Monday, May 31, 2010

kenangan di smk yakob latif


Alhamdulillah. aku baru sahaja menghabiskan program yang disusun khas oleh generasi muda bagi memperjuangkan islam.. aku bersyukur dapat berkongsi pengalamanku dengan anak2 muda yang sudahku anggap seperti adik2 ku. walaupun ilmu yang aku berikan hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan yang lain, aku berharap, mereka menyimpan dan mengingati segala yang aku berikan kepada mereka dan lakukan walaupun sedikit.. aku pernah berkata kepada mereka " dik, ilmu yang abg smpaikan ini, gunalah.. walaupun sedkit..nanti, kalau abg mati nanti, korang guna apa yang telah abg ajarkan kepada kamu semua, dapat pahala untuk abg..sejuk abg dekat kubur nanti" suasana sepi seketika..bergenang air mata mereka..mungkin inilah hasil kesungguhanku untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka. aku juga berasa sedih untuk adik2 kump. ku.. kerana kump. yang lain mendapat fasi dalam kalangan mereka yang hebat dan mempunyai ilmu yang tinggi.. bertapa kerdilnya aku untuk berkata2 berkenaan soal agama jika dibandingkan dengan mereka.. hatiku ini sering meruntun kesedihan dan menangis sendirian.. aku cuba memujuk soal hatiku ini tatkala berbicara sendirian. itulah die kehidupan..jika kita bangga dengan apa yg kita miliki, kita perlu beringat bahawa ada yang lagi hebat daripda kita semua.. namun, kita hendaklah sentiasa bertawadhu' dan mengingati Allah..segala nikmat yang diberi perlu disalurkan dengan cara yang betul.. Innalladzina yastakbiruuna an ibadati sayad khuluna jahannama dhakirin.( sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai mahluk yang hina dina) (Almu'min 60)
sepanjang kenanganku di sekolah itu, aku tidak berasa kekok kerana sudah 7tahun aku bersekolah di smk biasa.. berbanding dengan sahabat yg lain yang baru sahaja melihat dunia smk biasa yang banyak sosial itu..aku berseorangan disana kerana tiada sahabat.. hurm.. namun aku tetap bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat yang hebat untuk bersama denganku dalam perjuanganku ini.. to: Muhamad Zaid b. Suhaimi, Zulfadly (ajoi), Bukhairy, Faisal, Anwar, Affy,Meor Rady thanks semua coz jadi sahabat aku.. mungkin kita tak rapat sangat, kerana baru 3 hari aku mengenali kamu semua, namun, jujur, aku senang bersama kamu.. to Zaid, thanx bnyk2 bg advice dan mnjadi sahabat baik ku di sana.. moga kita semua menjadi insan yang berguna di muka bumi ini.. Apa yang ku pinta ialah, semoga kamu mendoakan aku agar berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading dan menjadi khalifah untuk menegakkan syiar islam yang semakin kelam ini.. semoga ukhwah kita ini bukanlah ukhwah kontrak iaitu selama 3hari atau sepanjang kita berada di kem sahaja.. once friends, friends forever... amin....

2 comments:

PerMata said...

Assalamualaikum..

ya, memang banyak kenangan yg dapat dikutip walau pada masa yang sangat singkat...

ukhuwah yg terbina jgnbiarkan ia terkubur dek kerana perpisahan...

ilmu di dada ayuh tingkatkan jgn biar jahil menguasai diri..

salam ukhuwah~

arief said...

Alhamdulillah permata.. ukwah fillah.. jgn jadi kawan kontrak.. yg hanya berkawan semasa di kem sahaja.. ana mencari sahabat hawariyyin....