Thursday, September 30, 2010

mahasiswa di bumi ukm

seuntai kata untuk dirasa.. inilah gamaknya tulisan aku pada kali ini. untuk membuka mata. menyedarkan mereka bagi yang lelap. hatta yang desar akan terus tersedar dengan perjuangan mereka. namun yang leka akan terus dibuai dan diayun oleh tangan-tangan yang menjaga kepentingan mereka sendiri.. merupakan pelajar tahun 1 di ukm ini membuka banyak mindaku supaya aku ini berfikir. aku sedar bertapa aku ini egitu alpa dan leka terhadap permasalahan yang melnda masyarakatku ini terutamanya mahasiswa kita ini. namun aa yg ingin aku nyatakan di sini bukanlah pendefinisian maasiswa itu dalam konteks perbincangan pada kali ini. namu apa yg ingin aku smpaikan pada kali ini adalah, mahasiswakah kita?..ini yg menjadi persoalan dalam benak mindaku yang sering kali meronta-ronta untuk dilepaskan. sejauh mana realiti kebanggaan mahasiswa kita ini dalam konteks yg nyata beranding dengan ungkapan plastik yang pada hal tidak mungkin dicerminkan melalui tindakan mereka. hati ini meruntun sedih tatkala melihat realiti ini yang berlaku di bumi limpahan ilmu ini. bagaimana mereka ini ditindas apabila hendak menyatakan kebenaran dan bagaimana yang mengampu itu akan terus duduk berada di atas dan dikipas oleh dayang-dayang mereka yang juga mempunyai kepentingan yang sama. segeromolan manusia yang sedar akan hal ini akan terus berjuang. hatta ita melihat bagaimana pelajar2 univeriti ukm ini melontarkan pandangan mereka di samping mampu mencabar pihak universiti untuk bersemuka dalam tentangan mereka. hal ini akan membuka ruang kepada mahasiswa yang lain untuk terus berani mengikut saluran yang telah disediakan agar berani menegakkan ruang keadilan di situ. kita melihat walaupun rmai yg mengatakan di mana segelintir golongan ini hanya menegakkan benang yang basah, namun harus dilihat perjuangan yang kecil ini akan memberi impak yang besar pada masa akan datang. perjuanan yang suci dalam menegakkan kebenaran akan berada pada jalan yang sukar, namun pada penghujungnya, kebenaan itu pasti akan dimiliki juga. Alhamdulillah, mahasiswa di bumi bertuah ini kini semakin ramai yg sedar, manakan tidak, kita melihat bagaimana tahun 1 dan tahun 2 juga sudah berani untuk melaung-laungkan idealisme mereka dan pandangan mereka walaupun dilihat seakan-akan membangkang tindakan pihak universiti ataupun kerajaan. hakikatnya yang dapat dilihat di sini adalah apakah isu yang diapungkan itu. adakah benar-benar perlu dipertikaikan oleh golongan cerdik pandai ini ataupun hanya sebagai pak turut yang ditugaskan utuk menentang segala urusan pihak universiti itu. ini menjadi persoalan?.. hatta mahasiswa juga perlu melihat bahawa varsiti sebenarnya merupakan saluran sahaja untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang baik dari segi ahlak dan nilai moralnya, mahupun dalam aspek pendidikan.oleh yang demikian seharusnya pihak universiti juga tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya jika tidak mampu melahirkan graduasi yang berkualiti unggul. kita bukannya ingin melahirkan ramai pembangkan universiti, namun apa yang kita ingin lahirkan adalah mahasiswa yang pandai berfikir.menolak yang jahil dan menerima yang baik. sekalipun sungai yang mengalir itu kotor, namun hendaklah percaya di sini bahawa masih akan jua wujud kehidupan-kehidupan di situ yang satu hari nanti akan berguna juga kepada sekelilingnya...