Thursday, October 28, 2010

aku tetap aku..

sebenarnya aku berasa letih pada hari ini..ditambah dengan jadual exam yg padat dan sebagainya,.. pada waktu yg dingin ini aku berasa seperti ada seseorang mendesak aku untuk melihat blog aku yang telah lama aku tinggalkan ini.. pernah aku membaca komen2 di dalam chat room aku itu.. ramai juga yg tidak aku kenali..namun aku tertarik pabila ada yg meletakkan nama samaran mereka sebagai Tamu Hill iaitu kawasan tempat tinggal aku..malah ada juga yg meletakkan nama aku juga..hurm.. aku semakin keliru.. namun, hatiku ini semakin kuat menyatakan bahawa mereka adalah dari orang yang sama..dan aku rasa aku mengerti siapa.. namun apakah daya.. hidup ini terlalu singkat ntuk aku mengenali mereka dan mengenali diri aku sendiri. wahai rakanku.. kita semua ini adalah manusia yang biasa sahaja..tiada yang hebat..masing-masing mempunyai kelemahan dan juga kelebihan.. jika kau melihat kelebihan yang ada dalam diri kau sahaja, kau akan berasa kau ini ibarat manusia yang terlalu sempurna walhal ia tidak mencerminkan apa2.. namun, jika kau melihat dirimu ini terlalu banyak kekurangan, maka kau akan berasakan yg dirimu ini terlalu hina untuk hidup di dunia ini.. Justeru bagaimana?
aku bukanlah seorang pakar motivasi untuk menzahirkan peribadi yg unggul dalam perwatakan dan pembangunan diri yang hebat dalam diri kamu.. namun, pabila ditanya, aku berasa cukup bertanggungjawab untuk menjawab persoalan yg ditanyakan..ego? haha.. aku ini juga dilihat sebagai manusia yg terlalu ego.. tnpa ku sedari ramai yg sering mengutukku dengan menyatakan aku ini terlalu sombong dan sukar untuk didekati.. namun hakikatnya, sangkaan mereka silap.. jadi? siapa yg ego disini? adakah aku ini yg ego? ataupun mereka itu yang ego sehingakan terlalu mudah untuk menkritik dan menilai orang lain? ayuh kita fikirkan bersama.. namun pada masa yang sama, dengan kritikan tersebut,aku berusaha untuk merubah diri ini.. menjadi manusia yang lebih mesra,membantu dan memuaskan..haha...
buat semua..selepas ini, aku mungkin tidak akan menulis dgn pnjang lebar lagi.. aku akan menulis berdasarkan kaca mata aku, dari hati secara ringkas dan berharap agar ia terkesan untuk kamu semua..wish me luck... All the best to all of u.. luv in Allah peace..

No comments: