlah aku bersama-sama untuk membantu mereka, walaupun hakikatnya tidak mampu!!!

hatiku ini sudah mula rindukan pengisian. sangat rindu.. entah, memang salah aku barangkali.. kalau dahulu, sewaktu di rumah, memang tiap masa insyaAllah akan rajin ke masjid di kg seberang rumahku.. dengar kuliah maghrib.. tapi kali ini, sangat jarang untuk balik ke rumah.. entahlah.. hidup di bandar ilmu di bangi ini memang banyak program-program ilmu. sebut sahaja, masjid hasanah, surau an nur, waemah UKM sendiri sangat banyak pgram ilmunya.. aku jarang2 pergi walaupun selalu diajak.. jujur rasa malu dengan diri sendiri ini.. 

ketika melihat satu video dari mantan pimpinan PMUKM yang lepas, "sabda itu" hatiku lebih berasa sebak. entah kenapa.. Allah, pengisian hati itu penting! rindunya aku dengan usrah! kini keluargaku, adik beradikku adalah bersama pimpinan PMUKM.kami lebih rapat, kami lebih layak untuk bergaduh, menyakat sesama sendiri kerana susah senang kami bersama. ya, mungkin ada beberapa orang yang cuba menjauhkan diri atau sudah sedia jauh, jujur aku sedih... sedih kerana tidak mampu untuk menjadi orang yang mampu untuk menyatukan ukwah yang semakin jurang ini..

banyak kerenah, banyak warna, banyak emosi.. namun seperti biasa, lalui hari-hari dengan biasa.. selepas ini, sesi hanya berbaki selama beberapa bulan sahaja lagi. Apa yang kau dah buat selama ini Arief Othman? sedikit sangat. jujur rasa down dan kecewa dengan diri, namun aku tidak mahu meninggalkan semuanya kerana kecewa dengan diri. cuba untuk positifkan keadaan.. 

rumah ukwah ini dibina atas dasar lengkap melengkapi..
jika satu atau beberapa tiang sudah rapuh..
maka tidak kukuhlah pasak teratak tersebut...
ingat, anai-anai sedang cuba merosakkan teratak yang dibina ini...
maka kita seisi rumah kena berusaha menghapuskannya..
jangan malas, jangan beri muka... 
aku percaya dengan sahabatku semua...
perjuangan ini masih panjang dan bukan mudah Arief...

inilah keluarga saya di UKM

Thursday, November 15, 2012

maafkan aku Palestine

1 muharram detik permulaan. ya, Gaza menangis kembali.. sayang di malaysia kebanyakan hanya mendiamkan diri. lesu tidak bermaya. itu bukan diriku, bukan keluargaku yang kena.. wahai anak kecil di bumi palestine..menangislah... tunjukkanlah kemarahnmu.. bukan sahaja kepada zionis..tetapi kepada saudaramu yang leka.. beritahu mereka dikau sedang sengsara.. ingatkanlah kepada mereka, dikau sedang menuju ke alam syurga...

siapa mahu mendengar suara kami?


saudaraku..
aku hanya mampu mendoakan dirimu..
agar dirimu kuat di sana...
semoga jihad pilihan buat dirimu...
aku tidak kuat untuk ke sana...
aku hanya mampu mendoakan dirimu dari jauh

saudaraku..
bertapa baculnya diriku ini..
bertapa jahilnya aku kerana tidak mampu bersamamu...
lemahnya aku kerana tidak mampu memberi kesedaran kepada masyarakat di sini..
aku kagum dengan semangat dirimu..
sang kecil membaling batu kepada si zalim..
dirimu sudah kenal erti kezaliman...
namun tidak di sini..
mereka lebih gemarkan hiburan...
mereka lebih gemarkan perkara yang melalaikan...
sekali lagi maafkan diriku kerana tidak mampu menyedarkan mereka...

saudaraku...
bertahan dan berdoalah...
jika tiada sesiapa di sana, ingat Allah sentiasa bersamamu...
aku juga adalah saudaramu...
walaupun aku berada di sini...
namun semangatku ada bersamamu...
akulah abangmu, akulah adikmu..
aku jualah keluargamu...
maka jangan bersedih...

saudaraku....
tidak salah jika dikau membenci kami...
kerana kurangnya kami membantu dirimu di sana..
kami pentingkan diri sendiri...


sahabat di malaysia, apa kita nak jawab ketika ditanya apa yg sudah kita lakukan ketika bumi anbia ini diserang oleh zionis laknatullah... jangan kita menyesal ketika itu..

moga syurga menanti dirimu...

Saturday, September 29, 2012

aku ingin melakar sejarah hidupku sendiri

Alhamdulillah.. PRK kali ini berjalan dengan lancar. teringat ketika dahulu, sewaktu prk ditunda. aku antara orang yang berbisik, mengapa ditunda, kerana pada waktu ini, waktu yang 'panas', insyaAllah kita boleh menang.. namun aku ditegur oleh sahabatku, saudara Azan Safar.. "enta kena yakin dengan perancangan Allah.. bagaimana perancangan nabi juga hendak menakluk kota mekah.yang terpaksa ditunda juga.mana tahu berkat tundanya PRK, kita akan menang sekali lagi" aku mengiyakan.. kali ini, sewaktu PRK, walaupun pelbagai ujian, tribulasi dan sebagainya, ditambah rencah pelajar tahun 1 yang baru masuk, PRK bermula. maka pelbagai agenda dan rancangan dilakukan dari kedua-dua pihak yang mana kadangkala dilihat ia tidak menyebelahi GM.. namun aku percaya dengan Firman Allah "ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”(Ali Imran :54)


Ini bukanlah persoalan. cumanya aku terfikir suatu hari dulu. pernah berbual dengan mantan Presiden PMUKM Leftenan Muda Ahmad Muzammil berkaitan dengan cara hidup, amanah sebagai pemimpin ini. banyak yang aku luahkan. namun kini, giliran aku pula diuji, kali ini kesemua sahabat-sahabat adalah wajah baru.. namun mempunyai misi dan semnagat yang hebat.. termasuk diri ini yang diberi amanah oleh Allah. maka ketika dari itu, seringkali terdengar gelaran YB.. hai YB.. semuanya..maka, tiap kali itu hati ini sering kali meruntun.. "hamba ini kuli sahaja".itu sahaja jawapan dariku.. kerana takut leka dengan gelaran.. namun pada masa yang sama, seringkali terfikir adakah diri ini mampu untuk melaksanakan amanah ini dengan jayanya dengan niat yang IKHLAS.. =)

kerana aku ingin menjadi seperti Umar Aziz di alam moden ini..

Tuesday, September 11, 2012

kerana kita perlu menyayangi diri kita

hidup perlu diteruskan

hati manusia penuh dengan emosi... kerana manusia memang diciptakan dengan sifat yang pelbagai emosi. marah, gembira,sedih semuanya berkait. tidak terlepas juga dengan aku dari sifat sebegitu. dahulunya memang agak tewas dan sering melayan emosi, namun aku menemui kekuatan. diuji ketika semester 2 hujung semester, . berat sungguh ketika itu. namun Alhamdulillah kerana ketika itu ramadhan datang menerpa. aku mencari kekuatan dengan bangun qiamulail pada tiap malam. kemudian mendapat ketenangan.. cukuplah Allah bagiku.. berasa senang dan tenang dengan segala mehnah dan tribulasi yang mendatang. bermuhasabah diri, ya, aku barangkali tewas dengan keadaan sekeliling. maka seperti biasa, mengambil pendekatan untuk 'melarikan' diri dari org ramai. bersendirian itu kadang kala perlu.

seterusnya, ramai yg datang dan meminta nasihat berkaitan hati. walhal ketika itu aku baru sahaja pulih. percayalah, aku menasihati berdasarkan pengalaman dan cuba menasihati dan mengingatkan diriku ini juga. teringat dengan kata2 seseorang, "saya sayang diri saya". maka aku terfikir, kenapa kita tidak sayangkan diri kita, melayan perasaan sedih itu kerana sikap masyarakat sekeliling. ya,memang sukar untuk melupakan apatah lagi ia sudah lama berbekas dan meninggalkan banyak pengalaman. namun inilah kehidupan dan kita harus akur. kerana ini ketentuan. teruskan kehidupan.. aku inginkan syurga.. aku inginkan keluargaku juga masuk bersama.kenalan. maka tanggungjawab sebagai seorang daie itu lebih penting lagi dari melayan segala masalah hati ini.

maafkan aku kerana tidak mampu untuk membimbing diri kamu. kerana tewas dengan keadaan. biarlah diri ini meneruskan langkah mengembara di bumi ini untuk mencari kehidupan. apa erti saya hidup?.. biarlah diri ini dikuatkan dahulu. kemudian, aku tetap berdoa, 10,20 tahun akan datang, kita akan bertemu.. ketika itu, kita lebih menghargai satu sama lain. jika tidak, kita akan bertemu di alam syurga yang cukup indah.. hidup ini satu perjuangan. jangan tewas.. =)

Friday, August 3, 2012

bermonolog kadang kala adalah keperluan

berhentilah bergantung kepada manusia..
bergantung kepada Allah..
kehidupan yg berlalu adalah pengalaman..
hidup mesti diteruskan walau apa yg berlaku..
usah mengadu kepada manusia,kerana sampai satu masa dia pasti lelah...
mengadu kepada ALLAH kerana dia MAHA mendengar..
kali ini ujian datang, dengan mcm2, namun aku redha, kifarah dosa barangkali..
namun tidak sesekali aku menyalahkan manusia..
kerana aku juga hina sepertinya untuk saling menyalahkan..
menangislah..kemudian jangan mengulangi perbuatan tersebut..
sampai bila kau nak jadi jahat? sampai bila kau nak biarkan hidup sebegini?
maka kehidupan dan jalan yg dilalui adalah cukup cantik namun berliku..
kita perlukan ISLAM..
ISLAM tidak perlukan kita!!!
maka kenapa mahu jadi lemah?
ini ke pejuang ISLAM?!
jangan disebabkan khilaf manusia kita hendak gugur dari berjuang..
tiada guna menangis kerana manusia yg tidak hargai kita..
Jalan(dunia) ini cukup pendek untuk berlengah..
Maka laluilah dia dengan tenang..
ketahuilah bahawa......

JALAN KE SYURGA ITU ADALAH SUKAR


ingat..
ramai yg mahu ke syurga..
namun tidak ramai berusaha ke arahnya..
malah ramai yg mendekatkan diri ke neraka gamaknya...
maka ramai anak muda yg berdosa..tetapi tidak mengapa..
kerana lebih baik bertaubat, berdosa dan bertaubat semula..
dari tidak bertaubat dan menginsafi langsung..
kerana ALLAH itu Maha Pengampun..
lumrah manusia jika kita semakin jauh jika diajak melakukan kebaikan..
itu lumrah manusia yang hatinya sudah gelap..
maka biarlah si daei meneruskan kehidupan..
kerana ramai lagi yg memerlukan dan menghargai perjuangan...
di luar sana..




Monday, July 23, 2012

Abbad bin Bisyr

ketika menelaah buku, tertarik untuk menulis dan berkongsi kepada sahabat kisah sahabat nabi ini.. Abbad bin Bisyr adalah seorang sahabat yg tidak asing lagi dalam dakwah islamiah. beliau merupakan org yg cekap, ahli ibadah,sering mengerjakan solat setiap malam dengan membaca beberapa juzuk Al-Quran.

ketika islam mulai tersebar di Madinah, Abbad masih muda. kulitnya yang elok dan wajahnya yang kacak memantulkan cahaya keimanan. beliau sudah menunjukkan kematangan walaupun belum lagi berusia 25 tahun.

Beliau mula belajar membaca Al Quran dari Mus'ab bin Umair. suaranya merdu,menyejukkan dan menawan hati. begitu gembiranya membaca kalamullah,sehingga ia menjadi kegiatan utama baginya. diulang-ulangnya siang dan malam bahkan dijadikannya suatu kewajipan kerana itu dia terkenal dalam kalangan para sahabat sebagai imam dan pembaca Al-Quran. Pada suatu malam, Rasulullah sedang menunaikan solat tahajjud di rumah Aisyah yang berhampiran dengan masjid. Terdengar oleh baginda suara Abbad membaca Al Quran dengan suara yang merdu laksana suara Jibril ketika menurunkan wahyu ke dalam hatinya.

"wahai Aisyah,suara Abbad Bin Bisyrkah itu? Baginda bertanya
"Benar wahai Rasulullah" jawab Aisyah
rasulullah berdoa,"Ya Allah, ampunilah dia!"

Abbad turut berperang bersama-sama dengan Rasulullah. beliau ditigaskan sebagai pembawa Al Quran. ketika Rasulullah kembali dari peperangan Zatur Riqa', baginda beristirehat dengan seluruh para muslimin di lereng bukit. seorang perajurit muslim menawan seorang wanita musyrikin yg ditinggalkan suaminya. ketika suaminya datang kembali didapati isterinya sudah tiada. Dia bersumpah dengan Lata dan 'Uzza akan mencari Rasulullah dan pasukan kaum muslimin dan tidak akan kembali setelah menumpahkan darah mereka.

setibanya ditempat perhentian di atas bukit, Baginda bertanya kepada mereka, "siapa yg bertugas berjaga malam ini?"

Abbad dan Amar bin Yasir berdiri dan berkata serentak "Kami wahai Rasulullah" ketika mereka berdua keluar ke pintu masuk pos penjagaan, Abbad bertanya kepada Ammar siapa antara kita yg akan berjaga lebih dahulu?"

"Aku akan tidur lebih dahulu"Ammar menjawab yg mana sudah pun bersiap-siap untuk berbaring tidak jauh dari tempat berkawal.

suasana malam itu tenang, sunyi dan nyaman. Abbad tertarik untuk turut  melakukan ibadah pada waktu tersebut. dalam waktu yg singkat,beliau sudah pun tenggelam dengan manisnya ayat-ayat Al Quran yang dibacanya di dalam solat. Dalam solat itu beliau membaca surah al-Kahfi dengan suara memilukan dan merdu bagi siapa sahaja yg mendengarnya. ketika dia sedang khusyuk menunaikan ibadah, seorang lelaki datang dalam keadaan tergesa-gesa. ketika dilihatnya dari jauh seorang hamba Allah sedang beribadah di hadapan jalan, dia sedia maklum pasti Rasulullah dan para sahabat berada di sana. sedangkan org yg sedang solat itu adaalah pengawal yg bertugas.

Orang itu segera menyiapkan panah dan memanah Abbad dengan tepat. Abbad mencabut panah yg tertusuk di tubuhnya sambil meneruskan bacaan dan tenggelam dalam solat. Orang itu memanah lagi dan mengenai Abbad dengan tepat. Abbad mencabut pula anak panah yang kedua dari tubuhnya seperti yg pertama. kemudian beliau dipanah lagi dan Abbad mencabutnya seperti sebelumnya.

Giliran berjaga Amar pun tiba. Abbad merangkak mendekati saudaranya yang sedang tidur lalu membangunkan Amar seraya berkata, " Bangun! Aku luka parah!"

sementara itu, ketika terlihat mereka berdua, si pemanah melarikan diri dengan terburu-buru. Amar menoleh kepada Abbad, dilihatnya darah mengalir dari tiga lubang luka di tubuh Abbad. "Subhanallah! mengapa engkau tidak membangunkan aku ketia panah pertama mengenaimu?" dia bertanya kehairanan.

"Aku sedang membaca al-Quran dalam solat. aku tidak ingin memutuskan bacaanku sebelum selesai. Demi Allah, kalaulah tidak kerana takut akan mensia-siakan tugas yg diberi Rasulullah bagi menjaga pintu masuk tempat kaum muslimin berkhemah,biarlah tubuhku putus daripada aku memutuskan bacaan dalam solat" jawab Abbad.

begitulah kisahnya seorang sahabat yang begitu cintakan Allah dan Rasulnya. Beliau akhirnya syahid sewaktu perang yang ditimbulkan oleh Musailamah al-Kazzab. tubuhnya dipenuhi luka bekas pedang,tusukan lembing dan panah. para sahabat ditak mengenalinya kecuali melihat beberapa tanda di bahagian tubuhnya yang lain. semoga syurga Firdaus adalah ganjarannya.. Amin...

Monday, July 16, 2012

Pemimpin, Rosmah Mansor dan juga ANDA!!!

Alhamdulillah.diberi kesempatan untuk menulis. kali ini adalah luahan dan pandangan secara peribadi selama mana aku hampir memerhati tingkah laku manusia. hal ini juga cukup jelas untuk dinyatakan sekali lagi bahawa ini adalah pandangan peribadi.sama2 kita muhasabah diri dan mungkin penulisan ini banyak cacat celanya.tetapi ini adalah pandangan peribadi yg lemah lagi hina.

bermula hanya dengan status di FB bahawa "pemimpin sekarang susah hendak ditegur..zalim" maka ramai yang mengaitkan dengan pemerintahan najib. najib memang xboleh ditegur..najib itu..najib ini.. tetapi matlamat ini adalah untuk mengenali siapa kita sebenarnya? kita bukan pemimpin kepada organisasi?kita bukan pemimpin kepada keluarga? kita bukan pemimpin kepada persatuan yg kecil? atau kita hanya pengikut sahaja? istilah pengikut semata2? walhal ketahui bahawa paling kecil sekalipun bahawa kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri!!! justeru kita re-check kembali diri ini. pernah suatu ketika berada di dalam satu majlis, seorang pemimpin ditegur dalam kalangan ahli dalam majlis tersebut. apa yg dikatakan itu benar, namun agak tegas. maka ramai yg tidak selesa dan ramai menyatakan ketidakpuasan hati. "dia ni xreti hormat pimpinan! dia itu! nak bertegur kenalah berhemah!" aku hanya tersenyum.. cukuplah jika kita menghayati kisah bagaimana s.Abu Bakar ditegur oleh rakyat jika beliau tidak menegakkan hukum Allah dihadapan rakyat jelatanya..maka berlapang dada itu perlu, tetapi jangan dekat belakang2 akan ada rungutan pula.. =)

dimana pemimpin ketika kita memerlukan mereka? dimana ketua? di mana amir? dimana pengarah? pengerusi dsb? jika ditegur,kita dituduh kurang ajar.. jika dibiar, kita ini bacul!

Rosmah Mansor? ramai yang mengkritiknya.. memalukannya.. ya.. aku hanya membaca.. mengambil tahu tentang apa yg dilakukannya.. dan cukuplah bahawa aku benci akan keborosannya itu.. Rosma mansur habiskan duit rakyat! itu! ini!? aku sekali lagi tersenyum. dan mampu aku katakan, "kita tidak diuji seperti mana dia diuji".

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

ketawa kecil juga aku.. kita diuji dengan keadaan yg berbeza. beliau dengan kekayaan dan kemewahan, dan seseorang diuji dengan kesempitan. dan perlu diingatkan, belum pasti lagi kamu tidak akan menjadi boros sepertinya jika kamu diuji dengan nikmat kemewahan dan berada ditempat dia. silap2 kamu lebih teruk lagi? siapa tahu? (moga dijauhkan) . teringat bahawa kita sering mengutuk, sesiapa sahaja yg boros! habiskan duit rakyat! namun kamu yg sebagai pemimpin belum tentu lagi tidak menjadi seperti dia. kerna apa? baru pergi kursus, duduk di hotel, tilam empuk, maka akan makan dengan seleranya segala juadah yang dihidangkan sudah lupa tanggungjawab. pernah terfikir ketika itu bagaimana nasib sahabat anda yang tidur hanya beralaskan toto? yang hanya tidur beralaskan lantai papan yg ketika itu anda tidur di atas tilam yg empuk? pernah fikir keadaan bagaimana rakan anda atau masyarakat di luar sana hanya makan maggi? hanya makan nasi berlauk telur goreng  atau ikan masin atau tidak makan langsung dan ketika itu anda makan makanan yg cukup lazat.. maka ketika itu, sy perlu katakan, sama2 kita muhasabah..kita baru sahaja diduga dengan makanan yg lazat, tilam yg empuk,bilik berhawa dingin.. ketika itu anda sudah mula leka.. bayangkan kalau anda mula jadi perdana menteri atau isteri perdana menteri..ataupun menjadi jutawan dsbg... siapa yg susah tu, marilah pergi buat laporan kebajikan, daftar dengan kami.. mari buat laporan itu dan ini.. kau pemimpin, then kau nak suruh org datang? dulu S. Umar boleh aja berjalan malam dan ambil tahu ttg rakyatnya.. kisah wanita merebus batu itu.ingatkan? so, kenapa nak cakap "susahlah arief.. diorg diam aj..silap diorg juga sebab diorg xnak dtg bgtau sendiri"...

 
saya mendoakan agar mereka berubah.kalau tidak, rakyat yg akan berubah! 


mungkin selepas ini ramai yg akan marah dan kecewa dengan penulisan sebegini, namun tidaklah ia tidak mendatangkan kebaikan walau sekelumit bukan? kalau kita tidak boleh ditegur,samalah kita mcm puak UMno yg ditegur oleh Mahathir yg mana kita sering mencantas golongan doktor,ilmuan dan sbgainya..salah satu sebabnya,kerana kita hendak kekal diatas dan kita TIDAK MAHU DITEGUR!!

kalau saya tidak radikal dalam berpolitik, berdakwah, dan saya radikal dalam mendalami masalah masyarakat.. kerana SAYA TURUT RASA APA YANG MEREKA RASA

PENULISAN INI UNTUK SEMUA

Monday, July 9, 2012

Andai ini Ramadhan terakhirku Part I

 "zar, aku teringin nak jubah wanra putih tu.. aritu beli xda pun baju warna putih.. semua warna hitam..kalau ada pun xde saiz aku" aku mengeluh.. "ala, xde rezeki kau lah tu.. "zar menenangkan aku.. entah kenapa sudah teringin sekali memiliki jubah putih tersebut.. "agaknya kalau aku dapat jubah putih ni, time tu mesti aku sudah pergi kan.. aku tersenyum.. sengaja sahaja.. "kau ni..apalah cakap mcm tu..aku xsuka lah.. ada rezeki, adalah..belum rezeki kau aje tu" zar memarahi aku.. aku hanya mendiamkan diri."tapi..." "argh..xde tapi2 lagi"..zar memotong ayatku.. aku dan dia terus berjalan mencari beberapa helai baju.. sengaja mencari baju..kemudian kami terus singgah di KFC untuk makan tengah hari..

"entahla Zar, aku letih sangat sebenarnya.. nak buat apa pun xtahu"aku memberitahu sahabat baikku.. beliau memandangku dengan wajah sayu.. "kau sakit ya? terus terang cepat.." dia membuat muka seperti benar2 ingin tahu.. aku menundukkan pandangan.. :"eh, mana ada.. tiba2 aje kau ni" aku cuba menutup cerita.. aku terus menjamah perlahan ayam tersebut.. "habis kau selalu balik dari ukm tiap2 minggu tu kenapa? bukan sebab nak ambil ubat ke? mcm la aku xtahu.. dalam bilik kau tu, bukan main bersepah ubat aku tengok.. kau sakit apa ni? zar benar2 serius kali ini.. " hurm.. ignore ajelah..itu ubat selesema aje..haha.. ubat pening kepala" aku cuba mengalih perbualan..biarlah.. kini aku lebih gemar untuk menjauhkan diri daripada mereka yg aku sayang. kalau boleh, biarlah membuatkan mereka membenci diri ini..kerana bila aku ditakdirkan pergi,mereka tidak akan sedih kerna kehilanganku.. itulah yg aku harapkan dengan membuatkan mereka benci.. hakikatnya, kini ini bukan diriku yg sebenar..

"andai ini ramadhan terakhirku" ketika memandu pulang, aku mengeluarkan ayat itu.. tiba2.. aku perasan Zar menoleh ke arahku.. aku membuat2 tidak tahu..meneruskan pemanduan dan fokus.. dia kelihatan berfikir dan kemudian mengelengkan kepala.. aku mendiamkan diri. entah kenapa rasa sebak dan sayu pula.. "Syuaib, janji tau kau kita iftar(berbuka) puasa sama2 nanti! nanti kita sambut besday kau k!kita g berbuka luar,then tarawikh kat masjid,pastu kita jalan2.. " Zar memandangku.. aku tersenyum dan mengangguk.. "InsyaAllah jika masih bernafas" bergenang air mataku ini..entah kenapa.. dia lantas memelukku erat.. terasa kasih sayangnya kepadaku.. sudah hampir 10 tahun kami bersahabat.. ingat lagi bagaimana egonya dulu dia terhadapku..itu peristiwa lama..tidak mahu dikenang semula..
"Zar,terima kasih!nanti, ada rezeki kita jumpa lagi ya.." aku memberitahunya.. " eh, kau kena janji kita kena juga iftar sama2 nanti! tau! ha, xnak singgah rumah aku dulu ke?alang2 dah smpai sini.mak aku tanya bila kau nak datang rumah..so, jom masuk" Zar mempelawa..aku menolak.. kerana sudah lewat malam. InsyaAllah jika ada kesempatan, nanti aku datang.. "jaga diri, doakan aku tau.." pesanku lalu aku meneruskan perjalananku.. terfikir kenangan bersama sahabat baikku itu.. hanya tersenyum dan bakal merinduinya.. kalau aku tiada, mcm mana la dia nanti.. entah kenapa air mata ini mudah sahaja mengalir pada saat-saat sebegini.. moga apa yg aku lakukan ini adalah terbaik..
kini aku cuba menjauhkan diri dari semua orang. dari semua org yg tersayang. menghabiskan masa dengan keluargaku dan cuba memberikan yg terbaik. kepada mereka yg lain, yg juga aku sayangi dan hargai, entahlah..mereka juga sudah berubah. tidak rapat seperti dahulu. senang juga kerana bila sudah jauh sebegini,maka mereka tidak akan sedih akan pemergianku nanti..

 
::ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU::