Sunday, May 30, 2010

siapakah kita untuk mengkritik..

ISLAM tidak mengajar hamba2nya untuk mengritik dan menghina orang lain.. siapakah kita untuk berbuat sedemikian.. namun, itulah realiti sekarang.. bukan niat aku untuk menghina..bukan juga untuk mencipta publisiti. aku berasa amat kecewa dengan realiti kehidupan sekarang.. bagaimana segelintir orang yang berilmu, warak sering mengutuk insan yang lemah dari segi imannya.. mereka mengkritik cara remaja sekrang bepakaian, tetapi mereka tidak menegur.. mereka seolah2 menjadi bahan untuk terus dikritik dan dipulaukan.. namun, adakah mereka sedar bahawa islam tidak akan berkembang jika hanya, yang alim akan terus berkelompok dengan yang alim.. dan yang jahil akan terus leka dengan yang jahil?? wahai saudaraku yang sedar " ajaklah kepada jalan Allah dengan jalan yang hikmat bijaksana dan nasihat yang baik, dan debatlah mereka dengan cara yang lebih baik"(Annahl 125) begitu besar tanggungjawab kita sebagai umat islam untuk terus menyebarkan dakwahnya..pimpinlah tangan mereka yang tersasar untuk kembali ke jalan yang lurus.. tunjukkanlah mereka contoh yang baik supaya mereka akan kembali kepada Islam yang sejati.. "peringatkanlah kerana peringatan itu berguna bagi orang yang percaya" kita tidak memberi hidayah kepada mereka, tetapi kita boleh menjadi pencetus supaya mereka ini berusaha untuk mencari hidayah.. kita tidak boleh mencari kesalahan mereka, tetapi kita boleh memberi peringatan kepada mereka dengan amaran2 Allah..kita tidak mampu menyebarkan islam, jika kita terus leka dalam dunia kita sendiri... berfikirlah sejenak.. kerana berfikir sesaat lebih baik dari beribadat setahun...

No comments: