Sunday, August 22, 2010

sekuat mana kita?

anjakan paradigma perlu dilakukan!! usahlah kau menunggu untuk disuap sahaja.. kau perlu mencari dan terus mencari!! inilah hakikat hidup di dinuia..kebenaran itu perlu dicari.. kerana jangan biarkan dirimu itu terus leka untuk mendapat nikmat dan terus disuap..hakikatnya? engkau akan terhutang budi dengan segelintir dari mereka.. apakah hakikat perjuangan?perjuangan memerlukan pengorbanan..pengorbanan dari segi apa? masa,wang dan yg paling besar sekali ialah nyawa?! sampai nyawa sekali perlu dikorbankan? kalau itu yang diperlukan, ya, memang nyawa menjadi taruhan.. namun persoalan disini, berapa ramai yang sanggup bekorban? kita cakap,melemparkan hujah dengan lantang di sana sini, namun apabila bertanya tindakan kita? kita zero...aku jua berasa sebegitu.. persoalan bermain di mindaku.. betahkah aku menghadapi semua ini? jika diacu senapang di kepalaku dan disuruh berhenti dari menegakkan islam, apakah aku sanggup berbuat itu?mengorbankan agamaku demi nyawaku ini? MasyaAllah..imanku yang senipis kulit bawang ini meronta-ronta untuk ditebalkan.. supaya kembali kuat..tidak gentar dengan syahid...tapi bagaimana? bila? inilah hakikat untuk menilai iman kita yang sebenar.. adakah apabila org lain berkata adakah anda sanggup mati demi islam, anda hanya menjawab " saya sanggup"kerana apa sanggup? "kerana kawan saya yang lain sanggup"..inilah lumrah hidup.. terlalu ikutkan rakan..acapkali dalam perjuangan pun hanya kerana ikutkan kawan sedangkan tidak tahu apa yg diperjuangankan..maka akan lahirlah ramai golongan2 yang akan mudah dipengaruhi dan mudah untuk lompat sana sini..berbalik pada pengorbanan sebentar tadi..bayangkanlah, jika manusia ini semuanya tidak memandang harta,pangkat di dunia yang dimana kita telah didoktrin sejak dari lahir lagi..dan kadangkala ibu bapa sendiri yg mengajar anaknya sebegitu.. cth dilihat didalam iklan..semasa anak lelakinya ingin mengambil air di dalam peti sejuk, anaknya teringat yang ayahnya akan memberi ganjaran seribu kepada anaknya jika anaknya berpuasa penuh.. dilihat di sini? ajaran negatif secara halus yg mungkin ibu bapa sendiri tidak sedar akan hal ini.. lebih bagus jika ayahnya mengingatkan kebaikan dalam berpuasa..pahala dan membawa ke syurga..alangkah indahnya jika islam itu dilahirkan sebegini,dan bukannya kerana adat...dari sini kita melihat satu konsep pengorbanan.. pengorbanan lapar dan dahaga demi wang rm 1000.. dan bukannya demi mendapat keredhaan Allah... ayuh saudaraku..kita berfikir..adakah hati kita ini benar2 bersih? bersih dalam menghadapi perjuangan ini? adakah kita ini berjuang kerana nama? pangkat ataupun jawatan? jika ia, rawatlah hatimu itu... jika sebaliknya, tahniah,kerana anda setapak mendekatkan diri dalam perjuangan islam yg nyata.. semoga kita muhasabah diri kita semula...hak kita untuk mencari kebenaran itu...semoga kita semua kuat untuk menghadapi perjuangan ini...kuat untuk melawan segala bentuk ancaman malah jika disuruh dikorbankan nyawa sekalipun, kita akan sanggup,kerana nyawa ini bukan hak abadi kita...tetapi hak milik mutlak dari Allah.... fikirlah...

No comments: