Thursday, March 31, 2011

maafkan aku

ya.. aku ini insan biasa.sudah lama aku menyepi dalam menulis kali ini. tp kali ini, mmg tanganku ini benar-benar ingin bergerak... menyatakan sesuatu.. lantaran ramai juga sahabat bertanya mengapa ak tidak update blog aku.. alasan SIBUK tidak wajar untuk ak berikan kerana ia akan menjadi jelek kepada sesetengah dari mereka kerana kononnya alasan SIBUK itu, adalah alasan daripadaku untuk mengelak dr sebarang programnya.

kali ini.. ak diibaratkan seperti menongkat langit.. kerana kesibukan diriku.. aku pun tidak tahu kenapa. atau mungkin kerana tidak mampu untuk menjadi atau mengikuti setiap catur yang dimain oleh nya. seolah-olah aku ini ISLAM hanya pada nama dan tidak berani untuk berjuang semata-mata kerana tidak mengikut telunjuknya. "kalau dah panas, mcm2 perkataan keluar. kemudian bijak bermain kata" . bagilah aku peluang.. belajar.. kalaulah mereka tahu bertapa ak malu jika hendak pergi ke mana2 pgram kerana ilmu ku yg cukup cetek ini. kemudian alasan diberikan.."sebab tu lah nta kena pergi kem ni".. "smpai bila lagi nak bersedia?".. ada benarnya juga.. tp buat apa pergi kalau hati tidak ikhlas? entahlah.. seolah2 ak ini tidak pernah bersama-sama jemaah.

aku tidak mampu untuk melontarkan segala apa yg telah aku lakukan. kelak nanti akan dikatakan riak.manusia.mmg mudah untuk memulakan kata-katan. senang.ibarat pedang.. tajam dan menusuk hati, namun tidak mampu membunuh.namun pedihnya lama terpendam di hati. msg yg diterima. membuatkan air mataku menangis. Ya Allah.. aku tidak mahu menjadi fitnah kepada agamaMu. ari segi gayaku, pakaianku, semuanya seperti biasa sahaja.. pernah juga dipandang sinis. teringat kata2 seniorku."apa iman dilihat berdasarkan pakaian ke?"...

sudahlah.. berilah aku masa. suatu hari nanti, ak akan berjuang juga demi Islam. biarkan aku. jangan menghina aku kerana aku tidak bersamamu.. apakah erti jemaah? bukannya aku ini bergerak seorang semata2 dalam perjuanganku.. sabar.. dan sabar.. setiap lelah nafasku hanya untukMu Ya Allah... jika kamu sudah mulai bosan denganku, biarkan sahaja..kerana aku tahu, Allah ada bersamaku..
" Ya Allah, ampunkan dosaku atas kelemahan mentarbiyah umatMu untuk fahamkan hakikat fikrah perjuangan Islam. kau bantulah kami dengan sisa-sisa ketumbukan yang ada, kuatkan semangat jihad kami, jauhkan kami dari bisikan2 syaitan. Ampunkan dosaku Ya Allah"...

No comments: