Tuesday, October 19, 2010

tak guna ade mata kalau xmampu melihat..

1) kenapa takutkan perubahan jikalau keadaan ini penuh dengan kesesatan
2)belajar untuk memahami,menyelami dan menilai tentang erti sebenar perjuangan
3)kenapa takutkan ugutan, jika semuanya percaya kepada tuhan?
4)kenapa undi yang tetap menjadi pilihan jika yuran masih lagi ditekan
5)ingin mahukan perubahan,tetapi takutkan dengan ugutan?
6)kenapa malu untuk ke depan, atau akal bicara hanya untuk disimpan?
dan... untuk pertegakkan keadilan, satu pengorbanan diperlukan..

inilah antara rantaian kata yang sempat untuk aku ungkapkan dalam buah fikirku pada kali ini..tidakah sehebat proff yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan hebat dalam bidang penulisan.. kenapa wujudnya perbalahan jika masih lagi wujudnya persefahaman? akal yang ada digunakan untuk berfikir..mata,untuk melihat, dan anggota untuk melakukan tindakan..tidak cukup sukar di sini. apa yang perlu adalah penilitian dan bukannya pengaruh dari rakan-rakan dan juga orang 'kenamaan'..kuasa ada ditangan anda.. anda mempunya hak untuk menjalankan tindakan dan menunaikan kewajipan..namun anda leka, dan terus untuk membiarkan hidup anda diselubungi dengan ketakutan.. sehingga kepala anda di pijak..akal anda dijajah.. kepandaian dan idea anda tidak dilontarkan, dan anda hanya merupakan boneka yang menjadi mainan untuk orang yang cintakan pangkat,harta dan nama.. mereka mendapat kepuasan... dan anda hanya mendapat kesengsaraan!!!!!renungkanlah....

Thursday, September 30, 2010

mahasiswa di bumi ukm

seuntai kata untuk dirasa.. inilah gamaknya tulisan aku pada kali ini. untuk membuka mata. menyedarkan mereka bagi yang lelap. hatta yang desar akan terus tersedar dengan perjuangan mereka. namun yang leka akan terus dibuai dan diayun oleh tangan-tangan yang menjaga kepentingan mereka sendiri.. merupakan pelajar tahun 1 di ukm ini membuka banyak mindaku supaya aku ini berfikir. aku sedar bertapa aku ini egitu alpa dan leka terhadap permasalahan yang melnda masyarakatku ini terutamanya mahasiswa kita ini. namun aa yg ingin aku nyatakan di sini bukanlah pendefinisian maasiswa itu dalam konteks perbincangan pada kali ini. namu apa yg ingin aku smpaikan pada kali ini adalah, mahasiswakah kita?..ini yg menjadi persoalan dalam benak mindaku yang sering kali meronta-ronta untuk dilepaskan. sejauh mana realiti kebanggaan mahasiswa kita ini dalam konteks yg nyata beranding dengan ungkapan plastik yang pada hal tidak mungkin dicerminkan melalui tindakan mereka. hati ini meruntun sedih tatkala melihat realiti ini yang berlaku di bumi limpahan ilmu ini. bagaimana mereka ini ditindas apabila hendak menyatakan kebenaran dan bagaimana yang mengampu itu akan terus duduk berada di atas dan dikipas oleh dayang-dayang mereka yang juga mempunyai kepentingan yang sama. segeromolan manusia yang sedar akan hal ini akan terus berjuang. hatta ita melihat bagaimana pelajar2 univeriti ukm ini melontarkan pandangan mereka di samping mampu mencabar pihak universiti untuk bersemuka dalam tentangan mereka. hal ini akan membuka ruang kepada mahasiswa yang lain untuk terus berani mengikut saluran yang telah disediakan agar berani menegakkan ruang keadilan di situ. kita melihat walaupun rmai yg mengatakan di mana segelintir golongan ini hanya menegakkan benang yang basah, namun harus dilihat perjuangan yang kecil ini akan memberi impak yang besar pada masa akan datang. perjuanan yang suci dalam menegakkan kebenaran akan berada pada jalan yang sukar, namun pada penghujungnya, kebenaan itu pasti akan dimiliki juga. Alhamdulillah, mahasiswa di bumi bertuah ini kini semakin ramai yg sedar, manakan tidak, kita melihat bagaimana tahun 1 dan tahun 2 juga sudah berani untuk melaung-laungkan idealisme mereka dan pandangan mereka walaupun dilihat seakan-akan membangkang tindakan pihak universiti ataupun kerajaan. hakikatnya yang dapat dilihat di sini adalah apakah isu yang diapungkan itu. adakah benar-benar perlu dipertikaikan oleh golongan cerdik pandai ini ataupun hanya sebagai pak turut yang ditugaskan utuk menentang segala urusan pihak universiti itu. ini menjadi persoalan?.. hatta mahasiswa juga perlu melihat bahawa varsiti sebenarnya merupakan saluran sahaja untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang baik dari segi ahlak dan nilai moralnya, mahupun dalam aspek pendidikan.oleh yang demikian seharusnya pihak universiti juga tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya jika tidak mampu melahirkan graduasi yang berkualiti unggul. kita bukannya ingin melahirkan ramai pembangkan universiti, namun apa yang kita ingin lahirkan adalah mahasiswa yang pandai berfikir.menolak yang jahil dan menerima yang baik. sekalipun sungai yang mengalir itu kotor, namun hendaklah percaya di sini bahawa masih akan jua wujud kehidupan-kehidupan di situ yang satu hari nanti akan berguna juga kepada sekelilingnya...

Sunday, August 22, 2010

sekuat mana kita?

anjakan paradigma perlu dilakukan!! usahlah kau menunggu untuk disuap sahaja.. kau perlu mencari dan terus mencari!! inilah hakikat hidup di dinuia..kebenaran itu perlu dicari.. kerana jangan biarkan dirimu itu terus leka untuk mendapat nikmat dan terus disuap..hakikatnya? engkau akan terhutang budi dengan segelintir dari mereka.. apakah hakikat perjuangan?perjuangan memerlukan pengorbanan..pengorbanan dari segi apa? masa,wang dan yg paling besar sekali ialah nyawa?! sampai nyawa sekali perlu dikorbankan? kalau itu yang diperlukan, ya, memang nyawa menjadi taruhan.. namun persoalan disini, berapa ramai yang sanggup bekorban? kita cakap,melemparkan hujah dengan lantang di sana sini, namun apabila bertanya tindakan kita? kita zero...aku jua berasa sebegitu.. persoalan bermain di mindaku.. betahkah aku menghadapi semua ini? jika diacu senapang di kepalaku dan disuruh berhenti dari menegakkan islam, apakah aku sanggup berbuat itu?mengorbankan agamaku demi nyawaku ini? MasyaAllah..imanku yang senipis kulit bawang ini meronta-ronta untuk ditebalkan.. supaya kembali kuat..tidak gentar dengan syahid...tapi bagaimana? bila? inilah hakikat untuk menilai iman kita yang sebenar.. adakah apabila org lain berkata adakah anda sanggup mati demi islam, anda hanya menjawab " saya sanggup"kerana apa sanggup? "kerana kawan saya yang lain sanggup"..inilah lumrah hidup.. terlalu ikutkan rakan..acapkali dalam perjuangan pun hanya kerana ikutkan kawan sedangkan tidak tahu apa yg diperjuangankan..maka akan lahirlah ramai golongan2 yang akan mudah dipengaruhi dan mudah untuk lompat sana sini..berbalik pada pengorbanan sebentar tadi..bayangkanlah, jika manusia ini semuanya tidak memandang harta,pangkat di dunia yang dimana kita telah didoktrin sejak dari lahir lagi..dan kadangkala ibu bapa sendiri yg mengajar anaknya sebegitu.. cth dilihat didalam iklan..semasa anak lelakinya ingin mengambil air di dalam peti sejuk, anaknya teringat yang ayahnya akan memberi ganjaran seribu kepada anaknya jika anaknya berpuasa penuh.. dilihat di sini? ajaran negatif secara halus yg mungkin ibu bapa sendiri tidak sedar akan hal ini.. lebih bagus jika ayahnya mengingatkan kebaikan dalam berpuasa..pahala dan membawa ke syurga..alangkah indahnya jika islam itu dilahirkan sebegini,dan bukannya kerana adat...dari sini kita melihat satu konsep pengorbanan.. pengorbanan lapar dan dahaga demi wang rm 1000.. dan bukannya demi mendapat keredhaan Allah... ayuh saudaraku..kita berfikir..adakah hati kita ini benar2 bersih? bersih dalam menghadapi perjuangan ini? adakah kita ini berjuang kerana nama? pangkat ataupun jawatan? jika ia, rawatlah hatimu itu... jika sebaliknya, tahniah,kerana anda setapak mendekatkan diri dalam perjuangan islam yg nyata.. semoga kita muhasabah diri kita semula...hak kita untuk mencari kebenaran itu...semoga kita semua kuat untuk menghadapi perjuangan ini...kuat untuk melawan segala bentuk ancaman malah jika disuruh dikorbankan nyawa sekalipun, kita akan sanggup,kerana nyawa ini bukan hak abadi kita...tetapi hak milik mutlak dari Allah.... fikirlah...

Thursday, July 29, 2010

pemikiran yg buta

seuntai kronologi kehidupan yang akan membuka mata dan menimbulkan semangat jati diri bagi yang sedar.. dan leka bagi mereka yang terus lalai dilena mimpi... apakah semua ini? apakah kita sebagai manusia sudah hilang kewarasan akal sehingga kita sanggup digadai dengan mata wang dan pangkat semata-mata? maafkan aku kerana mengeluarkan nukilan yang mungkin agak pedas pada waktu ini setelah skian lama aku mengikut jejak rakanku untuk menyepi seketika dan hanya memerhati.. namun, batinku kembali meronta.. aku melihat manusia yang kiranya sempurna pada setiap ciptaan tetapi hakikatnya cukup hina dalam pandangan mata permata.. dimanakah keberanian mu wahai manusia? dimanakah keadilan untuk kamu? dimanakah cintamu kepada agamamu? dimanakah hak kamu untuk mewujudkan ruang keadilan? apakah kau sanggup menjadi insan yang buta, tuli dan pekak semata-mata kerana takutkan ugutan? pesimis sikapmu yang beralurkan ketakutan kerana berpaksikan ugutan adalah ibarat sambaran halilintar yang akan memusnahkan dirimu sebagai manusia yang mempunyai hak... ayuh saudaraku... jika kau kasihankan bumi palestin yang bermandi darah, kau perlu kasihani dirimu terlebih dahulu kerana tidakkah kau sedar yang kau jua sedang ditindas!! dipijak dan digenggam oleh tangan-tangan yang tidak bertanggung jawab yang semakin hari semakin rakus dalam mengejar dunia.. aku pernah memberi nasihat kepada adik-adikku semasa aku menjadi fasilitator..." korang nak mana? senang kat dunia yang hanya selama berpuluh tahun sahaja, tetapi susah di akhirat berjuta tahun lamanya, atau susah didunia, namun gembira di akhirat dimana kau akan hidup kekal selamanya" arhg!!! manusia hanya pandai mengeluarkan kata-kata hikmah.. kononnya "kita perlu melepaskan sesuatu benda untuk mendapatkan benda yang lebih baik" namun hakikat!!! kata-kata ini hnya merupakan kata-kata permainan untuk menguasai minda seseorang... menyedapkan hati seseorang.. untuk menjadikan seseorang itu tenang dan dipengaruhi... argh!! lawak!! setiap kata mempunyai makna yg tersirat yang perlu diamati dengan sebaik mungkin.. namun bukan ini yg ingin aku persoalkan pada waktu ini... persoalanku ini adalah ingin mewujudkan golongan belia yang bijak berfikir.. bukan hanya menunduk dan mengikut sahaja apa yang diperkatakan... susahkah kau untuk berfikir sejenak? apakah kau terlalu sibuk akan urusanmu sehingga kau sanggup diperbodohkan dengan permainan minda mereka yang leka sehingga kau menjadi anak panah sasaran mereka untuk dipanah? mungkin kata-kata ku ini membuatkan ramai mengatakan aku pelik dan tidak faham apa yang aku perkatakan.. namun, baca dengan mata hati... perlukan ketajaman akal untuk berfikir.. setelah itu, mungkin juga akan berfikir macam-macam terhadap aku.. namun, siapakah aku untuk menghalang dari kamu terus membuat kesimpulan terhadap seseorang... walaupun jika hasil penulisanku ini akan membuatkan aku dibenci oleh semua orang, namun kamu perlu sedar bahawa aku ada Allah untuk sentiasa bersama denganku... Aku milik tuhanku....

Thursday, July 15, 2010

Dugaan dan Ujian

Alhamdulillah... bersyukur kepada Allah... aku dapat menjejakkan kaki ke bumi ukm ini.. bumi bertuah..bumi hasil dari kesepaduan masyarakat untuk memartabatkan pendidikan di malaysia ini.. ramai yg cakap, arief... bersyukur arief.. bersyukur.. ya,,, memang aku bersyukur.. Alhamdulillah.. namun, aku berasa takut.. takut kerana aku terus leka dalam arus yg xmampu untuk aku hadapi ini.. bertapa hebatnya kebejatan di bumi ini.. aku dapati dunia ini semakin rakus dalam mengejar apa yg mereka ingini... argh!!! pemikiranku kini terbuka... argh!! semuanya sama!! kepolitikan sempit... bertapa aku berasa amat terkejut... terkesima dengan perbuatan golongan intelektual di sini.. bagus!! berani!! namun... alangkah baiknya kalau keberanian itu disalurkan ke jalan yg betul..sadis hatiku ini.. melihat segelintir masyarakat disini.. bagaimana mereka berasa tidak bersyukur terhadap apa yg mereka dapati.. hurm... aku yg baru ini hanya boleh memerhati sahaja corak kehidupan disini yang kadangkala aku berasa sungguh takut melihat evolusi dan cara kehidupan masyarakat sekarang... aku hanya mampu tersenyum... melihat mereka yg sungguh radikal.. terkejut melihat mereka yang hanya berdiamkan diri.. inikah golonganyg kita nanti2 kan? fikir2kanlah.... semoga aku berjaya di bumi bertuah UKM ini..... salam bestari... moga Allah sentiasa ada bersamaku dalam menghadapi perjuanganku ini.......

Wednesday, June 23, 2010

Alhamdulillah

Salam semua... minta maaf kerana sudah lama x update citer terbaru berkenaan dgn diri saya.. hal ini kerana kekangan masa yang dihadapi oleh saya..hhuhu..walhal xlah sesibuk mana pun.. hurm.. syukur kerana atas izin Allah, aku dapat pergi melawat sahabatku di Meru,Klang walaupun pada mulanya banyak kekangan yang mungkin mampu mematahkan hasratku utk ke sana.. namun, apa yg berlaku atas kehendak Allah.. pada mulanya aku ingin pergi menaiki kereta, namun, sempat berfikir panjang..takutkan sesat, aku terpaksa menaiki kemudahan awam.. singgah di S.Alam, aku menunggu rakan2ku selama 2jam..mak ai..lamanya.. tp,SABOR jela...haha... then, selepas itu, aku bersama rakan2ku pergi membuat urusan di banggunan kerajaan negeri selangor.. then, pergi ke bangguna zakat untuk meminta bantuan ke kemasukan ijazah pertama..pada waktu itu, aku hanya ikut, kerana keputusan tawaran u tidak diketahui lagi.. seterusnya, kami singgah makan.. then solat di Masjd S.Alam.. best giler!!!!! 1st time smpai sana even dah 20 tahun dibesarkan di selangor..hhuhu... anyway, thanx kepada raknku syukri dan jua nadia kerana sudi meluangkan masa bersama kami.. thanx jua kepada syukri kerana tinggalkan aku keseorangan di rumah zaid..haha.. nadia? hang memang pemandu hebat!! yang membawa lelaki naik kereta hang..haha... malukan kami aje..huhu... then, aku menginap di singgahsana zaid..kali pertama menjejakkan kaki ke meru...keesokan harinya aku berpuasa sunat di bulan rejab.. semasa hendak berbuka puasa, rakanku memberitahu keputusan U sudah dikeluarkan.. aku pun dengan hati yg tenang, kalut, gementar sikit pun prgi r cek..then, Alhamdulillah..aku berpeluang melanjutkan pelajarn di salah sebuah U di Malaysia..my 1 choice!!!best giler!! aku rase itulah hadiah dan nikmat bagi aku yg berpuasa.. sempat aku sujud syukur kerana masih mampu meneruskan pelajaranku di menara gading.. malam itu, zaid dan farli membawaku ke I-CITY untuk melihat limpahan cahaya bewarna warni disana..huhu.. best r jua..sempat snap pic dan sebagainya.. keesokan harinya pada hari jumaat, aku pun pulang ke rumah.. rasa sedih jua kerana terpakse menyusahkan zaid menghantar aku ke ktm klang..tp apakan daya.. padan muke dia!!haha.. rase kagum aku kepada dia kerana melayan aku dengan baik dan jua kagum melihat tempat dia membesar... hurm.. maaf kerana nukilanku ini tidak sehebat mana..kerana aku tidak mampu untuk berkata-kata..otakku yang sudah tepu ini membuatkan aku kelu untuk menggerak2kan jari jemariku untuk menaip dan menjana idea pemikiran dalam menulis blog ku kali ini....

Monday, June 7, 2010

seuntai kata buat pembaca....

"kalau tiada orang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu,teruskan juga menyampai kerana alam turut memahaminya.Malah seluruh alam gembira dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan tuhan.."
(Badiuzzaman Said Nursi)

"jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semulajadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya didalam bentuk penulisan"
(Hamka)

"ketika kita mati,jangan cari pusara kita di bumi, tetapi carilah di hati manusia"
(Jalaluddin Rumi)

"Buku tidak dapat dicungkil rahsia yang terpendam di dalamnya melainkan melainkan setelah dibaca habis kesemuanya"
(Syeikh abdul Fattah abu Ghuddah)

"Cintailah orang soleh kerana mereka mempunyai kesolehannya,cintailah Nabi Muhammad s.a.w kerana dia kekasih Allah s.w.t,dan cintailah Allah s.w.t kerana dia kecintaan nabi dan orang soleh"
(Imam Syafie)

"Belia-belia islam yang akan memimpin umat pada masa akan datang sangat perlu diisikan dengan ilmu, tazkirah ruhiyyah,semangat juang dan sifat zuhud dari dunia. kalau tidak, dibimbangi mereka akan kecundang dalam menghadapi cabaran akhir zaman. kepetahan lidah dalam berucap dan keluasan ilmu belum dapat memberi kesan yang terbaik kalau tidak diisi dengan kekuatan rohani yang mantap"
 (Syeikh Abul Hasan Ali Nadwi)

"Barang siapa yang telah menanam jasa,kelak dia akan peroleh hasil dari jasanya itu. kemudian akan jadi pengiringnya kemana pun dia pergi. kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan,namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemulian itu kembali dan menyatakan kemuka khalayak. orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika dimasa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak, buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang"
(Hamka)