Monday, December 27, 2010

you are NOT muslim!

kebelakangan ini bnyak kerja yang perlu aku uruskan. namun aku bersyukur kerana dapat menyibukkan diriku dengan perkara-perkara yang berfaedah. bak kata pepatah arab "statiknya air akan merosakkan. statiknya pemuda (bnyak masa lapang) akan membunuh dirinya. maka, dengan kesibukan ini, menjadikan aku lebih banyak masa sebenarnya. masa apa? masa untuk aku berbakti dan memberi.. namun apa yg aku ingin ceritakan sebenarnya bukanlah berkaitan dengan masa yang terlalu bnyak keluhan menyatakan masa itu tidak pernah cukup.namun aku ingin menceritakan pengalamanku. satu hari itu aku mengikuti rakanku ke sentul untuk menghantar playwood ke rumah saudaranya..betul ke ejaannya? entahlah.. agak sesat pada mulanya kerana rakanku itu ingat-ingat lupa gamaknya di mana rumah saudaranya itu. sesudah sampai, aku terus keluar dari kenderaan dan ingin menangkat papan lapis itu keluar dari kenderaan. kebetulan azan maghrib berkumandang. hurm.. kami pun bergegas kerana tidak molek sekiranya umat islam berada di luar rumah kerana urusan kerja pada waktu sebegini melainkan jika hendak ke surau atau ke masjid. lagipun maghrib waktunya agak singkat. kemudian datang 4 orang berkulit hitam. negro? afrika? argh.pedulikan. ak menduga mungkin orang somalia agaknya.. ntah kenapa itu yg terlintas di benakku. yang penting mereka adalah org islam. salah seorangnya memberi salam.
Assalamualaikum.. aku menjawab salamnya dengan bersulam senyuman. sementara rakanku gigih mengeluakan papan lapis itu dari kereta. "erm, may i know, where is masjid? " aku terdiam. argh..sudah..aku dah la baru smpai tempat ni.mana aku tau.getus hatiku.rakanku pula mengajakku solat di surau berdekatan rumah saudaranya sahaja sebentar lagi.itulah rancangan kami. aku bertanya rakanku.. mana masjid ha? kemudian orang berkulit hitam itu mungkin berasakan di mana aku tidak faham apa itu masjid barangkali kemudian diinterpretasikan sebagai surau kemudiannya.. erm, tnpa kami sempat berkata apa-apa, mereka kemudiannya berkata "you go straight" mak ai.. lagilah ak pening.. td tanya ak mana masjid.. kemudian tunjukkan kami arah ke masjid pula... haha.. aku memandang sahabatku.. dia terdiam. pening kepala agaknya. kemudian dengan selamba dan tenangnya, org itu berkata "you are not muslim!"dan terus beredar.. aku terkedu.. mungkin begitu juga rakanku.. aku ni bukan islam ke? kami ni bukan islam ke? ak terkejut.. marah pun ada... hendak tergelak pun ada. sabar ajalah org negro ni. nasib baik badn besar. 4 org lak tu.. isyh.. aku dan raknku puas berdebat tentang isu ini bahawa apakah sebenarnya yg diinginkan oleh mereka.. kemudiannya aku berkata.. "kejap lagi kita solat dekat surau, silap2 akan nampak diorang"ak sahaja ingin menyedapkan hati. kemudian selepas menghantar barang ke rumah saudara sahabatku itu, kami pun bergegas hendak ke surau. solat maghrib.
sewaktu tiba di pintu surau, kami melihat orang yg mengkafirkan kami itu ada di surau. ak hanya buat seperti biasa. tergelak kecil melihat mereka. mungkin mereka fikir kata2 yg telah dilafazkan kepadaku dan rakanku sebentar tadi..biarkanlah.. aku tidak kisah.. begitu juga sahabatku itu.. apa yang aku ingin smpiakan di sini adalah sebenarnya, bukan tugas kita untuk mengkafirkan orang dan sebaliknya.. diri kita ini pun tidaklah sehebat mana. jika prg itu berbuat salah, jangan terus menerus untuk melabelkannya sebagai jahat!.. kemudiannya, peristiwa ini juga membuatkan aku berfikir sejenak. mungkin sebelum ini aku juga senang untuk melabelkan orang yang berada di pandangan mataku. dan kini, ia terkena pada batang hidungku sendiri. seterusnya, dalam urusan kita menegur atau memberi nasihat, jika tidak ditegur atau dilayan, jangan senang2 mengikut telunjuk nafsu kita. ikutkan perasaan. marah kerana org lain tidak ikut apa yg kita mahukan.. itu adalah salah.. paling penting.. akal yg diberi adalah untuk berfikir..sebelum lidah yang diberi bertindak untuk mengeluarkan kata2 yg munkin pedas untuk didengar...

No comments: