Saturday, January 14, 2012

kembalikan tanganku...

aku seorang abang.. baru berusia 13 tahun.. muda lagi.. ada seorang adik yang berusia 4 tahun.. kami seringkali bertengkar.. namun, aku tetap menyayanginya kerana dia satu-satunya adikku.. tambahan pula aku kan anak sulung.. "bang, kenapa abang mara-mara ika?" tanya adikku sewaktu aku sedang duduk asyik menontotn televisyen." sebab aku kan abang"..jawabku bersahaja. ika sedang asyik mewarna lukisan yang dibeli oleh ibuku. memang hobinya suka mewarna. dan melukis. kadangkala tanganya memang sahaja gatal untuk menconteng dinding-dinding rumahku. mana tak bising mak dan ayahku bila sahaja mereka pulang ke rumah.. ika memang mempunyai minat yang tinggi dalam melukis.. "abang, cantik tak gambar famili kita..ini ika, emak, abang dan juga papa".sambil ika menunjukkan lukisannya kepadaku sambil diperhatikan ibuku. kami semua memuji lukisan tersebut.

pada hujung tahun, ayah memberitahu kami bahawa ayah ingin membeli sebuah kereta mercedes benz. aku agak excited,namun ika hanya buat tak tahu sahaja. selang beberapa minggu, muncullah kereta baru itu di ruang parkir rumahku. cantik..elegan.bewarna putih..model siri apa? hehe..aku pun tak tahu..masing-masing kagum melihat kemewahan kereta tersebut.

pada hari bekerja, ayah dan ibu membawa kereta lama. kereta barunya itu ditinggalkan di rumah. aku duduk di rumah bersama ika dan juga bibik rumahku. al maklumlah, cuti sekolah.. kehidupan cuti sekolah ini agak bosan. aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah. pada waktu petang, sewaktu aku pulang dari taman, kebetulan emak dan papaku baru sahaja pulang dari rumah. selesai aku menyalam mereka, kami berdua masuk ke perkarangan rumah. "emak-emak..marilah sini tengok lukisan ika..cantik.." ajak ika sebaik sahaja melihat kelibat kami. emak yang agak keletihan pun melayan permintaan ika, manakala ayah pula sedang berbual dengan jiran sbeelah rumah.

"mana? ika lukis apa?" tanya emakku sambil menuju sahaja kemana arah yang dibawa oleh ika.. alangkah terkejutnya aku dan emak, apabila mendapati kereta mercedes bewarna putih yang terletak di parkir tepi rumah itu diconteng oleh ika! penuh dengan warna air, pensel dan marker! emak menjerit memanggil ayah.. aku hanya mendiamkan diri."habislah kali ni" dengus hatiku

ayah meluru masuk dan ayah terkejut melihat keretanya diconteng!! ayah sudah mula hilang sabar. ayah terus memukul ika tanpa belas kasihan. ayah menampar ika yang baru sahaja berumur 4 tahun itu. ibu pula seolah-olah membantu ayah. tangan yang sering melukis itu dipukul tanpa belas kasihan seolah-oleh tangan kecil itulah punca segalanya..aku memeluk ika... aku cuba untuk melindungi dia, namun ayahku menolakku..ika menangis.. merayu..aku juga merayu pada ibu namun ibu juga sama! bibik? mana bibik! aku cuba mendapatkan bibik.. bibik yang baru sahaja datang cepat-cepat mengambil ika dan membawanya masuk ke bilik. aku sambil teresak-esak mengikut bibik ke biliknya..

bibik melihat tangan ika. tangan ika berdarah. bibik sapukan minyak gamat ke tanganya. bibik memujuk ika." xmahu nagis ya sayang..bik ada.. syhh.." sambil menepuk-nepuk peha ika untuk menidurkan dia.. keesokan harinya badan ika panas. ibu hanya memberi ubat demam.mungkin terkejut agaknya. setelah seminggu, demamnya kembali pulih. namun luka ditangannya tidak juga sembuh.. sesudah sebulan, emak dan papa membawa ika ke hospital.

" tangan anak encik ini terkena jangkitan kuman.. saya tidak boleh buat apa selain untuk potong tangan kananya.. tiada lagi cara. jika tidak,ia akan melarat sampai ke bahagian lain pula." doktor menerangkan kepada kedua ibu bapaku.. aku terkejut mendengarnya.. kalau tangan ika kena potong, macam mana dia nak melukis lagi.. papa dan emak bersetuju untuk memotong tangan ika. mereka rasa bersalah. namun ini sahaja caranya!

setelah pembedahan berjam-jam lamanya, ika tersedar dari lenanya. namun, dia lihat tangan kananya sudah tiada!! ika meraung.. "mak..mana tangan ika mak.. mak.. tangan ika mana?... mak.. ika minta maaf.. ika janji ika tak buat lagi..tapi ika nak tangan ika semula... " ika merayu kepada emakku.. bercucuran air mata mengalir.. aku menangis teresak-esak.. papaku juga tidak dapat menahan kesedihan..

"abang.. ika nak tangan ika balik.. ika minta maaf.tolonglah abang pujuk emak..pujuk papa"... ika merayu kepadaku.kerana aku adalah seorang-orangnya abang yang dia ada.. aku teresak-esak.. kalaulah boleh ku pindahkan tangan ini kepadanya, sudah pasti aku akan berbuat demikian..

ibu dan ayahku... tiada guna hendak menangis.. bertapa sayangnya kamu kepada harta dunia berbanding dengan kami ini, anakmu... darah dagingmu..

No comments: