Sunday, August 21, 2011

Aku dan Karipap..


Ada seorang ibu dan anak lelaki yang fakir tinggal di sebuah bandar raya.. kehidupannya yang susah disara oleh ibunya yang membuat kuih karipap untuk menyara kehidupan mereka anak beranak. maka anak lelakinya itu tidak bersekolah kerana ibunya tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyara kos persekolahan anaknya. tugas hari-hari anaknya adalah membawa kuih karipap ibunya itu untuk pergi berniaga di sekitar ibu kota dengan harga 30 sen sepotong....

seperti biasa..ada untung, dan ada rugi.. si anak dengan penat lelah mencari org untuk membeli kuihnya. setiap kedai dimasuki oleh anak kecil itu. kalau tidak ada siapa yang hendak beli, alamat tidak akan adalah makanan untuk dimakan oleh dia dan ibunya.. oleh itu, dia berusaha juga untuk mencari pelanggan..

"bang, nak beli kuih x bang? sepotong rm 25sen.. " sapa budak kecil itu kepada seorang pemuda di sebuah kedai makanan.. dari segi gayanya, mungkin abg itu seorang pekerja sebuah syarikat yang besar. namun abang itu hanya menggelengkan kepala.. "tak nak lah dik.. terima kasih ya" balas abang itu sambil terus menghabiskan makanan yang dimakannya..

Budak itu pun beredar dari situ.. setelah letih mencari pelanggan. dia berehat sebentar.. dan kembali berjalan.. setelah lebih kurang 20minit, dia kembali ke tempat tadi.. kali ini pergi menuju ke setiap kereta pula.. kebetulan salah sebuah kereta yang budak itu pergi adalah milik abang di gerai makanan sebentar tadi..

"abang, nak beli kuih karipap tak?" soal budak itu lagi tanpa berputus asa.. abang itu berasa kasihan.. dia tidak membeli kuih itu, tapi die mengeluarkan wang bernilai rm10 dari poket bajunya, lantas dihulurkan kepada budak itu.." nah..abang bagi..ikhlas" abg itu menghulurkan wang itu sambil tersenyum..

budak itu mengambil wang itu.kemudian dia terlihat seoarang pakcik tu yang kelainan upaya duduk di kaki lima .. lantas die meluru ke pakcik itu dan kemudian memberi wang rm10 kepada pakcik itu dan mengambil tisu yang dijual pakcik tersebut.. pemuda yang memberi wang kepada budak itu terkejut lantas memarahi budak tersebut.."kenapa bagi duit dekat pakcik tu? kang abg bagi duit tu dekat adik?" agak tinggi suara abg itu..

Dengan bersahaja, budak itu menjawab "abang, emak saya ajar, untuk tidak menerima sedekah daripada orang lain.. apa yang kita hendak, maka kita perlu usaha sendiri.. biar kita susah, asalkan kita tidak meminta simpati daripada orang lain.. sedangkan nabi pun tidak mengambil pemberian sedekah, kecuali jika ia adalah pemberian sebagai hadiah.." budak itu menyalam abg itu lantas beredar dan terus berusaha menghabiskan kuihnya...

Ya, kadang kala kita letih. kita hampir putus asa dalam kehidupan. Namun itu tidak pernah mengajar kita erti putus asa. Seringkali jika kita dalam kesusahan, maka kita akan mengeluh, "Allah..habislah aku". Namun sedar tak sedar, masalah itu pasti berlalu, dan kita tetap teguh berdiri menanti hari-hari yang akan datang. =)

1 comment:

Anonymous said...

nak karipap bang? XD