Sunday, June 6, 2010

perspektif insan muda....

Lihatlah umat islam.. lihat dengan mata hati.. bertapa keagungan Allah terhadap ciptaanya.. namun, itu bukan menjadi persoalan sekrang.. yang bermain dibenak pemikiranku ialah masalah yang dihadapi oleh masyarakat kita sekarang, terutamanya masyarakat ISLAM.. kes buang anak, bergaduh, merempit, pecah rumah, gengsterisme, ragut, semua majoritinya berkisarkan tentang org islam yg menjadi wataknya.. adakah kita ini, yg mempunyai agama yg cukup2 sempurna hanya mampu untuk berdiam diri sahaja? pernah atau tidak kita mendengar masyarakat lain yang bukan beragama islam, mengamalkan budaya iblis ini sehingga adakalanya ia sudah menjadi lali dalam kehidupan seharian.. bukan niatku untuk mempersalahkan mereka.. kerana siapakah aku ini untuk menghina mereka..kerana setiap manusia bukan dilahirkan sempurna..tetapi kita dilahirkan untuk membina kesempurnaan.. namun, aku berasa cukup terpanggil untuk menulis di blog ku ini sebagai wahana dalam membincangkan isu sejagat kita yang hampir semuanya melanda umat islam.. ayuh umat islam..ayuh saudara2ku semua... sebarkanlah islam.. yang berilmu, teruskanlah berjuang demi islam.. janganlah perlekehkan mereka ini semua..jangan menghina mereka, tetapi sebaliknya mereka ini perlu disayangi dan diberi panduan dalam menjalani kehidupan sebagai umat islam yg sebenar.. "mereka tidak saling mencegah dari perbuatan mungkar yang mereka perbuat, sungguh busuk perbuatan mereka.."
" mengapa para ulama dan orang2 yang mengerti agama itu tidak melarang dari kata-kata yang keji dan makan yang haram, sungguh busuk apa yang mereka perbuat"
begitulah firma Allah yang begitu jelas menyeru hambanya untuk mengamalkan prinsip amar ma'ruf nahi mungkar.. menjadi persoalan kepadaku, mengapa segelintir masyarakat yang menyalahkan remaja sebegini sehingga mereka dikeji dengan begitu dasyat sekali.. Kau Budak Kejam!!! Kau Mesti Masuk Neraka!!! Kau X Layak Untuk Kami!! begitulah antara kecaman yg mereka terpaksa hadapi.. saya terpaksa membawa satu analogi disini.. seorang bekas penagih dadah yg baru keluar dari pusat serenti.. pulang ke kampung dengan niat untuk berubah.. namun, disebabkan kesilapan yg lalu, hamba Allah ini dicemuh dan dipulaukan.. akibat rasa tertekan, beliau melepaskan tekanan dengan mengambil dadah semula.. " arh!! alang2 da kena fitnah dgn bnda yg aq xbuat, baik aku buat terus"... kadang kala, masyarakat perlu mengambil sensitif terhadap isu ini..supaya yang leka dengan mencemuh itu, tersedar dari kekhilafan mereka..
isu seterusnya,... aku pernah terfikir, mengapa pelajar bermasalah itu dibuang sekolah kerana masalah disiplin.. selepas itu, kemana hala tuju mereka selepas mereka dibuang?! korang pernah terfikir x?? kemana hala tuju mereka?! prinsip ingin menjaga nama baik sekolah, prinsip kerana nila setitik, rosak susu sebelanga menjadi mainan mereka...hujah mereka.. salah siapa sebenarnya>? salah pelajar? itu sudah pasti!! namun, kita nak melepaskan semuanya kepada pelajar ka?selepas mereka dibuang sek, mereka mungkin akan lebih terdedah kepada gejala negatif yg lebih hebat lg.. saya berpandangan begini.. kan lebih molek jika semua pelajar yang dibuang sekolah, diwajibkan dihantar ke pusat pemulihan akidah.. supaya mampu memberi pengisian rohani kepada mereka..? ini tidak.. kalau dah mengandung, dah bersalin, baru nak hantar.. ini silap kita.. bila terhantuk, baru nak tergadah.. pihak kerajaan please take it seriously!!! jangan sibuk ceramah sana sini, kesian sana sini, menangis x tentu pasal, namun bila ditanya tindakan? kosong!! ikut akta ini.. ikut ordinan ini... itu sahaja...perlu diingat, kadang2, hukuman yang dibuat sendiri oleh manusia itu terlalu banyak kelemahanya.. justeru, Hukum Allah itu yg perlu diikut.. namun, kita silap.. kita permainkan hukum Allah...aq bukan nak berpolitik atau apa.. tapi ini isu semasa!!!!seterusnya, ibu bapa.. sori ya.. terpaksa kupas isu ini satu per satu.. kadang2 ibu bapa nak salahkan anak2, tetapi mereka tidak sedar kelemahan mereka jua.. kepada ibu bapa, cukup ke solat 5 waktu?cukup bg didikan agama kepada anak2? cukup ke segala amalan wajib yg diperintahkan kepada kita? kadang2, solat xjaga, namun berharap agar anak2 menjadi baik seperti malaikat.. kononnya mampu menyedekahkan bacaan kepada mereka selepas mereka meninggal dunia.. maaf agak pedas disitu.. namun, yang benar itu senitasa pahit..didikan yang sempurna sebenarnya bermula dari rumah.. jika sihat persekitarannya, maka, anak2 jua akan sihat dari segi rohani dan sebagainya.. Rasulullah pernah bersabda "bukalah kalimah pertama dengan perkataan tiada tuhan melainkan Allah" ini jelas menunjukkan didikan agama yg sempurna merupakan fundamental terpenting ke arah pembinaan sahsiah yg terpuji.. hurm... apa yg dapat daripada diskusi ku ini.. sebenarnya ini merupakan satu isu sensitif yg perlu diambil berat oleh semua pihak.. jangan saling tunding menunding ajri ke arah pihak yang lain... tanggungjawab kita sebagai umat islam merupakan tanggungjawab yang vital sebenarnya.. bukan niatku untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini.. namun, inilah konteks kehidupan masyarakat sekrang yang berlaku.. mungkin ada yg menyatakan bahawa aku jua saling menuduh mereka, namun, nasihatku, baca dengan mata hati.. aku ulang,,, "kadang2 kebenaran itu memang sesuatu yang pahit" salam alaik....

No comments: