Monday, June 7, 2010

seuntai kata buat pembaca....

"kalau tiada orang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu,teruskan juga menyampai kerana alam turut memahaminya.Malah seluruh alam gembira dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan tuhan.."
(Badiuzzaman Said Nursi)

"jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semulajadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya didalam bentuk penulisan"
(Hamka)

"ketika kita mati,jangan cari pusara kita di bumi, tetapi carilah di hati manusia"
(Jalaluddin Rumi)

"Buku tidak dapat dicungkil rahsia yang terpendam di dalamnya melainkan melainkan setelah dibaca habis kesemuanya"
(Syeikh abdul Fattah abu Ghuddah)

"Cintailah orang soleh kerana mereka mempunyai kesolehannya,cintailah Nabi Muhammad s.a.w kerana dia kekasih Allah s.w.t,dan cintailah Allah s.w.t kerana dia kecintaan nabi dan orang soleh"
(Imam Syafie)

"Belia-belia islam yang akan memimpin umat pada masa akan datang sangat perlu diisikan dengan ilmu, tazkirah ruhiyyah,semangat juang dan sifat zuhud dari dunia. kalau tidak, dibimbangi mereka akan kecundang dalam menghadapi cabaran akhir zaman. kepetahan lidah dalam berucap dan keluasan ilmu belum dapat memberi kesan yang terbaik kalau tidak diisi dengan kekuatan rohani yang mantap"
 (Syeikh Abul Hasan Ali Nadwi)

"Barang siapa yang telah menanam jasa,kelak dia akan peroleh hasil dari jasanya itu. kemudian akan jadi pengiringnya kemana pun dia pergi. kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan,namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemulian itu kembali dan menyatakan kemuka khalayak. orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika dimasa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak, buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang"
(Hamka)

No comments: