Sunday, October 2, 2011

Pantun versus Pesta Konvo

isu yan aku ingin bawa pada hari ini bukanlah berkaitan dengan pantun mahupun pesta konvo.. tp apa yang ingin dibawa adalah berkaitan pengajaran yang boleh diambil.. harap semua boleh membaca entryku kali ini sehingga habis..
usai mewakili UKM dalam pertandingan pantun.. aku bermuhasabah diri.. ya..akulah punca kepada kekalahan.. peristiwa sewaktu pertama kali memasuki pantun di sekolah menengah berulang kembali.. aku tidak dapat menahan sebak melihat seniorku dan juga pegawai kebudayaan (kak eton) yang sentiasa bersama kami menahan air mata mereka daripada berlinang...ketika hendak memasuki kereta, senior yang banyak mengajarku dalam berpantun (abg iejan) berkata.. "tadi abg rudy dari USM ada bagitahu... iejan..iejan xboleh give up..iejan kena teruskan juga berpantun ni...kalau iejan undur diri, siapa yang nak ajar adik2 ni..siapa yang nak tolong kak eton...kemudian air matanya berlinang.. aku hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak mahu menitiskan air mataku...
kemudian sewaktu pulang semula ke ukm keesokan harinya, aku terus menggagahkan diri untuk gerak kerja pesta konvo..MasyaAllah..memang letih.. ya..sepanjang hari berada di sana.. sehinggalah hari selasa.. memang banyak isu dan permasalahan yang timbul... mungkin ramai AJKP mahupun AJKD yang tidak mengerti apa2 berasa agak keletihan dan sebagainya.. malah mungkin juga ada segelintir daripada mereka yang tidak mahu lagi menyertai pesta konvo tahun hadapannya kerana letih dalam gerak kerja barangkali..
tapi ingin aku sampaikan kepada kalian semua yg hampir berputus asa...aku sengaja ingin membawa semula ceritera pantunku.. apa yang aku ingin nasihatkan kepada adik2ku, sahabat2ku.. "Sahabat sekalian...janganlah kita berputus asa... bersedih..kalau kita tidak mahu meneruskan legasi gerak kerja pesta konvo tahun depan, siapa yang mahu tolong adik-adik kita yang baru..siapa yang mahu memberi tunjuk ajar kepada mereka... siapa lagi kalau bukan kita...."
renung2kan..maaf penulisan yg kurang memuaskan..

No comments: