Thursday, January 19, 2012

hatiku teruji lagi

Sudah lima tahun aku meninggalkan dia. Lama tanpa khabar berita. Memang agak sakit hatiku ini kerana dia pergi sebegitu. meninggalkan aku sendirian. Emel yang panjang telah ku baca. Namun aku tetap tidak berpuas hati. Sewaktu aku mendapat sahaja emel darinya, aku tekad. Aku tekad agar tidak mahu menghubunginya walaupun diri ini sedar bahawa diri ini hanya mahukan dirinya seorang. Aku cuba untuk memahami dan aku menyalahkan dia. Argh!! Kalau dia sudah faham haram hukumnya bercouple,mengapa dia tidak mahu memberitahuku dan memberi penerangan kepadaku? Kenapa aku ingin nikah khtibah dengannya, dia cuba mengelak! Masih aku ingat lagi bagaimana aku dan ayahku bertengkar kerana semata-mata ingin bernikah khitbah dengannya yang pada waktu itu umurku baru 19 tahun dan dia 18.  Gila? Ya! Memang aku gila kerana aku sanggup melakukan apa sahaja agar dia sah menjadi teman suriku. Jika islam menganjurkan pernikahan, dan hanya itu caranya, ya,.aku sanggup untuk lakukan. Namun kenapa dia diam membisu.. kenapa? Kalau benar-benar dia mencintaiku, dia akan menerima aku dan bukan menjauhkan diri dariku..  “dia dah tak sayang aku lagi. takpun dia saje nak mempermainkan perasaan aku ni. Hatiku mula berbisik.
                7 bulan lepas. Kami bertemu di Mid Valley. Ketika pulang menaiki KTM, aku menghantarnya sehingga ke Kl Sentral. Ketika itu, aku bersama dengan rakanku. Begitu juga dengannya. Barangsiapa yang keluar berdua-duaan,maka ketahuilah bahawa yang ketiga itu adalah syaitan. Oleh itu, aku membawa rakanku untuk menemani kami. Sewaktu hendak pulang, aku hanya memerhatikannya. Sayup.. dia hanya menundukkan mukanya.. entah mengapa aku berasakan bahawa ini seolah-olah pertemuan kami yang terakhir.  Kami berdua hanya mendiamkan diri. “ ini buku untuk awak. Bacalah. Jaga buku ni elok-elok. Saya beli ni khas untuk awak” Zulaikha memulakan bicara memecahkan kebuntuan.  Aku terkejut namun aku mengambilnya. La Tahzan. Maksudnya jangan bersedih.. baca tajuknya sahaja membuatkan aku sebak. Aku cuba untuk mengawal emosi. “ terima kasih. Saya akan baca buku ni. Maaf, saya tiada apa-apa nak bagi dekat awak. Tapi saya harap kita dapat bertemu lagi.” Aku hanya membalas ringkas sambil membelek-belek isi kandungan buku tersebut. Suasana sepi kembali. Aku tahu tidak lama lagi Zulaikha akan berlepas ke Jepun untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan.  Argh! Kenapalah dia pergi meninggalkan aku dahulu. Sedangkan aku kini sedang sibuk membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman,juga dalam bidang kejuruteraan. Kenapa dia pergi dahulu? Biarlah aku yang pergi.sekurangnya dia yang akan berasa kehilanganku seketika. Namun mungkin ini takdirnya.
         15.30.. kelibat kereta api tanah melayu muncul. Hatiku mula resah. Dia hanya tersenyum. Namun aku tahu bahawa dia cuba untuk menyembunyikan perasaan sedihnya. “ ada masa kita jumpa lagi” pesannya kepadaku sambil terus bersiap untuk memasuki ke dalam keretapi yang penuh sesak itu. “Zulaikha……” hanya itu yang keluar dari mulutku.. dia kemudian memandangku.. aku cuba mengukirkan senyuman. “jangan lupa saya. Jaga diri” tiba-tiba perkataan itu yang keluar dari mulutku. Lututku terasa semakin longgar. Aku takut. Aku takut inilah pertemuan terakhir kami berdua. Air mataku bergenang.. ku mendongak ke langit dengan harapan air itu tidak mampu untuk menitis keluar. Argh… berat sungguh dugaan kali ini. Zulaikha sudahpun masuk ke dalam kereta api. “Assalamualaikum”… aku hanya mendiamkan diri. “waalaikumussalam”..aku menjawab di dalam hati..erm, hatiku ini mula meruntun. Air mataku ini terus mengalir laju. Aku tidak mempedulikan lagi orang di sekeliling. Rakanku cuba menenangkanku. Mereka cuba memujukku, namun aku tetap tidak dapat menahan perasaan. Aku melihat kelibat KTM itu.. semakin pergi menjauh meninggalkanku.. semakin hilang dari pandangan.. aku melihat buku yang diberi kepadanya. La Tahzan… Ya Yusuf.. La Tahzan..

            Sejak dari hari itu dia diam. Sepi tanpa khabar berita. Dia jarang mambalas sms ku. Entah mengapa. Sehinggalah suatu hari , aku dapat tahu bahawa Zulaikha sudah berlepas ke Jepun.  Hatiku ini sekali lagi diuji. Aku menangis. Terkenang pengalaman bersama dengannya membuatkan aku berasa cukup sedih. Seolah-olah aku ini ditinggalkan. “sampai hati Zu pergi tak bagitahu aku..” sampai hati dia.. hatiku berbisik.. entah kenapa tiap hari aku sering mengingatinya. Semakin hari semakin aku cuba untuk melupakannya. Sewaktu itu jugalah aku mendapat emel daripadanya. Yang meminta aku untuk menjauhkan diri dan melupakannya. Aku pasrah dalam terpaksa. Kenapa semua ini berlaku kepadaku? Kenapa! sehinggalah  keputusan peperiksaan keluar dan aku telah lulus dan Berjaya untuk pergi ke Jerman menyambung pelajaranku di sana. Sewaktu di KLIA, aku terfikir. Agaknya macam ini jugalah apa yang Zulaikha rasa. Kalaulah dia ada sekarang… huh! Aku cuba untuk menepis semuanya.  Kini aku sudah mampu untuk melupakannya.. aku bertekad untuk memadam segala semua memori silamku bersama dengan si dia termasuklah sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan dia.. Selamat Tinggal bumi Malaysia… aku menggagahkan kaki untuk ke gate perlepasan.. aku mesti kuat… ya.. mesti kuat..
Dua tahun kini, berlalu..aku sudah mampu untuk melupakan siapakah wanita yang hadir dalam hidupku itu. Aku sudah mampu untuk menjalani kehidupanku seperti orang biasa. Sehinggalah suatu hari………….




3 comments: