Tuesday, February 8, 2011

OPKIM melalui mata hati..


"Apbila kita sendiri diuji dengan apa yang kita sering dakwahkan,itu tandanya Allah sedang mendidik kita untuk melaksanakan apa yg kita perkatakan.. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingati manusia."..

Aku merenung Ustaz Hafiz dan Ustaz Amir gigih dalam mengajar pakcik di sana mengaji. MasyaAllah.. bertapa pilunya hatiku ini apabila mereka ini masih lemah dan masih lagi terumbang ambing mencari ilmu agama. seorang pakcik berkata kepadaku. " pakcik sudah 20 tahun masuk islam. tp pakcik tidak tahu apa2".. runtun hatiku mendengarnya. terasa diriku ini sungguh berdosa. Ya Allah.. bertapa kita melupakan isu sebagai seorang hamba yg perlu mendidik masyarakat lain berkaitan dgn ilmu agama.. namun kita lupa.. kita sering berderap segerak dgn kebangkitan revolusi islamisme yg gigih hendak menjatuhkan rejim yg zalim.. namun kita lupa di mana asas akidah umat islam itu masih longgar.. 
kelihatan ustaz hafiz mengajar dua orang pakcik yg gigih mencari ilmu agama.. terbaik..bak kata org sarawak (paguuuihhh!!!)
 ketika itu.. dalam suasana kesibukan ak dan sahabat membersihkan surau, kelihatan seorang pakcik duduk di atas meja.. membaca buku berkaitan dgn asas akidah..  aku mendekatinya.. 
hatiku menangis melihat kegigihannya.. "kamek baca..tp nak buat takut..sebab takut apa yg kamek buat ini salah)
untuk pengetahun semua, hanya ada seorang sahaja ustaz di kg tersebut.. iaitu ustaz yg ingin dikenali sebgaai ustaz kancil.. ak berkata, kalaulah ustaz tiada... bagaimana nasib penduduk kg tersebut? siapa nak jadi imam? siapa nak ajar mengaji? siapa yg nak bacakan doa? nak kebumikan mayat? mandikan dan sbgainya?! siapa???!!!  tidak kah kita rasa berdosa?! 
inilah wajah ustaz kancil..kecil orangnya. namun besar perjuangannya. dr indonesia.pernah difitnah dan sbagainya. namun tidak kenal erti putus asa. "ustaz xnak harta.. tp, bagilah ustaz visa untuk terus menetap di sini".....
inilah surau di kg segubang.. kalau kami tiada, lagaknya ustaz seorang sahajalah yg solat disana.. berseorangan.. mungkin pada waktu maghrib dan isya' sahaja kelihatan kelibat org kg... 

niatku menulis bukan untuk memburukkan org kg. tp ingin memperlihat masalah ummah. dimanakah kita? dimanakah tanggungjawab kita? dimanakah insan bernama mohamad arief b othman tatkala mereka ini memerlukan pertolongan. sebentar td ak berpeluang menemani ustaz hafiz mengambil surat pertauliahannya di gombak. seremai 150 org pada sesi itu yg mendapat surat tersebut. ustaz hafiz berkata alangkah baiknya kalau 50 org dihantar kesana.. apa pandangan semua? persoalannya.. adakah dr 50 org akan terus menjadi 15 orang..dan dr 15 mnjadi 5.. dan akhirnya ustaz kancil sahaja yg mampu bertahan di kg segubang tersebut....ini cabaran kita saudara!!!
aku berazam untuk menjejakkan kaki kembali ke kg segubang..bukan untuk mencari isteri..tetapi untuk mencari erti sebenar menjadi seorang daie....

2 comments:

Ahmad Tajuddin said...

huhu,terkesan betul nta dengan OPKIM'11 ni...betul,cakap di mulut memang senang nak perjuangkan islam tapi sejauh manakah kita bermujahadah ke arah itu?

moga kita termasuk dalam kalangan org2 yang sentiasa rinduka mahu berbakti utk islam...

Ahmad Tajuddin said...

Sudah lebih 3 tahun berlalu, bila membaca semula tulisan tentang OPKIM dan Segubang... Allahurabbi...