Monday, January 9, 2012

Apelah tiap2 hari nak SMS aku...

Aku telah mengenali seseorang sahabat.. hubungan seperti biasa. Aku juga melayannya seperti sahabat yg lain.mungkin agak janggal sedikit kerana diri ini baru sahaja dipertemukan dengan dirinya..  tiap2 hari dia menghubungi diriku dan bertanya khabar.. “assalamualaikum. Buat apa? Sihat?” seringkali itu adalah pertanyaan daripadanya untuk memulakan perbualan. Kadangkala aku sempat membalas. Namun disebabkan kesibukan diri ini, seringkali aku membalas sms nya agak lewat dan pastinya agak ringkas.. “waalaikumussalam. Alhamdulillah.” Balasku. Ringkas dan barangkali berharap agar ianya mampu untuk mematikan perbualan. Pada mulanya diri ini menganggap ia seperti perkara biasa. Al maklumlah.dapat kawan baru, masing2 masih lagi excited. Namun lama-lama, disebabkan tambahan kerja yang menimbun, ditambah lagi sms yg ditanya tiap2 hari, aku berasa agak rimas. Jika tidak dijawab, maka akan ada msg susulan.. hurm..kadangkala aku sengaja membiarkan handphone ku dalam keaadaan mode senyap. Supaya tidak mempedulikan smsnya.

Mungkin daripada situ, diri ini mampu memberitahu dia yang diriku agak sibuk dengan kerja dan aku ingin dia mengerti bahawa ukwah bukan sahaja dinilai berdasarkan bertapa banyak kita berhubung, Keluar dan sebagainya. Teringatku dengan kata-kata daripada imam Al-Ghazali. “ukwah itu bukan terletak pada pertemuan,bukan juga pada manisnya bibir mengucapkan..tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya..”.. bukan apa, bukan sengaja tidak mahu membalas, diri ini juga perlukan masa untuk diri sendiri.. aku sering mendoakan kebaikan untuk semua sahabatku. Namun kadangkala tidaklah spesifik kepada seorang2 sahabat.kecuali jika ada sahabat yg meminta untuk mendoakannya.
Handphoneku berbunyi. Lantasku melihat sms yang tertera namanya di screen handphoneku.. 

“Assalamualaikum arief.buat apa?sihat? kenapa tak balas sms aku?”
hurm.. aku mendengus.. adeh..nak buat macam mana ya.. pelik gila la mamat ni. Dah la laki.. macam ni pula.. adoi.. ok..kali ini aku balas..

‘waalaikumussalam w.b.t… erm, Alhamdulillah.sihat.. erm, maaf tak dapat nak balas sms kau selalu. Bukan apa, aku sibuk. Kadangkala masa untuk diri sendiri pun takde. Nak makan pun kadang-kadang boleh lupa. Zam, macam nilah, aku sebenarnya bukan apa. Aku agak sibuk dan tiada masa untuk membalas semua sms kau. Janganlah nak terasa sangat.kalau terasa, aku minx maaf sesangat.tp tolonglah, aku pun ada life aku juga. Kita baru aja berkawan, tp kau excited lebih pula. Cukuplah kalau kau sering mendoakan aku. Dan aku tetap mendoakan kau. Pasni harap faham la ye..wassalam”
Agak panjang smsku kali ini.. harap kali ni dia diam kot.. namun sekali lagi hp ku berbunyi. “erm, maaf. Tapi jujur aku suka berkawan dengan kau. Aku pun tak tahu kenapa.” Adoi. Peliknya. Bukan diri ini suka bersangka, namun agak janggal bagi lelaki seperti aku.aku membalas juga.namun kali ini memang ringkas “k..tq”.. itu sahaja. Entah kenapa aku tidak mempedulikan perasaanya kali ini.

Sejak dari itu, hatiku ini berasa senang. Tiada lagi sms mahupun call daripada dia. Bukan membenci, namun kadangkala agak janggal dengan sikapnya. Keesokan harinya tiada juga sms darinya. Lusa, tulat begitu juga…ha.. moga dia faham.. “Alhamdulillah. dia faham agaknya” hatiku berbisik..selang seminggu, dua minggu, tiga minggu dan sebulan… aku mula berasa hairan. Agak pelik juga. Aku cuba untuk menghubunginya. Aku mendial nombor telefonnya, namun tidak ada sebarang respon.. aku menghantar sms bertanyakan khabar. Namun tidak ada membalasnya. “huh.. merajuk la tu.. lantaklah..”
Biarlah.. sehingga satu hari aku pergi ke Jaya Jusco berhampiran rumahku.. aku terserempak dengan sahabatnya. Kebetulan kami sudah kenal antara satu sama lain. Jadi diriku ini menegurnya. “Assalamualaikum iman.  Rajin shopping..” aku mengukir senyuman. Iman terkejut, kami bersalaman dan lantas berpeluk.. “Allah.. kecik aja dunia ni kan. Erm takdelah, aku sajeje teman kawan aku . Diorang nak pergi beli barang. Sajaja jalan-jalan kat sini” iman menjawab sambil membelek-belek barang yang dibelinya. Mukanya seperti ada sesuatu yang hendak disampaikan. Namun dia teragak-agak dan gelisah.

“eh? Zam ada ikut sekali tak? Dah lama aku xcontact dia.rindu pula dekat sahabat aku tu.” Aku cuba bertanya, mana-mana tahu kalau zam ikut sekali.boleh berjumpa dengannya.
“arief, erm.? Mcm mana ya..jom duduk situ kejap..” Iman mempelawa aku. Duduk di penjuru sambil melihat telatah manusia yang lain.
“arief, sebenarnya, berat aku nak sampaikan ni.. erm, macam mana ya. Maaf tak bagitahu kau. Tapi ini pesan dari arwah Arief. Sebenarnya Zam dah sebulan pergi meninggalkan kita semua. Dia sakit. Dia cancer. Pada waktu kau kenal dia, dia dah cancer pada tahap ketiga. Sayang, famili dia bukan orang senang. Tak mampu nak biaya kos rawatan. So, arwah pesan dekat ibu bapa dia tidak perlu risau dengan nasib dia. Kos pembedahan tu simpan untuk belajar adik-adik. Dan dia pernah cakap dekat aku, yang sisa – sisa hidup dia ni, dia nak cuba bahagiakan semua orang yang berada di sisi dia. Termasuklah kau.. tapi, aku pun xtahu apa yang berlaku antara korang berdua.” Iman menundukkan muka..

“Allah.. apa semua ni.. kau jangan main-main. Baru bulan lepas dia sms aku.. selalu aja contact aku. Dia baik dengan aku. Takkan dia sakit dia xnak bagitau aku?”aku sebak.. cuba untuk bertenang. Namun air mata tetap mengalir..perlahan.cepat-cepat tanganku ini mengesat air mata.
“arwah pernah cakap dekat aku, kau selalu sibuk..banyak kerja.dia xnak kau tahu benda ni. Dan dia juga pesan, jangan bagitahu kau kalau ditakdirkan dia pergi. Dia tahu kalau kau tahu benda ni, mesti kerja kau akan terganggu..dia xnak susahkan kau.. Dia pesan, kalau Arief tanya khabar tentang dia, baru beritahu perkara sebenar..maafkan aku Arief..tp ini amanat dari arwah.. aku hanya tunaikan..pesan dia lagi, dia suka berkawan dengan kau.sebab dia hormat kau. Dia lihat kau matang. Dia kalau boleh nak belajar banyak benda daripada kau.. dia pernah pesan, dalam banyak-banyak kawan, dia nampak kau berbeza dengan sahabat dia yang lain. Dia selalu puji yang kau ni seorang yang kuat bekerja. Tabah. Dan dia jadikan kau sebagai inspirasi dia…” Iman rasa bersalah.sambil tangannya memegang bahuku..

kali ini memang tidak dapat ku tahan air mataku.. ia mengalir deras..aku teresak-esak.tidak pedulikan orang disekeliling. Erm, ini salah aku.. salah aku..kalau aku melayan semua sahabatku dengan sempurna.. benda macam ni takkan berlaku.. tapi tiada lagi istilah Kalau! Zam…aku benar-benar rindukan kau..aku bersalah..maafkan aku..!
“arief, Zam ada sampaikan pesanan untuk kau. Dia suruh cakap sebelum dia pergi. Dia cakap, . “ukwah itu bukan terletak pada pertemuan,bukan juga pada manisnya bibir mengucapkan..tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya..” pesan Iman..sambil cuba memujukku.. dia memandang aku sambil berkata “doakanlah untuk dia”sambil mengukirkan senyuman…

Sahabat..
Diri ini masih lagi ingat waktu pertama kali kita bertemu..
Senyuman dirimu menyenangkan diriku..
Aku selesa dengan sikapmu..
Akhlakmu..
Namun maafkan diriku ini
Aku sedar aku bukanlah insan yang sempurna untuk dirimu dalam bersahabat
Sungguh ukwah ini hanya sementara..
Maafkan aku kerana tidak mampu untuk menjadi yang terbaik..
Aku akan mendoakanmu...
Pasti akan mendoakanmu…


3 comments:

miera aziz said...

Sedih bace kisah ni. :')

afiq said...

Allahurabbi..semoga arwah tergolong dalam orang-orang beriman.

Harith Faisal said...

Nice sharing. Sedih..