Wednesday, June 29, 2011

seuntai kata untuk dirasa..

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..

Di mana sahaja ‘dia’ berada…pasti Islam kan agung semula..bila sahaja ‘dia’ berbicara pasti syaitan akan membencinya…bagaimana sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga…untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya…nurnya takkan pernah malap..gemilang sinaran menerangi insan di sekelilingnya..berkejalah untuk Islam…bersabarlah demi Islam…menangislah untuk Islam..bergembiralah atas kejayaan Islam..semoga kita adalah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama..amin
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani

Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN


Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. (Hadis riwayat Bukhari)

Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat…


Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)
Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman ialah yang mempunyai sifat redha”
Sabda Rasulullah “Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi orang yg meninggalkan perdebatan meskipun ia benar, aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tgh syurga bagi org yg meninggalkan dusta meskipun ia bergurau, dan aku menjamin dgn sebuah istana yg tertinggi bg org yg membaguskan akhlaknya” [HR Abu Dawud, disahihkan albani]


hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati..

Monday, June 13, 2011

KATA-KATA HIKMAH ORANG-ORANG SOLEH





A. SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ


Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.


B. SAYIDINA UMAR AL KHATTAB

1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:

– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.

– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.

– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.


2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.

3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.

4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”


C. SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A.

Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:

1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:

a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.

b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.

c. Ketika menyeru kepada kebaikan.

d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:


a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.

b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.


3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:

a. Hatinya berserta takut dan harap.

b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.

c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis. d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.


D. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.

Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:

1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.

3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” ayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”

4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.

5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).

6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.

7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.

8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.

9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.
10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.

11. Buta hati akan lupa zikrullah.

12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.


Alhamdulillah.. telah sampai di perbukitan ilmu. namun berasa agak bosan kerana tidak banyak lagi kerja yang perlu dilakukan. Justeru aku menghabiskan masa dengan menelaah buku-buku disamping menulis. kerana itu lebih baik dari melayan perasaan dan angan-angan yang tiada penghujungnya.

Tiba-tiba aku teringatkan Program yang kali pertama dianjurkan oleh sahabat-sahabat sejak tamat persekolahan. Ya, sebelum ini entri terbaru dariku tidak menulis berkaitan program ini kerana banyak kekangan waktu.

KEM NADWAH KEHENINGAN DIRI ANJURAN PERTINAM 08/09

Tidak banyak yang inginku coretkan di dalam tulisan kali ini. sudilah kiranya hanya melihat beberapa gambar dan nilailah sendiri. kerana bagiku, perjuangan untuk berdakwah ini tidak akan berhenti. segala yang dilakukan perlu disertakan dengan niat kerana Allah. 

 
"Sebahagian dari urusetia lelaki sibuk memasang banner.. namun tempatnya tidak sesuai dan aku meminta dialihkan ke tempat lain.. maaf ya semua.."

Ha.. rasanya tempat ini lagi molek kot.. tp masih tak berpuas ht juga sikit..hee


muslimat...
begitu comel2 adik2ku ini.. moga ukwah berpanjangan...

ikut sunnah nabi.. ada berkatnya..

xtahu bagaimana nak balas jasa mereka.. bertungkus lumus menjayakan program ini.. jazakallah khoir..

 Antara modul hari itu.. 
 ramai yang mahu melarikan diri..
 seperti adik ini juga.. hehe..

kalau degil lagi, xtahulah..

Salah seorang fasilitator memberi sesi kaunseling kepada seorang adik.. 

Namun, Alhamdulillah.. mmg modul kali ini agak mencabar.. namun setakat ini segalanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah...



 "Treassure Hunt"


Antara barisan urusetia n fasilitator... terima kasih semua...

credit to photographer yg sempat mencuri masa mengambil gambar keindahan alam di sekitar sekolah.. hehe








semoga kita berjumpa lagi ya... di KEM NADHWAH KEHENINGAN DIRI 2012 PART 2







Thursday, June 9, 2011

Apa Khabar bakal Isteriku?


Hampir berusia 21 tahun insan ini.. melihat ramai rakanku berbicara soal rumah tangga, cinta kadang kala membuatkan aku juga berasa ingin menikmati apakah hebatnya cinta itu. Namun, Alhamdulillah. tatkala aku hendak mula hanyut, imanku mengejutkanku.. tiada cinta sebelum pernikahan. itu yg pasti. Bagiku aku sudah mula matang untuk berbicara berkaitan cinta, namun bukan untuk bercinta. aku sudah boleh mencari bakal isteriku dan berusaha untuk mendapatkannya dan bukan untuk merosakkannya.

Kini ak sendiri ternanti-nanti siapakah dia yang bakal mengisi kasih sayang di dalam hatiku ini. melengkapkan kehidupanku ini dan mencintaiku diriku ini dengan sepenuh hati setelah mencintai Allah dan Rasul. Aku mencari seorang pejuang. yang sanggup berjuang bersama-samaku. Yang Faham perjuanganku.Yang sayangkan Keluargaku. bahtera yg bakal dilayar bukanlah senang untuk di lalui kerana perlu menghadapi pelbagai dugaan. aku berdoa agar bakal isteriku merupakan seorang yg faham akan diriku dan sabar melayani kerenah diriku ini.

"mak kalau kamu nak kahwin, mak nak jumpa bakal isteri kamu.. nak tnya, sanggup ke tahan sabar dengan mohamad Arief ni." he.. pesan ibuku lagi, " kalau boleh, mak nak wanita pertama yg datang ke rumah kamu, yang kamu bawa, itulah yg kamu pilih dan kekal dengan dia. xnak hari ini bawa lain, esok bawa lain" disebabkan itu, pabila berbicara berkaitan cinta, aku tidak gemar. kerana diriku kadang kala belum bersedia. Biarlah ilmu penuh di dada. InsyaAllah, suatu hari nanti, aku akan menemui bakal isteriku yang akan ku jaga sepenuh hati.. Alhamdulillah sekali lagi, kerana aku tidak pernah lagi membawa wanita datang kerumah yg kononnya cinta sehidup semati.. 

Kepada Bakal Isteriku...

Aku mahu dirimu menjadi peneman setia perjuanganku,
Aku mahu dirimu mencintaiku bukan kerana apa yg ada pada diriku,
Tetapi cintailah diriku kerana agamaku,akhlakku.
Aku mahu dirimu melahirkan anak-anak yg berani menyambung perjuanganku,
Aku mahu dirimu menyayangi diriku seperti mana aku menyayangimu..

Kepada cintaku...

Aku sedar dirimu tidak boleh diluruskan, kerana bimbang akan patah,
Namun jika dilentur ianya akan bengkok,
Oleh itu, aku hendak dirimu faham bahawa tanggungjawab sebagai suami adalah berat,
begitu juga diriku hendak dirimu faham bahawa tggungjawab seorg isteri juga tidaklah mudah.

Kepada Teman Seperjuanganku...

Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk Allah..
Setiap nafasku hanyalah pinjaman dari Allah..
Dirimu hanya pinjaman dari Allah kepadaku..
Begitu juga diriku ini hanya pinjaman kepadamu..
Jika suatu hari nanti diriku ini sudah tiada,
Janganlah hendak menangis dan patah semangat..
Teruskanlah menyambung perjuangan kita bersama...
Semoga kita bakal bertemu di syurga Abadi..


Khas buat bakal Isteriku... Apa khabar dikau di sana?.... diriku ini sedia menunggumu..






kembara Seorang Hamba


Sesungguhnya begitu indah pemandangan langit tatkala mula terbenamnya mentari di ufuk barat. lintasan garisan jingga menggamit perasaan dan ketenanganku pada kali ini. inilah pemandangan sekolahku SMK Syed Mashor.. Alhamdulillah, setelah lama tidak menulis, kali ini diriku ini masih lagi mampu untuk bernafas dan menaip segala kenanganku sepanjang menghabiskan masa cuti sem kali ini.

Masa kalau diikutkan mmg tidak pernah cukup, tp apa yg penting adalah bagaimana kita mencuri masa itu. Programku, perjalanan dari utara hingga ke selatan semuanya membawaku kepada satu sejarah kehidupan yg baru. semuanya berjalan lancar, sekali lagi merafakkan kesyukuran pada Mu Ya Allah. segala masalah itu, pasti ada, tp bagaimana kita hendak menyelesaikanya itu yg penting.

agak terkilan pabila niatku ke utara hendak melihat dan turun ke sawah tidak kesampian atas alasan tertentu. mungkin ada hikmahnya. namun saujana mata memandang tatkala tenggilingku membelah lebuh raya melihat sawah padi yg terbentang luas. itulah yg selalu ku lihat, namun sampai sekrang masih tidak kesampaian untuk merasai bagaimana nikmatnya angin berpuput di jelapang padi..

 Sepanjang cuti ini dapatku menghabiskan masa bersama sahabat-sahabatku yg jauh menuntut di perbukitan ilmu masing-masing.. namun pabila jarang bertemu itulah yg menimbulkan bibit-bibit kemesraan dan lagi merapatkan ukwah antara kami. bermasam muka, bertikam lidah itu perkara biasa. kerna itulah warna dalam persahabatan. sahabat melindungi sahabat mereka, tempat berteduh, tempat meluahkan perasaan, tempat berkongsi suka dan duka. sejauh mana marah mereka, pasti akan reda juga suatu hari nanti.

 kini aku harus bersedia untuk melalui jalan yg begitu panjang. jalan yang lurus InsyaAllah..jalan untuk mencari ketenangan.. usai segala kerjaku, kini tibalah waktu untukku pula. menjadi pengembara seorang Daei'.. mengembara berseorangan.. atau mungkin pergi selamanya meninggalkan teman...hanya doa menjadi harapan, dan kasih sayang menjadi kenangan.. Selamat mencari Ketenangan..

KemBarA InsAf MenCari TuhAn...

Thursday, June 2, 2011

Aku masih menunggu hidayahMu

Ya Allah..
Sesungguhnya hatiku ini telah jauh dariMu.. entah mengapa Ya Allah.. aku cuba menghampiri dan mendekatiMu.. namun semakin kuat dugaan dan cabaran yg mendatang.. sahabatku pernah berkata " Arief, Allah akan pandang usaha kita.. berusahalah mencari hidayah dariNya.. seorang lg sahabatku pernah berkata Arief, jaga iman kau baik2.. kerana iman kau yg paling berharga.." MasyaAllah.. aku tidak mampu untuk menjaga imanku,.. aku terus hanyut mengikut nafsuku ini..
 Ya Allah..
Ampunkan hambaMu ini Ya Allah.. aku sedang berusaha Ya Allah.. kuatkanlah hambaMu ini.." Arief.. bantulah aku".. maafkan aku sahabat.. carilah orang lain.. kerana diriku ini masih juga mencari dan berusaha.. pabila aku sudah bersedia, pasti aku akan datang kepadamu, dan memimpin tanganmu untuk bersama-sama ke syurga.. doakan aku ....

kisah seorang guru

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya.
Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan
kanannya ada pemadam.
Si guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri
saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini,
maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah
"Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya
angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok,
dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa
dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru
tersenyum kepada murid-muridnya.
"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang
bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh
musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan
sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi
karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,
akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat
mengikutinya.
Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan
etika."
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex
sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi
suatu gaya hidup dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,
cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar
karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada
di tengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan
lain-lain. Akhirnya Si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet,
dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam
tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda
akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan
dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu,
tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan
dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.
Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah
yang dijalankan oleh musuh musuh kita...

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya
Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan,
mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar."